Pages

18 December 2011

*Filem komedi tempatan paling laris*

 salam,

jom kita tengok filem2 komedi  yang menjadi pilihan masyarakat dan paling laris sehingga tahun 2011.....

v

v
v

v

v

5. Geng: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta)
Ia berjaya meraih kutipan RM6.2 juta dan mereka yang menonton filem ini bukanlah tergolong daripada kanak-kanak sahaja. Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang terdiri secara tidak sengaja telah sesat dalam hutan ketika mahu mengutip buah durian yang jatuh tetapi telah dimakan pantas oleh makhluk aneh. Pelbagai situasi telah berlaku ketika pengembaraan mereka di dalam hutan demi mencari makhluk tersebut.

  4. Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta)
Filem ini mengisahkan Wahid yang dibuang kerja telah bekerja bersama Azlee, Saiful Apek dan Yassin sebagai penebar roti canai di gerai yang diusahakan mereka yang telah mendapat sambutan sehinggalah Mazlan dan Wardina datang membuka gerai bersebelahan.

3. Adnan Sempit (RM7.66 juta)
Filem arahan Ahmad Idham ini menampilkan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai peneraju utama. Ia mengisahkan Adnan yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat kepunyaan bapa Nadia. Selepas berlaku satu insiden, Nadia mula berjinak-jinak dengan dunia rempit.  

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.9 juta)
Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini ditayangkan di pawagam pada 9 Disember 2010. Ia dibintangi oleh penyanyi rock popular Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Shy8 dan Soffi Jikan yang berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kemunculan zombie.

1. Ngangkung (RM8.9 juta)
Filem bercorak komedi seram ini telah diarahkan oleh pengarah baru, Ismail Bob Hashim dan berjaya mendapat kutipan RM8.9 juta. Filem ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai filem yang menerima kutipan box office tertinggi sepanjang tahun 2010. "Ngangkung" menampilkan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin sebagai peneraju filem mengisahkan kehidupan anak muda yang terjebak dalam perjudian nombor ekor.



k, sekian

p/s : at this moment, i'm prepared for attending Hari Taska & Tadika Temanku
hopefully all will go smoothly today



6 comments:

  1. tapi kalau ikutkan lagi2 senarion la paling bagus!
    zaman dulu punya cerita pun boleh smpai 6.33 juta!
    hebat2!

    ReplyDelete
  2. ngangkung je first filem yang cheqna tengok kat panggung...

    ReplyDelete
  3. satu je i tengok kat wayang -- upin ipin :D

    ReplyDelete
  4. 1 pon cite kt ats sy x tgk kt wayang hehehe

    ReplyDelete
  5. aitt..suda tukar blog name eh kak..? hampir2 xperasan tadik..fav cartoon danish apin versi danish..

    ReplyDelete
  6. @aLyNnZ sudah tukar la dik.. hehe
    apin?.. haha

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah