^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

10 October 2013

*Tips Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

tengah sakit kepala ni..... tu yang xder mood nak berentry awal pagi tadi.....
erm, dah setel kerja, so gugel la info2 yang boleh digunakan kat tenet ni kan.....
terjumpa lah satu info ni.....

of kos lah pasal sakit kepala kan.....
jom baca.....

 ********************

Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang


********************


haha..... tips yang #5 tu x menahan..... 
hilang sakit kepala aku sekejap.....
tapi x boleh amal sebab kat opis x boleh login FB waktu kerja..... hihi
erm, umur dah makin meningkat ni, memacam penyakit datang kan.....
dah lah aku ni penakut nak makan ubat.....
so harapkan petua atau tips secara semulajadi je la nak hilangkan sakit2 nieh.....
moga ia berkesan.....
amin.....

k, sekian

09 October 2013

*pengukus*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

erm..... dah lama sebenarnya mengidam nak ada pengukus kat rumah sendiri..... ye lah..... senang kalau tetiba nak guna kan..... macam ritu masa makcik hubby dari terengganu datang dok seminggu kat umah..... dia berhajat nak buat makanan tradisi negeri terengganu..... nasi dagang..... tapi kat umah xder pengukus pulak..... so x jadilah nasi dagang nya..... huhu




 RM59.90 pengukus ada offer kat Tesco..... tapi dah tamat kut sebab pic ni aku snap masa awal last month..... so tengah tunggu kat mana2 yang ada offer lagi ni.....




RM179.00 jumpa kat web bazariaonline.....  order n dia akan pos ke rumah..... harga x masukkos pos.....




Harga Asal -RM238.00 HARGA TERKINI – RM130 + POS LAJU..... yang ni pulak online kat kedaibestari.....  x tau harga ni valid lagi ke x sekarang sebab posting adalah pada tahun 2009.....




ha, yang ni macam sweet jerk kan..... 2 in 1 (pengukus & periuk) RM127.00..... jumpa kat web irtiza kitchenware..... dah masak, terus boleh serve..... atau masak terus kat depan tetamu.....


erm..... agak2 kat mana lagi nak dapatkan pengukus yang murah tapi tahan lama yerk..... ha begitu angan2 nye..... murah dan tahan lama..... hihi

k, sekian


08 October 2013

*Soal Jawab : As-Salam Ke Salam?*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



 eceh, panjang pulak bagi salam hari ni..... kita ambil yang lebih afdhal la kan.....

nak cerita pasal lafaz selamat sejahtera yang sikit masa ritu ada di perbahaskan..... sebenarnya saje jer jalan2 buat google search sebab nak cerita pasal aktiviti diri sendiri belum tercerita lagi..... maklum, macam masalah sedia ada aku ni..... gambo x bleh nak transfer direct ke pc melalui phone..... maka kita cerita apa yang aku jumpa kat internet la kan..... sebagai perkongsian kita bersama..... yang mana dah tau tu alhamdulillah, tapi bagi aku baru tau nieh..... tu yang nak share kat sini.....

tapi ni dalam bentuk penulisan tau..... jom baca




ni pasal penggunaan perkataan 'As Salam' atau 'Salam' yang mana satu betul dan yang mana satu salah


Jawapan Ustaz Love :

Ustaz Love tak berhasrat nak menerangkan lebih lanjut berkenaan maksud assalamualaikum, salam, askum, akum dsb.. semuanya dah diterangkan pada blog di atas..

Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?

Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..
Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar

Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..

Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” ;) 




jadi kita sebagai umat yang prihatin, eloklah guna pakai yang mana lebih diharuskan dan yang terbaik..... atau  memadai guna yang mana termampu selagi tidak menyalahi dan memesongkan maksud..... betul x.....

k, sekian

07 October 2013

*cerita ceriti diri ini*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


bukan monday blues.....


but I'm so



&



after the function of


so..... cerita2 lain nanti akan menyusul yerk, bila masa mengizinkan untuk bercerita.....
eceh yang atas speaking, tetiba kat bawah pulang ke asal yerk.....
hihi
sedarlah siapa diri ini.....
anak jawa lorrrrr.....
tapi dah hilang sikit sebanyak kejawaannya.....
ngeh3

k, sekian
 

01 October 2013

*macammana costium ultraman dipakai*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

ha..... korang tau x macamana costume ultraman di pakai..... haha aku pon x tau tapi ada pulak yang sesat cari sampai ke blog aku.....


ni costume ultraman yang aku jumpa kat google..... ha, camner agaknya nak pakai tu yerk.....




keyword dalam nuffnang.....
aku memang suka kalu bukak acc nuffnang, 1st yang aku tengok adalah keywords..... kekadang yang pelik2 keluar kan..... yang kelakar pon ada jugak..... hihi

so aku pon apa lagi...... try la copy paste keyword tu kat search engine google.....
saje nak tengok macam mana keyword tu boleh sesat kat blog aku ni..... hihi




"macammana costium ultraman di pakai"



hah, terkejut ultraman aku sebab bila enter jerk keyword tu..... blog aku adalah yang atas sekali kat page 1st...... maknanya 1st ranking lah blog aku ni dengan tajuk tu.....

haha, tengok kat carian tu pon sebenarnya adalah keyword dari nuffnang  kat blog aku bulan 5 yang lepas.....

agaknya ada bebudak sekolah yang nak buat pementasan untuk majlis akhir tahun kut kan..... atau tukang jahit yang ditugaskan oleh cikgu untuk sediakan custume.....
maaf lah sesapa yang mencari tu yer, kat blog akak ni xder pulak tunjuk cara macam mana costume ultraman di pakai.....
cari kat tempat lain ye..... hehe

apa2 pon terima kasih pada yang datang sini samada untuk mencari sesuatu atau yang memang pelanggan tetap blog ni..... haha tetap la sangat kan..... apa2 pon terima kasih yerk.....


k, sekian