^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

15 February 2016

Tips Membeli Kids Shoes Online

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Assalamualaikum, 


Dah lama rasanya x shopping online ni…..



Sejak akhir-akhir ini, trend membeli-belah secara online makin digemari oleh ramai pengguna lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di ibu kota dan yang sentiasa sibuk bekerja kan..... termasuklah aku ni ha..... Berbanding dengan situasi 5 atau 10 tahun yang lalu, segalanya harus dibeli terus di kedai dan trend online shopping ini terlalu asing dikalangan para pembeli. Kini, dari koleksi barangan fesyen, barangan elektronik hinggalah barangan dapur, semuanya boleh dimiliki dengan mudah melalui transaksi online. 

Bagi golongan ibu-ibu yang bekerjaya pula, ini merupakan salah satu kaedah pembelian yang paling mudah dan efektif serta dapat menjimatkan masa mereka. Dengan proses pembelian online yang mudah ini membolehkan mereka membuat pembelian dengan pantas dan selamat. Duduk je depan PC, pilih2 pehtu bayar….. dah siap, tunggu je la barang sampai depan pintu….. 

Pastu ada abang hemsem datang, Ting!! Tong!! “Puan, ada barang untuk Puan…..”




So, aku nak bagitau ni, ZALORA Malaysia terpanggil untuk membawakan pelbagai pilihan barangan fesyen yang berkualiti dari jenama-jenama antarabangsa dan tempatan dengan lebih dekat kepada para pelanggan setia termasuk kengkawan semua. Bagi anda yang masih belum pernah membeli-belah di laman web ZALORA, kini anda boleh membeli koleksi barangan kanak-kanak seperti pakaian dan kasut. 

Klik pada kategori kids pada laman web ZALORA dan anda akan diberikan beberapa pilihan kategori yang lebih kecil (kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, bayi dan lain-lain).  Senang kan…..

Dan sedikit tips untuk anda yang baru pertama kali ingin membeli barangan kanak-kanak seperti kids shoes online misalnya, baca dulu deskripsi barangan yang terdapat pada laman web untuk mengetahui material yang digunakan untuk membuat kasut tersebut. Dengan itu anda boleh mengagak sama ada kasut tersebut selesa dipakai atau tidak. Kulit kanak-kanak adalah lebih lembut dan sensitive, oleh itu berikan mereka kasut yang lebih lembut dan selesa dipakai. 




Seterusnya, ukur kaki anak dengan pembaris atau benang macam gambar kat atas tu untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Jangan beli kasut yang bersaiz terlalu kecil untuk mengelakkan kaki melecet. Namun jika anda terbeli kasut yang tidak menepati saiz sebenar, anda boleh membuat penukaran secara percuma di ZALORA selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Selamat membeli-belah!

Jom sesame kita survey n beli kasut…..


  k, sekian

15 January 2016

post entry mempengaruhi pengunjung blog

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Assalamualaikum, 


erm lama x cerita pasal Nuffnang.....
last cerita bulan Nov 2014.....
huhu


bukan apa, x tau nak cerita apa. aku bukan aktif sangat dengan Nuffnang nieh, join sekadar suka-suka, nak di jemput ke event Nuffnang, menang tak lah kan..... haha

blog dah x berapa nak aktif, maka pengunjung pon dah berkurang..... pernah paling tinggi aku dapat visitor pada Julai 2014 dalam 8 ratus visitor sehari..... alhamdulillah..... tahun tu memang aku aktif sangat menaip entry, share cerita2 biasa je bagi aku.....

tapi latest aku cek kat statistik Nuffnang adalah macam kat bawah nieh.....
v
 

tengok, dah tinggal 3 ke 4 ratus jer sehari.....

agaknya posting entry mempengaruhi betul bilangan pengunjung ke blog kita ni kan..... ye lah, blog x popular kan..... ada entry baru ada pengunjung kan..... kalau kau dah famous amous, x der entry, kompom orang tertunggu2 entry yang akan keluar..... taip 1 perenggan pon dah beribu komen..... hihi

apa-apa pon, aku berterima kasih pada kengkawan yang datang jenguk ke blog aku ni..... baru nak mulakan mood berblogging semula, moga ia makin menyinar dan bersinar..... selalu baca je blog kengkawan..... tapi x tinggalkan komen pon, sebab malas nak sign-in..... hehe

harap2 ada jalan penyelesaian untuk aku transfer gambar dari HP ke PC untuk menyinarkan mood aku menaip entry lepas ni..... aamiin.....


k, sekian


pssst : UV x banyak pon, Nuffnang tetap bagi RM kat aku walau x banyak..... alhamdulillah..... dah pon cashout last year, semalam dah dapat cheque..... ;)

13 January 2016

arnab sebagai haiwan peliharaan, ok ke?

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Assalamualaikum, 

disebabkan gambar x boleh transfer, maka kita cerita dan gunakan gambar dari incikgugel ye..... 
x per kan.....



pic fron incikgugel

erm, semalam dalam perjalan balik dari kerja, mydearHubby ada bagitau yang ada seseorang nak bagi arnab kat beliau..... aku macam berminat tapi tertanya-tanya la juga, arnab jenis macama, besar ke kecil lagi, nak letak kat mana kat rumah tu, makanan dia macamana.....
eh kira banyak jugalah yang aku tanya kat Hubby pasal arnab tu.....
ada la yang dijawab, n ada juga yang belum ada jawapan.....
masih berfikir lagi..... hihi

kalau ikut, mylilAisha nak bela kucing..... tapi sebab kucing makcik sebelah masih membuat onar di terataKami, maka Hubby masih was was nak bela kucing..... so, Hubby tanya Aisha "nak bela arnab tak?"..... Aisha jawab "nak, tapi kucing macamana?"..... hehe, tak terjawab Hubby.....

persetujuan awal dah ada, maka sekarang kenalah aku cari maklumat pasal arnab, pasal penjagaan, makanan, perumahan, kesihatan dan lain2 lagi yang berkaitan lah.....

agak2 ok ke nak bela arnab ni ye kengkawan?.....

sekarang tengah rehat ni, bolehlah mencari maklumat.....
harap2 manjadilah pembelaan arnab di terataKami nanti ye.....


setelah si kaloi Mai tiada, akan muncul pula arnab..... in shaa Allah.....
itulah ketentuan yang maha Esa kan.... 
eh, turtle Nyai masih bertahan sampai sekarang, cuma bekas dah tak muat untuk dua ekor tu, nak pindahkan ke akuarium si kaloi Mai, tapi Hubby tak bagi, dia nak cari ikan lain katanya.....
berangan nak buat kolam sendiri, tapi sebab ruang luar rumah x berapa nak besar, so, kena tangguh dulu, belum ada penyelesaian pasal rumah turtle aku nie..... huhu

k, sekian