Pages

31 May 2012

*hampir tiba ke destinasi*

Salam,

1stly thanx ye kengkawan yg dtg jenguk umah aku ni.....tapi mintak maaf sesangat coz aku x dpt buat kunjungan balas buat masa ini.....bukan x sudi tapi aku skrg ada di luar daerah, bukan daerah, tp negeri.....hehe

Sekarang ni aku ada kat RnR Gua Musang, tengah rehat jap memasing sebelum smpai ke destinasi di Kota Bharu.....tapi aku xde rehat mana pon, dah spnjang jalan pon duduk je dlm bas ni, lgpon Aisha xde la lasak sgt, dia dah boleh main sndri ngan anak2 member opis yg umo lbih kurang sebaya.....snang aku, hikhik

Time ni pmandu n sebhgian pnumpang pi ngeteh kat kdai brhampiran, aku dok atas bas je tman Aisha tido.....kami gerak dr KL ada 3 buah bas dlm pkul 10 pg td.....smpai ke destinasi nti akan ada pndaftaran sblum blh check-in hotel n rehat.....sok pg jam 8 pg dah kena brkumpul utk acara perasmian.....

Moga prjlanan kami ini selamat n dipermudahkan, ameen.....kengkawan tggu kunjungan aku ke umah kengkawan bila aku ada ksempatan nti yek.....insyaallah

K, sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

*apa cerita Air Suam dan Sehiris Lemon pulak ni...?*




salam

 

nak kongsi info pasal khasit minum air suam + lemon setiap pagi.....


Menambahkan  ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

so, jom lah reramai kita cuba ubah rutin harian kita dengan minum air lemon suam setiap pagi.....

k, sekian

p/s : pada waktu entry ini dipublish, mungkin aku sedang dalam perjalanan ke Kelantan untuk support Pesta Sukan PKKM jabatan aku di sana..... kengkawan doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang n dipermudahkan urusan kami di sana ye..... terima kasih


30 May 2012

*Renovation Expo 2012, PWTC*



salam

dah 2 3 hari ni pi balik keje lalu Jalan Tun Razak ada nampak bunting pasal expo yang akan berlangsung kat pwtc dalam waktu terdekat ni..... 

renovation expo 2012 (rex '12)
1-3 jun 2012
pwtc, kuala lumpur


tiap2 tahun nak pi tapi x pi2 jugak..... padahal dekat jerk, 5 minit sampai dari rumah kalu jalan x jem, hehe..... tapi ader jerk hal yang perlu dilakukan bila sampai waktu nak pi sana..... kali ni x dapat pi jugak..... pada tarikh tu aku ada kat kelantan for Pesta Sukan yang jabatan aku anjurkan..... huhu

so, pada mereka yang sedang dalam proses buat ubahsuai rumah atau yang tengah berkira2 untuk ubah suai rumah (maklumlah nak raya ni kan) atau yang baru nak beli rumah pon boleh datang beramai2 cuci mata n dapatkan info mana2 yang berkenan.....

aku x dapat pi..... hukhukhuk

k, sekian


*Kerepek Cendawan Organik dari genting*

salam,

ingta x entry lepas, aku ada cerita pasal kerepek cendawan pelbagai perisa.....

 
 ha, inilah dia rupa kerepek cendawan tu...... packaging dia.....

Oyster Mushroom Crisps nama dia, keluaran Fruli Fresh..... rasa dia memang sedap, rangup jerk bila makan, n rasa dia kalau curry memang rasa curry, yang ni rasa black paper, ada rasa wasabi dan ada jugak original..... yang penting mushroon ni ditanam secara organik n halal untuk di makan..... aku x tau samada pasaraya biasa ada jual ke tak kerepek cendawan nih..... kalu ada kat mana yerk?..... 1 paket dijual RM3.00, berat 30gm..... saiz besar packing dia lebih kurang roti tawar yang kecik tu..... kalu harga kat pasaran luar (selain dari Genting) mungkin boleh dapat lagi rendah kut.....

tapi kerepek ni adalah buatan Muar, Johor (hehe bangga jap)..... bukan kilang kat Genting yerk kengkawan..... pape pon yang penting, rasa kerepek ni sedap n rangup..... nak beli lagi, kena pi Genting lagi la nampaknye..... hehe

k, sekian

29 May 2012

*Menang Samsung Galaxy Note*



nak menang Samsung Galaxy Note?


RHB tengah buat peraduan bermula 10 Mei - 11 Julai 2012

 
caranya sangat mudah, dengan hanya melakukan transaksi melalui RHB internet banking, kengkawan dah boleh dapat hadiah Samsung Galaxy Note seorang setiap minggu. 

 kengkawan jugak boleh menang trip ke LONDON untuk 3 orang kalau menang Grand Prize. percutian 7H6M termasuk penginapan dan tiket flight tu.

wah bestnyer kalau dapat..... tapi aku xder akaun RHB..... so kengkawan yang ada akaun RHB nieh, apa lagi, join la peraduan ni..... mana lah tau ada rezeki kengkawan boleh melancong ke London.....

mood : verangan naik bas double dacker kaler merah kat london

k, sekian

*Kehadiran tetamu di hujung minggu*

salam,

 hurm, last weekend rumah kami telah dikunjungi tetamu yang tidak diundang tapi tetamu itu adalah yang kami nanti2 kan..... hehe sape lagi kalau bukan Mak n Abah aku..... dorang datang dengan Maksu n Paksu @Ciklan Aisha dan jugak sepupu aisha, Adik Ada..... jangan salah faham dengan istilah tidak di undang tu yerk..... sebenarnya Mak ada bagi tau nak datang umah aku coz pada minggu tu ada kenduri rumah saudara belah mak yang kami di Tampin, Negeri Sembilan..... kami tunggu jugak ari Jumaat lepas kut2 la dorang sampai malam tu kan, boleh kami gerak sekali ke kenduri tu, tapi nan hado..... rupa2 nya dorang datang ke rumah kami selepas pergi kenduri umah sedara tu (malam sabtu dorang sampai rumah kami).....

petang Sabtu tu kami sempat pergi ke kenduri kawan seopis di Rawang..... lepas tu kami shopping barang rumah sikit kat carefour Wangsa Maju..... tengah2 shopping tu lah Maksu Aisha call bagitau dorang dah gerak nak ke rumah kami..... so kami pon stanby la balik awal ke rumah..... beli barang simpel2 jerk..... tapi sempat la kami tapau KFC untuk dapatkan free gift mini Ipin untuk Aisha..... hehe

meriah la umah kami yang sekemetot tu dengan tetamu dari Johor tu kan..... Aisha apa lagi, sanggup x tido nak main dengan sedara Johor dia..... apatah lagi Maksu ada gadget baru Samsung dia tu..... kira jadi hak Aisha la kan untuk main game..... hehe lepas dorang sampai, rehat2 jap..... aku pon xder apa nak masak nak umah, aku suggest kat hubby untuk beli makanan kat kedai jerk, nak kuar dinner, badan dah x larat, lagipon tetamu2 kami tu pon nak rehat kan..... so malam tu, kami sajikan nasi putih, sup ayam, sayur padprik n nasi kenduri (mak bawa dari Negeri Sembilan) untuk tetamu semua.....

sambil borak, sambil tengok tv..... lepas tu beransur2 memasing tido.....

esoknya (Ahad) sebelum tetamu nak bertolak balik..... sempat lagi kami ke kedai tayar kat Jalan Gombak, coz kereta yang mereka bawa ada gegor2 la kat sebelah belakang..... takut apa2 kejadian x elok di perjalanan maka pemeriksaan dilakukan..... dan melayangkah duit Abah RM145 untuk tukar tayar baru coz tayar lama bengkak (ada gelembung)..... tu yang bawak kereta rasa gegor2.....

 see, memasing tengah tengok tayor bengkek yang dah pon selamat diganti dengan yang baru, padahal tayar tu aku rasa elok lagi bunga dia kan.....


 eh eh, my lil Aisha sempa berposing dengan spek Mydin baru dia.....


 lagi pose dari Aisha sementara tunggu kereta kena servis.....


lepas selesai urusan di kedai tayar..... kami teruskan perjalanan mencari tempat makan..... time tu ngam2 jerk pukul 1 petang..... "owh, patutlah, dah wajib makan nie....." itulah yang Abah kata bila ditanya abah dah lapar ker..... haha

kalau waktu siang ni aku x berapa nak tahu kat mana port makan yang best kat KL nieh..... maka aku serahkan pada Hubby dan dia suggest untuk makan Nasi Ayam Kampung kat Kampung Bharu..... aku pon setuju jerk..... ala gerai ni kat Medan Selera Jalan Raja Muda Abd Aziz kat HKL tu, kedai dia ujung sekali..... mesti ramai yang dah tau port ni kan..... nasi dia memang marvelous..... ayam kampung wallah..... sedap siap ada ulam2 lagik, tapi aku x makan..... hehe..... kami makan semua licin, samada sebab sedap sangat atau sebab lapar..... tapi kalau Abah makan habis, maknanya makanan tu memang sedap..... kan Abah kan..... hehe


 
 see, semua pinggan licin dibedal kami, kecuali ulam.....


menu kami untuk lunch hari tu adalah nasi putih untuk 7 orang, ayam kampung 7 ketul (bajet sorang 1), gulai daging, sayur pucuk paku n ulam + sambal belacan, hubby tambah budu + tempoyak..... air kami order memasing sume ais, cuma abah jerk mintak air teh tarik..... so belanja lunch sume lebih kurang RM68..... Mak ngan Ciklan belanja..... terima kasih yerk, murah rezeki kamu..... Alhamdulillah

selesai makan, kami pon berpisah..... tetamu balik ke Johor (sebelum tu drop Ciklan kat Seremban dulu) n kami teruskan urusan kami..... kami ke Giant Batu Caves untuk shopping..... shopping lagi, bukan beli apa pon, cuma cari seluar untuk kami ke Kelantan hujung minggu nanti sempena Pesta Sukan jabatan kami..... punyalah semangat kami nak bersukan kan, cari seluar baru..... padahal dok tepi padang jerk tengok orang bersukan..... haha

so, kalau blog ni xder cerita, maka kami ada di sana la yerk..... doakan perjalanan kami selamat semuanya..... ameen

k, sekian

28 May 2012

*Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands*

salam,

masih lagi bercerita pasal Genting.....lepas habis kerja kat Awana last Sunday, semua peserta pon dah naik bas n bas pon dah gerak turun ke KL..... kami pon melaksanakan aktiviti sendiri..... selain dari kami naik ke theme park kat atas nuun..... kami juga pergi ke Strawberry Park.....

senang jerk nak cari strawberry park kat genting ni..... dari Awana tu, turun bawah sampai ke Goh Tong Jaya..... ambik round about pukul 3 (kalau dari KL ambik pukul 9 la kan)..... terus jerk nampak signboard Genting Strawberry Leasure Farm..... dari tepi jalan, park ni sebelah kanan kita.....

dah sampai, kita park jerk kat parking yang disediakan sebelah kiri jalan.....
dan.....
jom jalan-jalan.....


 dah dapat bakul n gunting..... jom jalan2 dulu survey tempat.....


 bakul x lepas dari tangan si kecik tu..... x sabar nak petik strawberry.....


 okey, sesi memetik / menggunting strawberry bermula.....
lepas dia, dia, lepas tu dia, lepas tu dia lagi, dan lagi.....
bila mama ngan papa nak ambik gunting tu, dia terus marah.....
"Ni Aisha punye la....."
so kami x jadi ambik gunting tu..... huhu kami redha jerk la.....


si kecik seronok dengan hasil tuaian buah sendiri.....
kami pon tumpang seronok jugak walau x dapat merasa tuai buah tu.....


 hasil tuaian..... x der la banyak sangat pon, apa yang penting kami menikmati keseronokan bersama.....


see, budak yang sangat puas hati dapat petik strawberry sendiri, lepas tu ngadu sakit kaki n mintak Papa dokong..... hehe strategi yang bagus.....


last sebelum keluar, take a picture dengan topi n sarung tangan strawberry.....


actually kat sini ada jugak taman sayur organik, tempat tanam cendawan, cafe strawberry, taman lebah madu, tempat snap pic dengan ular @ parrot, mini playgroung pon ada..... so papa ada beli kerepek cendawan yang pelbagai perisa..... RM3.00 1 paket..... papa ambik 2 perisa iaitu perisa curry n perisa black paper..... not bad sedap n rangup..... kalau ikut hati nak beli banyak2 tapi sebab belum gaji, so tahankan jerk la hati ni.....

erm, memang puas hati kami jalan hari tu, x kira penat berkursus..... yang penting kami gembira layan anak nan sorang tu..... insyaallah kalau ada rezeki, kita jalan2 tempat lain pulak yerk Aisha.....

lagi gambar strawberry DI SINI.....


k, sekian




26 May 2012

*2 kenduri kahwin + 1 kenduri kahwin*

salam,

Ari sabtu menjelma lagi... So bolehla brehat kat rumah, seb baik mggu ni xde aktiviti opis yg aku kn atended mcm mggu sudah, kalu x letih wooo... Cuma ari ni ada jemputan kenduri kawan opis, maklumla cuti sekolah dah mula, maka ramailah yang ambik kesempatan utk buat kemduri kan... X kira lah kenduri apa kan...

Aku ari ni ada 2 jemputan kenduri kawin, 1 kat rawang selangor, 1 lagi kat seremban n9. Insyallah yg kat rawang kami akan dtg, cuma yg kat seremban tu x tahu lg coz agak jauh jgk tu walau prjalanan ke sama lbih kurang 2 jam je...

Actually ada lagi 1 kenduri kat n9 yg ada ari ni, saudara sebelah mak kat mantin kalu x silap aku... Tapi nak pi camame, aku tau tmpat, hurm aku kirim je la kat mak...

Papepon moga perkahwinan mereka semua diberkati Allah dan berkekalan hingga ke syurga... Ameen

K,sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

25 May 2012

*Pose Of Us @Genting Highlands*




salam jumaat,


erm, alhamdulillah dah tiba hari jumaat, penghulu segala hari..... moga hari2 mendatang semakin baik dan semakin baik dan semakin baik..... kalau ikut, my hubby akan gerak ke Melaka hari ni hingga lah ke 29hb nanti untuk urusan aktiviti promosi di Mahkota Parade..... tapi x tahu dia dah gerak ke belum..... x per lah, yang penting moga semua berjalan dengan lancar..... ameen

so, masih lagi cerita Genting..... walau hanya 2 hari 1 malam, tapi banyak jugak cerita aku yerk..... haha redha je la yerk kengkawan..... actually kami ada naik sampai ke Genting Theme Park atas nuun tapi sebab ramai sangat umat, maka xder kami bergambaran sakan..... kami cuma lepaskan gian n nak gembirakan hati Aisha, kami naik 1 game indoor yang ada kepala rusa depan dia tu..... jalan slow jerk atas udara..... bajet nak cari 1 sweater genting untuk Aisha tapi x jumpa kedai plak..... dah lupa la jalan nak ke Genting Hotel dari Hotel First World tu..... haha, boleh x?.....

lepas tu, kami terus jerk turun bawah hajat nak cari strawbery park..... kami jumpa x straberry park tu?..... nanti entry lain aku cerita yerk.....

so, on the way ke bawah tu kami stop jap kat tepi jalan..... cari jalan yang selamat untuk stop tepi yerk..... tujuan adalah untuk berphotoshoot..... haha, gila lama x berphotoshoot macam nie..... x kira la kereta @ bas @ moto yang lalu lalang kat situ kan..... kami layan jerk kamera hubby yang klik klik dan klik..... maklumlah dah lama x pose depan kamera kan.....

jom layan pose kami @Genting.....
tapi gambar x banyak tau..... sebab sejuk..... lagi pon time tu baru lepas hujan.....


pose 1st : goooood from us.....
view kabus di belakang sangat tebal.....



pose 2nd : AAAAAAAaaaaa..... jeritan tanpa suara..... haha
x nampak pape pon kat belakang kami.....



 pose 3rd (last) : double good from the 3 of us.....
kabus dah hilang sikit demi sikit.....


ok dah selesai pose kami kat tepi jalan..... jom jalan bawah cari strawberry pulak.....
nak layan pose Aisha ada kat SINI jugak.....

k, sekian


24 May 2012

*Dapat 2 surat cinta hari ni*




salam,

aku trus je la pada tajuk yerk..... cerita hari ini, di pagi hari.....

kronologi::

4.00 pagi : bangun n siap2 untuk hantar PIL ke Airport KLIA, 4.30 pg kami gerak.....

5.45 pagi : tiba di KLIA, park kereta, angkat beg PIL, masuk dalam Airport, sambil2 tu tunggu PIL solat subuh. borak2 sambil tengok gelagat orang (group) yang nak pi umrah jugak sambil tunggu abnag ipar sampai naik LRT.....

6.50 pagi : abang ipar sampai n kami minta izin nak balik coz keje hari ni.....

7.00 pagi : kuar pi kat kereta n dapat surat cinta yang diletakkan atas cermin depan bawah wiper.....

huhu, rasa sedih coz tetiba kena donate kat polis traffic..... terus jerk start enjin kereta n gerak pi opis.....

 
7.40 pagi : sampai opis n trus punch card dulu, lepas tu gerak pi Taska Temanku untuk antar Aisha school

8.15 pagi : sampai taska, trus park kereta n hantar Aisha masuk school, mmuah..... mmuah sempat cium pipi kanan kiri Aisha.....

8.20 pagi : turun bawah kat tempat park kereta tadi, tengok2 ada surat cinta lagi atas cermin depan.....

eh eh, baru park kereta 5 minit dah dapat surat cinta..... kali ni kami kena donate pada DBKL pulak..... berangin jugak lah hubby bila tengok surat tu..... dalam satu hari dapat 2 pulak tu..... kalau park kereta tempat yang memang x boleh parking x per la jugak..... ini parking tepi jalan yang x ganggu traffic pon..... 

kalau kat KLIA tu hubby boleh consider lagi..... tapi yang kat Taska Temanku tu, memang hubby berangin gegila la sepanjang dalam kereta untuk balik rumah n tukar motor..... bukanya lama pon..... sempat lagi bunyi "naik moto lagi senang, boleh je parking selit2, xder la kena saman"..... huhu

aku dengar je la bebelan hubby tu sampai la ke rumah..... hurm x taulah balik nanti dia sambung bebel lagi ke tak..... yang mampu aku buat hanyalah dengar dan sejukkan hati hubby dengan berkata "biar je la dulu, ada rezeki nanti kita bayar la saman tu"..... hehe

k, sekian



p/s : erm, berapa yerk saman parking traffic n dbkl nieh..... kena stanby duit nak bayar ujung taun nanti..... time nak renew rodtax..... :)




*Artis di swimming pool @Awana Genting Highlands*

salam

 masih lagi cerita @Genting..... macam biasa, Aisha n air x dapat dipisahkan..... itulah artis aku, memang cukup suka dengan air, kalau boleh tempat2 yang kami sekeluarga pi, harus ada unsur2 air seperti kolam, laut, air terjun, sungai atau sesuatu air yang sewaktu dengannya..... hehe

maka pada last weekend, alang2 aku berkursus di Awana Genting Highlands..... dekat jerk dari KL kan..... awal2 lagi aku memujuk hubby untuk datang sekali pada hujung minggu itu..... dan seperti yang di plan..... pada hari Sabtu, sehari sebelum kursus berakhir, hubby sampai dengan Aisha kat tempat aku berkursus, aku siap pesan kat huby untuk bawa baju mandi Aisha..... hehe


 
 Aisha kat balkoni bilik aku masa petang baru sampai di hotel Awana.....
sangat susah nak tengok my lil Aisha ni tersenyum sambil tengok kamera time gambar di snap.....
tapi kali ini aku berjaya buat dia senyum sambil pandang kamera coz dah pujuk untuk bawa dia mandi kolam petang nanti.....

so, petang tu, kami ada satu sesi sampai jam 5.00 petang..... masa sesi tu hujan turun la pulak..... time ni aku call hubby yang ada dalam bilik (hubby tumpang bilik office staff yang lain), dia bagitau Aisha tengah tido..... syiok la dia tido time hujan, kat hotel tilam empuk + aircond lagik..... memang sedap la dia tido.....

then petang lepas habis sesi ceramah, aku n kawan sebilik Tim pon plan untuk bawa Aisha mandi kolam..... ingat kami n hubby jerk yang nak mandi kolam, rupanya ada lagi beberapa kawan opis (lelaki) aku lain yang gian jugak nak mandi kolam..... so apa lagi, kami pon pakat2 ler turun bawah lepa hujan tu..... walau Aisha still tido time ni, aku hangkut jerk dia turun bawah..... hehe, ganas punya mama aku ni kan.....

x lama kami turun bawah, Aisha bangun..... memula dia x nak join mandi, tapi lelama dia jadi geram tengok papa dia n kengkawan opis mama mandi kecebur kecebur.....
hehe

jom layan artis aku kat pool @Awana Genting.....
upsssss tapi ada gambar sensored tau..... kalau x sensored maka bukanlah gambar di kolam kan..... hehe

layannnnnn


 bebudak opis aku.....
Nizam, Iman, Sandy, Abg Salem (driver kami)
tiada dalam gambar, Daniel


bajet nak buat aksi kaki menyelam kaki ke atas, tapi ada pulak yang buat spoil..... habis kena marah budak yang buat spoil tu..... haha


setelah dipujuk, akhirnya my lil Aisha mahu terjun dalam air.....
peace from Aisha n Papa


 erm.....


 eh, tido ker Aisha time ni.....
huhu so sweet


 ha, time kat kolam ni Aisha jadi rebutan tau, semua uncle2 hemsem nak kat dia.....
Aisha with uncle Daniel (papa kat belakang buat peace jerk)


 Aisha with uncle Iman n uncle Daniel.....


aksi dari mereka.....
time ni Papa ntah ke mana..... huhu


 see, pic atas ngan pic bawah sama jerk aksi dorang kan.....
apa aksi yang uncle2 hemsem tu buat, Aisha pon nak buat jugak.....


so melayan lah dorang ni..... seronokla Aisha coz ada yang melayan..... lepas terjun nak terjun lagi, sekali, dua kali, tiga kali, empat kali..... sampai la dah dekat pukul 7 malam, aku dah paksa dorang untuk naik..... kalau x dipaksa, mau sampai ke malam pon Aisha tahan dok dalam air tu..... nasib la air kolam tu suam2 rasa dia..... tapi mana boleh..... jap lagi jam 8 mlm nak kena berkumpul untuk dinner plak kan.....

oh ya, aku ngan teman sebilik Tim hanya duduk tepi kolam tengok aksi2 dorang sambil snap2..... sangat happening selama 1 jam kami kat sana..... rasanya kolam tu macam kami yang punya..... haha

k, sekian




23 May 2012

*Lama dah x cerita pasal Nuffnang kan*


salam,

bukan aku merajuk..... ye la, xder apa2 berita dari sidia, maka aku pon senyap je la..... x kan aku nak terhegeh2 pulak kan..... kalau ada rezeki, ada la kan..... hehe..... so saje je gatal tangan petang2 ni, x tahu dah nak buat apa, FB, Chat, sms, Blog, Twitter, YouTube, Game semua aku dah buat..... sementara tunggu hubby call petang tadi, aku bukak la akaun sidia..... maka ada la sesuatu yang aneh di situ di mana RM telah bertambah sedikit..... dan aku pon klik la EARNINGS..... dan


TADA!!!

ada lagi rupanya BE untuk blog kau yang x seberapa nie..... alhamdulillah..... walau 1 jerk, aku bersyukur daripada xder langsung kan..... aku sedar apa blog aku nieh..... harapkan kengkawan yang rajin jengah sini jerk la kan..... terima kasih atas support kengkawan yerk..... aku buat blog ni pon bukan untuk income sangat pon..... saja mencuba nasib.....

x harap pon ada BE lagi lepas ni, tapi kalau ada, memang aku alu2 kan, mana tau dapat tambah duit tabung Aisha kan..... hehe

k, sekian


*Umrah Dan Ziarah*

salam,

dah petang n lepas office hour dah ni, tapi aku masih lagi di sini..... tunggu sang hubby bagi green light (call extension phone) untuk balik rumah..... sekarang ni MIL n FIL ada kat rumah, dorang sampai dari Kuantan, Pahang tengahari tadi..... sok pagi dorang akan berangkat ke Tanah Suci melalui KLIA untuk mengerjakan umrah.....

x sabar nak balik rumah berjumpa ngan dorang..... erm, x tau nak masak ker atau nak makan luar jerk malam ni..... kalau nak masak..... nak masak aper yerk..... huhu, lauk dah x der kat umah, tinggal sayur jerk hubby beli petang semalam kat pasar malam..... x kan nak masak sardin atau telur je kut..... huhu

tengok la apa yang nak di makan malam nanti yerk..... mesti Aisha seronok coz To'Mi n To'Ki dia ada kat umah..... meriah sikit malam ni kat umah..... hehe

k, sekian


*Awana Genting Golf & Resort, Pahang*



salam,

alhamdulillah, selesai sudah tugas2 yang dipertanggungjawabkan kepada kami..... erm, last weekend kami ada handle Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf Bagi Pasaran Antarabangsa..... kami buat di Awana Genting Highland selama 3 hari 2 malam..... aku sebagai salah seorang urusetia, dipaksa datang awal oleh bos besar kecik aku untuk ikut sekali dia pi awal ke sana..... so aku n Tim kenalah check in awal kat hotel tu..... baru sehari balik dari Kelantan, aku terpaksa berpisah lagi ngan si tecik aku buat kali kedua dalam 1 minggu..... huhu

so, rasanya tak payahla aku cerita apa isi kandungan kursus tu kan..... ni blog personal, so x morr arr jadi campur ngan kerja sangat dalam blog ni, nanti kengkawan boring plak kan..... hehe.....

jom kita tengok sikit apa yanga da kat hotel ni.....


 kunci bilik n tag aku dah berada atas katil bilik..... aku dapat bilik tingkat 16 daripada 29 tingkat yang ada.....

erm, selalu jerk aku lupa nak snap pic depan hotel kan..... tapi x per, boleh jerk pi kat SINI kalau nak tengok view hotel ni secara detail yerk.....


 kami dok bilik superior..... ada dua buah katil yang aku rasa saiz queen..... rate dalam RM2++ n boleh muat untuk 4 orang dewasa, tapi bilik ni kira twin so kupon makan dia akan bagi 2 jerk, kalu nak dok berempat, lagi 2 orang tu kena bayar untuk kupon makan..... memang selesa bilik ni n kami dapat bilik strategik coz view memang marvelous..... jap lagi aku tunjuk yerk..... hehe


 dalam bilik dah memang tersedia iron + board n hair dryer dan lain2 keperluan asas di hotel.....


bilik mandi ada tub..... sempat la my lil Aisha berendam dalam tu..... hehe
siap dengan toiletries.....

 owh, this is my roommate Cik Tim yang akan tamatkan zaman bujang beliau lagi 2 minggu..... see, kotak2 opis ada dalam bilik kami..... kejap lagi nak kena punggah untuk dijadikan goodies bag masa pendaftaran peserta esoknya.....


 ha..... inilah view bilik kami..... direct dari balkoni..... ada kolam..... boleh skodeng kengkawan opis yang tengah mandi nanti..... haha
ada pic menarik di kolam ini..... nanti aku share yerk.....


 ni plak view sebelah kiri..... ada padang golf.....


ok tu jerk nak share pasal hotel nieh..... mostly semuanya ok, kemudahan sangta bagus..... layanan pon mesra cuma ramai yang x tahu berbahasa melayu di sini (maknanya yang kerja di sini bukan orang Malaysia)..... tapi dorang memang best, sampaikan ketua receptionist tu dah kenal aku, dia boleh pulak bagi aku kupon makan free 2 set sepanjang 3 hari 2 malam aktiviti kami di situ..... hehe

makan kat sini, not bad..... sedap..... tapi x berapa banyak pilihan, sayur pon satu jenis jerk tiap hari..... hujung minggu memang ramai orang samada family ataupon group yang buat aktiviti di sini..... tapi memang seronok..... siap ada shuttle free ke puncak Genting 24 jam, tapi sementara skyway tutup, nanti bila skyway dah buka semula, servis percuma tu sampai ke skyway station je la.....

so, last but not least..... nak share pic desert yang aku snap masa 1st day dinner aku sampai di sini..... snap guna BB jerk.....


k, sekian

k, sekian


22 May 2012

*Pengumuman..... baby baru akan muncul*

salam


alhamdulillah, last saturday masa aku tengah menguruskan kursus kat Awana Genting Highland, dalam jam 7:41pm aku dapat SMS dari my USU..... ringkas jerk ayat SMS tu.....

"Assalamualaikum, nk bgtau je usu dah disahkan mengandung :). Doakan kami selamat ye."

aku pon balas dengan ringkas jugak.....
"Alhamdulillah, ameen"
 maklumlah tengah sibuk uruskan keperluan untuk malam dinner tu..... so, baca dengan ringkas n balas dengan ringaks jugak..... hehe
 
dan tadi jenjalan umah dia..... ada pic teddy bear kat bawah nie.....
 

sweet teddy bear tu kan..... dan jugak sesuatu yang dipegang oleh teddy bear itu.....

maka dengan rasminya aku nak ucapkan
TAHNIAH!!!!! 
buat USU & Azlan di atas pengumuman kandungan tersebut.....
dorang nikah pada 14 April lepas.....

moga semuanya selamat hingga baby menjengah bumi ini..... 
ameen

k, sekian


p/s: erm, bila due baby baru ni akan keluar aku x tahu lagi..... kena tunggu tuan punya badan sahkan baru boleh aku inform kat sini yerk.....
aku masih lagi menanti kedatangan adik Aisha, moga ada rezeki lagi buat kami.....
 


*Review Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan*


 salam,

 ingat x sebelum ni aku pernah cerita yang aku ada outstation ke Kelantan atas urusan kerja..... selama 2 hari di sana, aku stay kat Hotel Raudhah, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan..... ala dekat jerk ngan Hotel Habib yang aku pernah dok sebelum ni kat sana..... rate dia jangan tanya yerk coz aku ditaja oleh opis aku..... muehehe di taja..... kelas ko jah..... hurm tapi kalu x silap aku rate sini lebih kurang RM140 kut + breakfast..... aku pon x berapa ambik tau sangat coz datang sini nak keje kan, so x kisah la dok mana pon janji boleh rehat di malam hari.....

nak tengok rupa depan hotel nieh..... huhu, jangan mengharap yerk coz aku lupa nak snap pintu masuk hotel ni, coz aku dah penat sangat, sampai sana dah malam, then sok pepagi trus pi keluar keje, then sampai hotel malam lagi, sok nyer pepagi keje lagi n malamnya trus balik KL..... haha, gila pack jadual aku kat sana..... memang saja aku buat gitu coz x mor lelama kat sana, windu kat orang KL maaaaahhhhhh..... hehe

tapi gambo area belakang hotel ni aku ada snap....


 ha, ni kawasan belakang hotel raudhah, yang bumbung hijau tu adalah Hotel Habib, owner dia sama ngan Habib Jewel tu.....


 ni dalam bilik hotel.....

not bad la, macam biasa ada 2 katil single, ada tv yang siaran x berapa nak clear tu, ada meja solek, ada cerek air, ada cawan tapi x der tea or nes nak bancuh..... mungkin orang hotel lupa nak top-up kut..... huhu..... ada almari yang dalamnya ada hanger, ada sejadah n Al-Quran..... bawah tv dalam kabinet tu ada peti ais, tapi x berfungsi, dah hidupkan suis pon x sejuk..... aku x tahu ada masalah apa, but aku malas nak mintak pihak hotel betulkan coz aku dok sini sekejap jerk n sorang2..... kalau aku ngan family, harus aku mintak pindah bilik..... oh ya, bilik yang au dok ni ada semut la..... huhu..... gambar kecik tu ada pintu ke balkoni belakang.....


kiri : pintu ke luar balkoni
kanan : bilik air

biasa jerk bilik air dia..... tidak disediakan sabun, shampoo gelas mahupon shower cap..... yang ada cuma sinki biasa, toilet bowl, shower + heater n cermin muka yang tinggi mencanak..... aku kalu tengok cuam nampak rambut jerk..... mungkin digantung tinggi2 coz ada komen dari mat saleh yang terpaksa tunduk bila nak tengok cermin dalam bilik air ni kut..... aku pon x tahu.....

tapi satu aku puji hotel ni, coz dorang menitikberatkan penghuni yang beragama Islam..... macam kat atas aku cerita tadi dia ada sediakan sejadah n Al-Quran kan..... selain tanda kiblat, kat setiap bilik juga ada ditampal doa memacam..... erm, ker setiap hotel kat Kelantan ada mende2 ni semua.....


see, ada doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa masuk bilik, doa keluar bilik, doa pakai n buka pakaian pon ada.....

owh, perasan x kat bawah doa masuk n keluar tandas tu ada sign "Hotel Ansar"..... mungkin sebelum ni nama dia adalah Hotel Ansar lepas tu tukar management, so nama dia jadi la Hotel Raudhah..... rasanya zaman dulu (lebih kurang tahun 2008) aku pernah stay hotel ni..... time tu pon hotel ni dah teruk, apatah lagi sekarang..... huhu

siap dapat komen dari tenaga pengajar yang datang sekali ngan aku, dia dapat bantal yang penuh ngan rambut kat bantal tidur dia..... so, biasa orang nak tido akan kira biri2 kan, tapi dia terpaksa kira rambut sebelum tidur..... erm, camaner tu yerk.....

moga hotel ni lebih prihatin dengan kemudahan dan service kat hotel ni yerk.....



owh, ini bukan gambar kat hotel tu ye kengkawan..... ni adalah toilet kat Airport Kota Bharu..... aku suka ngan interior dia..... konon2 verangan la nak buat gini jugak kat umah kan..... tapi xder la letak bebanyak sink n cermin tu kan..... yang penting dah verangan nak letak cermin tinggi (macam gambar sebelah kanan) macam tu.....  hehe..... "boleh kan PAPA"..... ngeeeee

 ha ni keadaan kat airport..... time ni sume orang dah stanby nak masuk kapal..... aku jerk yang duduk lagi..... malas la nak beratur pepanjang..... tunggu orang dah tinggal sikit baru aku bangun dari kerusi..... haha aci tak.....

tapi tetiba flight ter'blackout plak..... so kena tunggu la 15 minit dalam kapal Air Asia  tu tanpa lampu tanpa air-cond sementara dorang betulkan sumber elektrik..... lepas tu, alhamdulillah aku selamat sampat di Airport LCCT 1 jam kemudian.....


k, sekian


erm, selit 1 pic aku n Tim (kawan opis) kat Awana Genting Highland masa 1st day kami sampai hari Khamis lepas..... cerita penuh, sok yerk..... hehe


21 May 2012

*Kelantan - Genting*

salam isnin,



huh, minggu lepas adalah minggu sibuk bagi aku..... minggu ni rest sekejap, then next week ada lagi urusan di luar office yang perlu dilakukan..... kiranya hujung minggu aku untuk bulan Mei ini adalah sangat2 pack..... hujung 2 minggu lepas aku di Kelantan, hujung minggu lepas aku kat Genting..... nanti aku cerita erk.....

hujung minggu ni aku ke..... ehem ehem..... lepas tu aku ke Kelantan lagik..... insyaallah...... lepas tu harap2 boleh la rehat hujung minggu di KL jerk coz ada sesuatu yang perlu dilakukan di sini x dilakukan lagi..... so, cerita penuh aktiviti hujung minggu aku, nanti jap2 lagi aku cerita yerk..... ni nak kena buat report + kerja2 opis yang tertangguh dulu nieh.....

sambil2 tu aku datang umah kengkawan yerk..... windu wooo nak jengah korang..... rasa rugi terlepas cerita korang..... huhu, tunggu kedatangan aku yerk.....

k, sekian


18 May 2012

*makmal @Awana Genting*

Salam,

Sejuuukkk sangat kat sini, huhu

Ari ni update dari Genting pula, cerita KB x langsai lagi, aku dah masuk cerita Genting pula kan... Sori la yek kengkawan... Start semalam aku n beberapa (2 org je) kawan opis dah bermalam di Awana Genting Highland Golf & Resort, Pahang untuk pra persediaan program opis aku iaitu "makmal pengukuhan usahawan kraf bagi pasaran antarabangsa" smpai ari Ahad ni...

Kira dapat gambaran kan macamana bentuk program yang aku handle ni kan? Hehe... Actually program ni start jam 11 pagi nanti untuk register, tapi kat sini sejuk sangat, so lepas subuh tadi aku dah x boleh nak tido semula dah... Bajet tutup aircond pastu buka kipas, boleh kurangkan sejuk, rupanya kipas trus jek pusing yang laju sekali, huhu aku x tahu nak adjust kelajuan dia kat mana, last2 buka balik aircond, naikkan tempreture slowkan blower, naik atas katil, tarik selimut smpai leher... Tu pun ujung kaki still terasa sejuk lagi...

Hurm, layan tv jap, pastu nak mandi2 n siap2 untuk turun bawah, set utk pendaftaran...

Nanti2 kalu sempat, aku update lagi dari sini ye, sok (sabtu) insyallah hubby n Aisha akan datang sini untuk join aku, apa yg nak dibuat, nanti aku cerita... :) x sabar nak jumpa Aisha...

K, sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 May 2012

*Alhamdulillah, tapi...*

Salam,

Dah mlm bru bleh update, ni pon kna update lelaju, coz online gn BB jek, x larat nak menaip panjang2, ni pon guna short form jek, huhu

Ari ni trus msuk opis walau mlm td smpai dr kota bharu jam 1 tgh mlm, letih jgk bdan ni tp tuntutan kerja kan, so kena redha la...:)

Msuk opis pepagi bos dah tnya pasal murtabak raja, maklumla kelantan kan terkenal dgn murtabak raja kan, ptutnya tanya psal keje yg aku slaras kat sana, tp xde plak dia tanye, lupa kut, hehe

Habis diskas pape yg patut, buat pape yg trtgguh slama aku pi klantan 2 ari ni, tgari kuar plak ngan kak farin, nizan n sandy utk bli brg2 nak bawa ke awana genting sok...huh letih jgk kuar bli brg2 opis ni, kalu brg sndri xpe la, jalan 2 ari nonstop pon aku sanggup...haha

Sok aku n beberape kwan opis dah kena pi awana genting plak utk set prsdiaan pendaftaran pserta ari jumaat pg tu...moga sume brjalan lancar, ameen

Blum habis rindu aku kat Aisha, dah kema pi genting plak...huhu, moga lpas ni xde la kerja2 yg akan buatkan aku kna stay jauh2 ngan Aisha...kalu skali skala xpe, ni dah tiap2 minggu kna tinggak, sian kat aku ngan Aisha nbn paja Aisha skali...ups

Eh, mcm dah pnjang plak aku mbebel ni, blik umah kang nak kna kmas baju plak utk sok, FYI aku still kat opis diwaktu ini jam 8.45 mlm...:(

Nti2 ada free aku update lg yek, thanx la pd kengkawan yg sudi singgah umah aku ni, tggu kunjungan blas aku yek

K, sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

14 May 2012

*Hotel Raudhah, Kota Bharu*

Salam,

Dah breakfast lum, ke ada yg puasa ari ni? Moga semua dipermudahkan ye.....

Ari ni aku brada di KB, kelantan utk kerja2 yg mnuntut aku brada di sini slama 2 ari, sok mlm blik smula KL, moga semuamya dipermudahkan, ameen..... Kat sini aku stay di Hotel Raudah, Wakaf Che Yeh,Kota Bharu.....

Not bad la hotel ni, kalu stakat utk rehat, tidur n mandi waktu mlm kan, coz hotel ni simpel jek, xdela jakuzi ke kolam bagai, apatah lagi theme park mcm kat Gold Coast Resort Morib yg aku pi sblum ni kan, hehe

Gambar hotel ni, nti blik KL aku share yek, tu pon kalu smpat coz blik ni, aku akan ke Awana Genting plak..... Insyaallah aku akan share jgk bila free nti yek...

K, sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 May 2012

Menyesal - Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

c/o Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku




11 May 2012

*Puasa dan Raya*

salam, 

wah!! awal dah cerita pasal puasa n raya yerk blog nieh..... hehe, bukan apa, semalam aku telah berjaya untuk mengqada' puasa tahun lepas.....Alhamdulliah, tu baru satu hari..... ada lagi 6 hari untuk aku qada'kan puasa aku..... Insyaallah, akan aku lakukan dengan tenang n moga diterima Allah hendaknya..... Ameen

next week, x boleh la aku nak qada' coz aku bajet nak puasa Isnin, Khamis..... tapi hari isnin aku ke Kelantan untuk selaras Makmal Teknik Pateri Produk Perak di sana..... hari khamis pula aku dah kena ke Awana Genting untuk selaras Makmal Pengukuhan Usahawan Bagi Pasaran Antarabangsa pulak..... maka hilang la 2 hari puasa ganti aku..... tapi x per, moga ada kesempatan untuk aku ganti di minggu hadapannya sebelum tiba waktu untuk berpuasa wajib..... Insyaallah

pasal raya pulak..... huhu sedikit sedih, coz hubby cakap, x yah pikir la baju raya bagai..... kita tumpu buat rumah dulu..... dah siap baru kita pikir baju raya..... huhu, ye la sekurang-kurangnya nak la jugak sepasang baju raya baharu sedondon sefamily di pagi raya kan..... x kan nak pakai baju tahun lepas pulak..... dah la baju melayu hubby x banyak, aku kira-kira adalah dalam 3 pasang yang betul-betul sepasang..... yang lain tu semua tinggal baju jerk, suar yilek..... huhu

erm, moga ada la rezeki lebih buat kami untuk siapkan rumah kami nuun di Rawang sana sebelum raya tahun ni..... rasanya dah setahun tertangguh pembinaannya..... lama dah kan aku x cerita pasal rumah kami..... ni semua pasal kontraktor kami yang ntah hape-hape, duit nak tapi rumah x nak siapkan..... :(  moga lepas ni dipermudahkan bagi kami untuk menikmati anugerah Allah duduk di rumah sendiri..... Ameen

so tu je la cerita aku aku pasal puasa & raya nieh..... next week kalu ada masa aku update yerk pape yang patut, kalu xder tu, maknenyer aku busy..... huhu akan windu kat Aisha 2 hari + 3 hari.....

k, sekian