Pages

26 July 2012

*DUIT GAJI nak buat apa?*


salam,

kengkawan pernah nampak mendealah kat bawah nie?

*

*

*

*

*


ini adalah Eubiq System untuk power track for electric supply
produk dari Singapore, dah lebih kurang 7 tahun dalam pasaran Malaysia..... (itu yang diberitahu oleh pekedai, hehe)

ada kengkawan yang dah guna kut mendealah ni kan, aku baru nak sibuk2 kat sini..... actually dah lama ushar kat tenet tapi x tahu nak dapat kat mana.....

erm, ritu masa pi beli kipas kat area Batu Caves Centrepoint, kedai ape ntah aku lupa nama dia (kedai belah kanan lot tepi dekat ngan simpang masuk ke centrepoint)..... aku ada nampak mendealah ni, sangat2 sesuai untuk kita yang banyak menggunakan barangan elektrik terutamanya di dapur atau di ruang tamu.....

hurm ritu dah bincang2 ngan hubby, dia pon macam berminat jerk nak guna coz sangat senang nak install sendiri dan tidak merbahaya kepada kanak2 dan orang dewasa jugak..... buat masa sekarang ni kita guna jerk apa yang kontraktor bagi, ala plug point yang biasa2 tu jerk kan..... then bila dah stabil segala benda, Insyaallah kami berhajat nak guna mendealah ni.....

kena kumpul duit dari sekarang atau nak guna duit gaji bulan disember (ada bonus kut kan) pon boleh..... kalu yang macam dalam gambar tu saiz dia 600mm harga RM299 + 1 point..... then kalu nak tambah point setiap satu harga dia RM79 kut..... ada jugak point yang pack dalam set (4 pcs) harga RM299..... owh ada lagi satu saiz mendealah tu tapi x ingat harga berapa..... huhu

so, cayork2 untuk diri sendiri untuk memiliki rumah idaman, teratak impian yang sempurna..... Insyaallah, Ameen


k, sekian

p/s : hubby dah pon share pic yang dia ambik masa pi umah TRP last Saturday, thanx hubby, tapi gambar sume putih jerk dalam rumah coz baru lepas cat undercoat..... so x payah la aku up kat sini yerk..... tunggu nanti bila ada perubahan akan aku letak sini buat kenangan aku..... kan

7 comments:

  1. first time tgk
    terus berminat nie sis
    hehe

    ReplyDelete
  2. kemas la nnati kan umah..takde la wayar berselirat2...kawan lieya baru 'buat' umah die...pakai ni laa...mmg cantik n kemas....

    ReplyDelete
  3. haaa.. baru ni tgk kat tv... wife ade sebut nak cari benda alah ni... tp mahal nyerrrrr....

    ReplyDelete
  4. perasan jg benda alah ni kt harvey norman tp x sure plak harganya... utk rumah br mmg sesuwai..

    ReplyDelete
  5. Saya memang guna AC out let jenis tu...

    Check entry saya tu kat sini...
    http://apakehei.blogspot.com/2011/05/rumah-ku-syurga-ku-episod-ke-2.html

    Bila guna AC out let jenis memang nampak kemas, selamat dan satu kelebihan dari aspek teknikal ianya boleh ditambah berdasarkan keperluan. Lebih selamat dari soket biasa.

    Tidak seperti soket biasa, cuma boleh menampung sehingga 3-4 unit sahaja. Soket biasa kalau guna lebih dari itu, akan ada masalah power trib dan risiko kebakaran.

    Kalau nak murah, awak beli la semasa HOMEDECO, atau masa ada fair alatan rumah atau renovation... boleh dapat macam2 pakej...

    ReplyDelete
  6. lg bagus ext yg mcm ni. jimat elektrik dan x terdedah risiko kebakaran. :)

    ReplyDelete
  7. owh... semalam is terperasan benda ni kat rancangan helo bro, tolong masak kot kalau tak silap... owh.. ini rupanya benda tu...

    menarik (^___^)

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah