Pages

06 June 2012

*Review KBSB Inn, Kota Bharu Kelantan*

salam, 

cari intro jap nak cerita pasal aktiviti di Kelantan sepanjang Pesta Sukan Kraftangan Kali Ke-18 hujung minggu lepas..... tapi x jumpa2 lah mood nak cerita..... lagipon x tahun nak cerita apa kat sana..... aku sebenonya x berapa gemo nak bercerita alkisah opis kat blog aku ni kan..... maklum lah ini blog untuk family n aktiviti aku di luar waktu pejabat..... kalu nak cerita aktiviti pejabat boleh la pegi kat website opis aku kat SINI atau blog rasmi bahagian aku kat SINI.....
wah, sempat promote..... haha

ok, aku nak share a.k.a review sikit pasal hotel tempat aku stay sepanjang aku berada di sana..... memula orang sana set aku stay kat  Hotel Raudhah..... tapi aku tolak coz aku pernah stay situ n ada review pasal Hotel Raudhah sebelum ni..... FYI kami kena bayar sendiri hotel mana tempat kami tidur, cuma transport jerk yang ditanggung oleh opis.....

so, dah cancel hotel tu, aku mintak pandangan dari pegawai kat opis sana n dia cadangkan beberapa nama hotel untuk kami dok n rate pon lebih murah dari hotel sebelum ni..... aku pon tipon lah satu2 hotel yang disenaraikan..... x der la banyak pon, dalam 2 3 hotel jugak..... n sangkut lah 1 hotel ni yang masih kosong..... trus kompem..... actually hotel ni pon salah sorang usahawan kraf batik kami di negeri Kelantan..... siap dapat diskaun lagik..... aku ambik 1 bilik, n kawan opis aku ambik 1 bilik share ngan pengarah Kompleks Kraf Langkawi..... pengarah bahagian kami pon dok sini tau..... hehe itu cerita lain, x mor ulas bebanyak.....

kat sini aku stay ngan family aku la kan (hubby n Aisha)..... ok, jom tengok hotel tempat kami stay..... n kali ni aku ambik gambo rupa depan hotel ni..... haha

 inilah dia.....
KBSB Inn, Jalan Long Yunus, Kota Bharu Kelantan..... hotel ni kat lot kedai jerk..... tingkat 1 dia letak butik jual baju batik, tingkat 2 n 3 dia buat hotel..... time ni jam 7.00 pagi, tengah tunggu bas ambik kami untuk ke stadium bagi acara sukan..... tu yang kedai batik kat bawah tu x buka lagi..... sambil tunggu bas, sempatlah aku snap2 hotel ni..... hehe


 bukak jerk pintu, ada nampak katil n pintu ke bilik air.....
saiz bilik ni kecik jerk..... boleh muat katil queen siza, almari baju, meja bulat n tv yang digantung di atas..... oh ya, ekon ada tau hotel ni..... sesuai la dengan harga dia yang murah..... harga untuk 1 malam bermula dari RM50.00 (sempena cuti sekolah)..... kalau hari biasa harga dia RM80.00 (bilik standard)..... 
pintu tu adalah pintu bilik air..... cukup untuk letak tandas duduk, sinki comel n air terjun (kata Aisha)..... x la pulak aku ambik gambo dalam bilik air coz time ni Aisha tengah bersenang lenang dalam bilik air tu main air terjun, nanti ada aksi 'mangga' plak dari Aisha..... huhu


 ni gambaran dari pintu bilik air plak.....
sila abaikan barang yang berterabur tu yerk..... hehe so dalam bilik ni ada almari baju, meja bulat siap dengan bunga orkid artificial, tv comel yang kadang2 dia tulis "no signal" n kettle untuk masak air..... eh siap ada lampu tidur seramik tau.....


 lagi pandangan dari pintu bilik air.....
dah kata hotel ni owner dia usahawan kraf, haruslah barang2 dalam bilik pon ada unsur kraf kan..... alas katil dari batik blok termasuk alas meja bulat, lampu tidur seramik, frame gambar dinding batik n suis lampu jugak ada hiasan seramik, tanda arah kiblat ada, tapi sejadah n Al-Quran x der la macam hotel yang aku dok sebelum ni..........

secara overall hotel ni memuaskan aku n family nak tidur waktu malam jerk..... walau kecik tapi kami selesa dok sini..... bersih jerk walau tiada lif nak naik atas..... maklum la, 3 tingkat jerk pon kan..... breakfast pon x der..... n satu lagi, hotel ni x der tingkat kecuali kalau tempahan bilik kita ambik yang superior (kuuut) untuk 3 orang.....


 sesapa nak tempah.....
boleh call yerk, orang yang layan kita on phone atau kat receptionist pon ok jerk..... so aku boleh la recommend pada kengkawan yang nak dok hotel budget macam ni yerk.....


 kalau pada sesiapa yang ada GPS.....
takut sesat, boleh jerk GPS kan hotel ni, tapi bukan atas nama KBSB Inn yerk..... tapi atas nama Moon Kopitiam..... GPS boleh detect kopitiam tu, mana aku tau.... coz hubby bawak dia nyer GPS walau kami naik bas, haha..... boleh lepak situ dari jam 9.00 pg sampai 1.00 pagi soknyer..... hehe sebelah kopitiam tu ada 1 lagi hotel budget, Hotel Suri nama dia..... x tahu la rate berapa kan..... kalau dalam google maps, area depan hotel tu ada Yati Ayam Percik, tapi sepanjang kami kat sana, x nampak la pulak restoran tu..... huhu

n lastly, aku stay hotel ni dah la ada diskaun coz memang time cuti sekolah kan..... siap ada tambahan diskaun coz kami staff dari kraftangan..... kiranya aku nak berterima kasihlah kat Abg Gee (pegawai dari cawangan Kelantan) yang uruskan pernginapan kami kat sini..... kiranya diskaun runtuh lah kami dapat..... Alhamdulillah

k, sekian


10 comments:

  1. kemas dan bersih..nnt kalo sy nk kesana leh la amek no tu..nens akan roger2 kak masz yek..hehe

    ReplyDelete
  2. @KhaiRin : anies woittttt teddy bear tu aisha punye la, bawak dari kl tau...

    ReplyDelete
  3. simple & nice!

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/06/dapatkan-perkhidmatan-persembahan-kami.html

    ReplyDelete
  4. Harga pun OK..yg paling penting..bersih..^^

    ReplyDelete
  5. rm50 jer?? murahnye.. tak kisah lah hotel cam ner kan.. janji kita selesa~

    ReplyDelete
  6. Murah la sis.. ok la utk tido je kan.. yg penting bersih.. :)

    ReplyDelete
  7. ..better la kans drp Saba Inn :D

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah