Pages

16 June 2011

*Menu Berbuka Puasa @ Makan Malam*

huh, dah lunch kengkawan?..... burb!!!!! Alhamdulillah..... ari ni Insyaallah aku puasa, semalam pon puasa..... ha, dah puasa, tapi buat n3 makan2, apahal lak nie..... hehe, ini menu buka puasa semalam..... balik awal jam 5.05 petang aku dah punchcard coz nak siap2 masak..... masak apa yang ada kat umah jerk..... disebabkan aku sorang jerk kat umah n Aisha (hubby x balik keje lagi) so, aku masak dengan segera coz nak tengok Nora n Seth..... haha
 
jom layan menu buka puasa aku semalam.....
 
oho, ini nasi my lil Aisha, dia kalau makan memang nasi kena kaler putih, kalau ada sikit jerk kaler lain, dia xmor makan dah..... makan dalam pinggan mickey mouse (free by colgate product), kaca tau, risau jerk takut pecah..... huhu
 

 
ha..... ini baru menu yang betul..... Nasi Putih, Ayam Masak Kari Simple, Sayur Kobis Ringkas
 

 
ini menu utama aku..... Ayam Masak Kari Simple..... nak resipi? hehe tengok bawah yerk.....
 
Ayam Masak Kari Simple (untuk 3 orang makan)
 
Bahan:
1 potong Peha Ayam
1 potong Rusuk Ayam
1 biji Lobak Merah (potong dadu)
1 biji Kentang (potong dadu)
1 biji Bawang Besar (belah besar)
1 biji Bawang Putih (ketuk)
1 tangkai Lada Besar (potong panjang)
3 sudu Serbuk Kari
1 cawan Santan Pekat (aku guna santan kotak jerk)
5 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, lada putih)
2 cawan Air
Sedikit Minyak Masak, Garam, Gula, Sebuk Perasa
 
Cara-cara:
  1. Potong peha dan rusuk ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Kalau nak nampak banyak, potong kecil2 lah kan. Cuci bersihkan.
  2. Hidupkan api dapur dan panaskan minyak masak dalam periuk dan masukkan bawang putih, lada besar, bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari ke dalam tumisan tadi dan biar hingga agak2 kering.
  4. Masukkan 5 sekawan dan air. Tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan lobak merah dan kentang, biar seketika dalam 5 minit. Sambil tu boleh tengok anak yang sedang khusyuk tengok cerita Upin.
  6. Setelah itu, masukkan ayam yang telah dicuci dan biar dalam 15 minit. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Biar 5 minit.
  7. Akhir sekali masukkan santan ke dalam periuk dan biar 5 minit lagi. Jangan sampai santan pecah minyak nanti jadi x cantik n x berapa nak sedap. 
  8. Matikan api dapur, siap untuk dihidang.
Alhamdulillah, walaupon aku puasa, n x dapat rasa masa masak tu..... tapi bila makan aku rasa ok, n hubby makan xder lak dia komplen rasa masin ke, pahit ke, ayam x masak ke kan..... hehe terasa nak puji diri sendiri lak nie..... huhu

 
ini pula Sayur Kobis Ringkas..... nak resipi?..... x yah la kut, rasa sume orang tau..... tapi aku nak kongsi gak..... hehe

Sayur Kobis Ringkas (untuk 3 orang makan)

Bahan:
1/6 kobis bulat (potong kasar)
1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
1 tangkai lada hijau (hiris)
1 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang putih (hiris)
Minyak masak, garam, gula, serbuk perasa

Cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan lada hingga wangi.
Masukkan lobak merah dan sayur kobis yang telah dicuci. Biar seketika hingga kobis separuh layu.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Biar 5 minit.
Siap untuk dihidang.

itulah cara aku memasak kat umah..... gunakan bahan yang sediada kat umah jer, kalau ada certain2 bahan yang x der, idok ler pulok aku kuar pi kedai untuk membeli..... huhu, aku bedal jerk masak janji ada rasa, n setakat ni Alhamdulillah, hubby xder komplen masakan aku kecuali Lempeng Pisang yang aku buat awal bulan aritu..... huhu

tapi perasan x kengkawan, dalam kedua2 menu aku tu, aku xder taipkan bahan Ikan Bilis atau Anchovy. Bukan aku terlupa yerk kengkawan, tapi memang selama aku memasak x pernak aku letak ikan bilis tu, coz aku x makan..... huhu, pelik tak? cuma kalau my mom datang n dia yang masak, aku kenalah adakan stok ikan bilis kat umah..... hehe


ok, dah siap cerita pasal menu..... jom kita layan aksi Aisha yang nak jugak berposing time makan..... aku tengah syiok snap2 pic menu tu, tetiba dia cuit2 aku..... "Ma..... Ma....." sambil undur ke belakang diri kat depan esbok..... tunjuk pipi, letak tangan atas bahu, geleng2 kepala..... huhu, aku pon layan je lah kan.....
 

cute la anak mama nie..... nanti ada masa kita wat photoshoot lagik jerk, tapi kena tunggu papa free..... Sabtu ni x leh coz papa kena keje sempena Menteri KPKK nak main badminton kat IKN..... sapa nak tengok????? jom serbu..... eh!! pandai2 aku jerk, x tau open to public atau x..... nanti nak tanya hubby lah.....

k, sekian


8 comments:

  1. ape perkataan lain yg aisha dh ckp selain "ma...ma..." hehe

    mak kata mlm2 kene ajar die ckp

    ReplyDelete
  2. huh..bestnyer kari, mkn ngan roti pun best nih..

    ala aisha comel dah semakin bulat aisha kan kak..besar dah lama xjumper..pandai nak posing eh..?

    ReplyDelete
  3. waa ok lah nie dikk .. alhamdulillah kalau akak dah kira kenyang dah sbb ada kari ayam :))

    akak x minat masak kari ayam .. tapi suke kari ikan .. ooo tgk nora elina .. akak kalau petang x sempatt lahhh huhuhu

    ReplyDelete
  4. huk3... nak mintak mak buat ayam masak kari!! dah lama x makan~

    ReplyDelete
  5. @Siti Norhafizah:
    ada banyak lagi perkataan lain.. nak dengar kena datang kl.. hehe

    ReplyDelete
  6. @aLyNnZ:
    memang pon, petang ni balik nak beli roti lak, ada belen lagi kari ayam tu..

    ReplyDelete
  7. @ieda:
    ala, ikan xder stok, tu yang buat kari ayam tu.. huhu

    ReplyDelete
  8. @GaRy™: selamat makan kari ayam mak masak.. nyumnyum tetiba windu masakan mak lak.. huhu

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah