^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

21 March 2011

Home » *Menu Makan Malam - Cara Aisha Solat*

*Menu Makan Malam - Cara Aisha Solat*

semalam hujan dari tengahari sampai lah ke malam hari..... hubby kerja so aku tinggal ngan Aisha jerk kat umah..... x tau dah nak buat apa..... tetiba timbul idea nak masak.....
'
pagi dah masak bubur untuk Aisha, tengok kat luar pokok ubi dah tinggi menggunung..... so, untuk tidak mengecewakan pokok ubi tersebut, maka aku dengan ditemani Aisha pon petik lah pucuk2 ubi tersebut untuk di masak..... n dari situ lah timbulnya idea aku nak masak di waktu keseorangan kat umah time tu..... nanti hubby balik kerja malamnye boleh la kami makan sesama kan..... hehe
'
jom tengok menu kami.....
'
~Pucuk Ubi Rebus~
memula nak masak pucuk ubi masak lemak, tapi x der santan la pulak.. huhu
'
'
~Sambal Tumis Bawang~
oleh kerana lada cili x der dalam peti sejuk, so aku gunakan cili merah giling jer la.. haha tu pon sambal tumis x letak ikan bilis.. huhu, boleh gitu kan, janji jadi sambal tumis.....
'
'
~Telur Dadar Daging Rendang~
hah, tengok dalam fridge ada daging masak rendang belen last week, tetiba timbul pulak idea siat1 daging tu biar halus, pastu tabur jerk atas telur dadar dalam pan tu..... ha, jadi ler telur dadar rasa rendang daging.....
'
'
~Ikan Masin Sabah~
ikan masin yang aku beli masa aku outstation kat Sabah last January..... sungguh rangup bila di makan, macam keropok pulak, hehe
'
'
secara keseluruhan, hubby makan dengan khusyuk nya, tanpa ada banyak bunyi..... cuma Telur Dadar Daging Rendang tu dia x berapa makan sangat..... bukan sebab x sedap, tapi hubby suspect darah tinggi, doc. dah advised untuk tidak makan daging.. so, tu yang dia x berapa nak makan..... tapi last2 dia gak yang perabih telur tu..... hehe Alhamdulillah
'
'
malam semalam juga time hubby x balik lagi dari kerja..... lepas aku solat Maghrib, tetiba Aisha yang tengah menyusu botol kat luar masuk bilik, coz susu dah habis ler tu..... dia terus pi kat tempat aku n kata "Pin... Pin..." sambil tangan tarik sejadah, nasib baik time tu aku dah sudah solat..... aku pon bangun bagi laluan Aisha tarik sejadah tu.....
'
dia terus keluar pi kat ruang tamu .....
'
dan.....
'
bila aku keluar, aku tengok keadaan Aisha dah macam ni..... hehe tengah sujud ler, aku pon terus ambil HP n snap ler buat kenangan.....
'
'
ops!! rehat jap tengok tv coz ada iklan.....
'
k, sekian
'
'

10 comments

March 21, 2011 at 10:17 PM

dapnye menu..

alolo...bleh plak berenti skejap layan iklan ye..hehe..comel kecik2 pndai solat tau..

March 22, 2011 at 12:06 AM

mazhab ape yer tu erk boleh berenti kejap tengok iklan..

anyway, its good kan to know that anak kite yang kecik2 tu dah boleh tahu what is solat kan..

March 22, 2011 at 9:06 AM

anak ikut cth yang ibu bapa tunjukkan.

meriahnya menu!

March 22, 2011 at 9:12 AM

telur dadar ngan ikan masin makan ngan nasi panas2...dh selera

boleh plak rehat tgk iklan..hehehe...pastue dia sambung balik x solat tue masz..

March 22, 2011 at 9:23 AM

woooo menu kampung yg best giler pekena ngn nasi putih panas time ujan ni..ekekek:D

erkk aisyah syg..mana telekung? hehee

March 22, 2011 at 10:14 AM

mamalieyna;

hm, memang comel kan, sejuk rasa hati nie..

March 22, 2011 at 10:15 AM

em's family;

hikhik x der mazhab..

March 22, 2011 at 10:16 AM

ms sz;

betul tu, insyaallah akan ditunjukan yang baik pada anak2..

March 22, 2011 at 10:17 AM

zura;

sedap kan..
hm, sambung jap, pehtu pi pintu bila dengar papa balik.. hehe

March 22, 2011 at 10:19 AM

[-suziey-];

hah, betul tu..

hm, telekung x sempat nak pakai lah aunty, nak cepat solat takut abis waktu.. hehe

Post a Comment