Pages

21 January 2014

*masak masak ~ Agar-agar Miren (Milo + Oren)*


assalamualaikum,


hihi, ape ke la nama resepi aku letak ni..... saje je kan..... bukan apa, tak tau nak letak nama ape, so aku boh je la gitu..... hihi, ingat x lagi entry pasal Agar-agar Milo aku ritu yang ada lagi belen agar2 tali tu..... ha, belen dia aku buat la Agar-agar Miren ni pulak..... bukan mereng tau..... hehe

so, jom layan Agar-agar Miren aku.....




Bahan2
10 gram agar agar tali
  800ml air
2 senduk gula
 
 *Bancuhan Milo
  1 1/2 senduk milo
  1/2 senduk susu pekat manis
130 ml air panas
 
*Bancuhan Oren
1 1/2 cwn jus buah oren (2 biji)
 2 sudu besar gula
sedikit pewarna oren (aku guna pewarna kuning sebab tu je yang ada kat umah)
 sedikit parutan kulit buah oren
Cara2 buat
1. Dalam periuk, didihkan agar-agar dengan air dan gula
2. Sementara itu dalam bekas lain, bancuhkan milo dan susu pekat dengan air panas
3. Selepas agar2 yang di didih hancur, tapis ke dalam 2 bekas berlainan, satu untuk dicapur dengan bancuhan milo dan satu untuk dicampur dengan bancuhan oren
4. Kemudian tuang bancuhan milo ke dalam bekas yang disukai (sukatan separuh bekas), biar sejuk seketika sebelum di simpan dalam peti sejuk selama 5 - 10 minit
5. Keluarkan semula agar2 dan tuangkan bancuhan agar2 oren ke atas agar2 milo tersebut
6. Masukkan semula ke dalam peti sejuk hingga tiba masa untuk di hidang


lagi sekali, kalau makan time sejuk2..... wallahhhhh
nyaman.....

resepi ni ditulis atas permintaan adik aku nuun di Terengganu yang ada blog tapi rasa dah bersawang yang guna vacumn pon belum tentu ilang sawang dia..... hihi jangan marah dik, nanti jangan lupa buang sawang kat blog tu yerk..... peace.....

k, sekian

pssst : teringin nak beli mangkuk atau cawan kaca yang cantik2 untuk buat agar2 atau puding, mesti cantik kalau nak hidang pada tetamu kan..... hihi (mood : verangan)

 

8 comments:

  1. Cantiklah Masz. Nampak pun sedap:) Kalau kakak tukar nama jari Jelly Loren amacam hihi..

    ReplyDelete
  2. mula ingatkan mereng tadi... pandai pilih nama yerk...
    ehm kalau sejuk2 masuk kat tekak memang sedap...

    ReplyDelete
  3. milo dan oren....wahh camne laa rasenye tu masz...pandai masz olah rase agar2 ni...warna menarik tuh...

    nanti leh la cube...

    ReplyDelete
  4. boleh amik resepi buat masa cuti panjang next week kan....

    ReplyDelete
  5. panas2 ni makan sejuk jer tekak kan...

    ReplyDelete
  6. ni kalu mkn mesti terpejam2 mata ;-)

    ReplyDelete
  7. rajinnya... tp yang ini mmg best !

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah