Pages

22 February 2013

*jom main masak2 bersama Aisha*


as salam, 

 aktiviti last Saturday..... disebabkan Papa Aisha work that Saturday, maka aku awal2 dah mintak Hubby beli sesuatu untuk kami anak beranak buat di masa Papa pegi work, sebab kalu x nanti si anak asik ler merengek nak Papa dia..... so, since oven dah ada kat TerataKami, dan anak dara pon asik ler nak main masak2 kan..... maka aku mintak kebenaran Hubby untuk beli bahan2 untuk buat muffin..... memula nak buat cup cake, tapi nak kena ada cream topping pulak kan..... so nak bende yang mudah, ringkas, cepat, maka aku cadang nak buat muffin..... Jumaat malam tu jugak kami ke Giant Bandar Rawang untuk dapatkan bahan2 yang diperlukan.....




Tepung muffin segera 400g - RM7.49, Chocolate Rice - RM2.29, Paper Cup Cake 40mm - RM4.99, Multipurpose Measuring Jug (yang atas loyang pembakar) 600ml - RM5.99
yang dah ada kat rumah..... minyak masak, telur, pengacau, mangkuk steel (terima kasih MakTeh sebab tinggak mangkuk ni kat TerataKami), loyang pembakar, air.....

dah sedia BAHHAN BAHHAN..... bak kata aisha (huruf 'H' tu ada sabdu)..... jom kita masak2..... tapi aku x guna semua tepung tu, sebab baru nak test masak muffin kan, walau guna tepung segera, test tetap kena buat..... so aku bahagi 3 bahan2 tersebut mengikut aturan kat kotak tepung tu.....

memula sekali panaskan oven 190 darjah celcius..... sambil tu, bolehlah kita kacau tepung kan.....




masukkan tepung muffin segera (133 gm), telur (1 biji) dan air (30 ml) ke dalam mixer dan kacau perlahan selama 4 minit..... tapi aku guna manual jerk, sebab mixer x der.....
lepas tu masukkan 37 gm minyak masak dan kacau sehingga sebati, kacau perlahan2 yerk.....
dah sebati, tuangkan dalam paper cup sehingga separuh penuh.....




untuk hiasan, aku guna coklat rice yang memang meriah ditabur oleh anak dara..... sampai melimpah ruah lah coklat rice tu ditabur..... memang sungguh2 main masak2 nieh..... hehe



lepas tu, apa lagi, bakar dalam oven yang dah dipanaskan tadi  selama 20 - 25 minit.....
dah selesai, nak tunggu depan oven pon boleh, nak pi tengok tv pon boleh..... aku pilih tunggu depan oven sebab nak tengok apa jadi..... jakun sikit, maklum la x pernah masak kuih guna oven..... kalu kat kampung, aku tolong2 jerk..... ni masak dari A - Z, tu yang jakun sikit tu..... haha
maafkan hambe yerk kengkawan.....




TADA!!!!!
inilah hasilnya bila dah siap..... nampak sedap x?.....
x mengecewakan..... rasa yang sedap, yelah dah tepung segera kan..... warna kilauan coklat rice yang menggiurkan..... cuma muffin tu melekat kat paper cup tu lah..... rasanya kurang minyak, lepas ni nak kena tambah minyak biar x melekat..... kut la kan.....



anak dara posing kejap dengan muffin yang dia buat tu.....
aha, bunga tu gigih aku gunting untuk dia tau..... sibuk jugak nak tiru kraf2 kat Astro TVIQ tu..... so aku layan je lah.....

muffin ni 70% disediakan oleh Aisha, selebihnya aku tolong sediakan bahan2, masukkan adunan dalam cup n bakar jerk..... tu yang dia seronok nak masak..... aku pon seronok bila dia seronok.....

bila Papa balik, kecohla dia bererita dia buat kek..... n lepas tu tiap2 hari tuntut nak buat kek lagi..... kena tunggu ujung minggu la kan baru boleh main masak2 ni kan..... so, hujung minggu ni inshaa Allah ada lagi aktiviti main masak2 kami..... hehe


k, sekian

7 comments:

  1. wah sonok eh main masak masak.hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi jumaat
    semoga hari yang ceria

    ReplyDelete
  3. alah bestnyer... anak2 selalu buat permintaanni.. belum tertunai lagi... kena gak buat sesi masak dnegna diaorangni..

    ReplyDelete
  4. best la men masak2 nih.....

    erm kalo nk sihat sikit bleh ganti minyak masak sawit dgn minyak jagung =)

    ReplyDelete
  5. waaahhh.. tq masz sebab bagi idea camner nak rasmikan oven tuh.. inilah akibatnye beli tapi tak tahu nak masak ape.. hahahahahaha

    masz.. nak tanya.. kalo masak kek/muffin tuh.. kena pakai api atas or bawah or atas n bawah.. huhuhu..sila beri tunjuk ajar..:P

    ReplyDelete
  6. lama xmembaking dgn anak - anak sbb mmg depa lepak tmpt lain klu kami tgh siapkan order customer

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah