salam,
erm, masa pi beli barang keperluan rumah kat Tesco Selayang malam tadi..... dah kelihatan amil yang akan menerima wang zakat fitrah sempena bulan Syawal yang akan menjelang..... sekarang ni mudah kan nak bayar zakat, kat shopping kompleks pon ada n itulah cara yang menjadi pilihan hubby sejak kami dok kat KL nieh..... nak ke masjid atau surau, bukan selalu, so bila dah ada kemudahan yang disediakan nie, kita gunakanlah sebaiknya.....
tahun ni kadar zakat fitrah kat KL masih sama macam tahun lepas..... RM7.00..... n bayaran untuk kami sekeluarga masih sama iaitu RM7.00 x 3 orang..... bila nak tambah?, urm isnyaallah jika di izinkan tuhan..... masih menanti adeq Aisha muncul dalam keluarga kami..... ;)
NEGERI
|
KADAR ZAKAT FITRAH 2011
(RM)
|
KADAR ZAKAT FITRAH 2012
(RM)
|
PERLIS
|
6.00
|
6.00
|
KEDAH
|
7.00
|
7.00
|
PULAU PINANG
|
7.30
|
7.00
|
PERAK
|
7.00
|
7.00
|
SELANGOR
|
7.00
|
7.00
|
NEGERI
SEMBILAN
|
7.50
|
6.50
|
MELAKA
|
6.30
|
6.50
|
JOHOR
|
7.50
|
5.00 / 8.00*
|
PAHANG
|
7.30
|
7.00
|
TERENGGANU
|
5.00 / 7.00 / 8.00
|
4.50 / 7.00 / 7.60*
|
KELANTAN
|
7.60
|
7.00
|
SARAWAK
|
7.20
|
6.50
|
SABAH
|
7.70
|
7.00
|
W.PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
|
7.00
|
7.00
|
*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional).
Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60 kilogram bagi tiap seorang.
5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
rasanya ramai yang memilih untuk bayar di sepanjang bulan Ramadhan kan, takut terlupa..... pape pon x kisah lah bila kita bayar janji ia melalui saluran yang betul n tidak jatuh haram pada waktu kita membayarnya.....
moga sedikit wang zakat yang diberikan itu memberi sinar buat mereka yang memerlukan.....
Ameen
k, sekian
alhamdulillah hubby dah menunaikan tanggungjawabnyer ms kitaorg g tesco gak tapi tesco seremban larr..hihi..dah bayar awal2 senangkan kak dah lega satu perkara..
ReplyDelete