^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

03 October 2012

*Wordless Wenesday ~ YEAY!!! dah boleh cash out...*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


 alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki mu ini, jika ia benar.....
terima kasih Nuffnang, dah xder 'on going' kempen dah..... uhuk
nanti jangan lupa bagi lagik yerk..... hehe.....


erm, ingat nak buat WW tengah hari ni, tapi banyak plak persoalan di minda yang perlu aku keluarkan..... ecewah, bahasa macam cikgu sekolah..... hehe

gini persoalaannya.....

 v

sila lihat anak panah merah & biru itu.....


so persoalan di sini.....
  1. kenapa jumlah RM  kat atas ngan bawah tu lain2, memang gitu ker?
  2. kat bawah sekali dah ada butang 'cash out', so tinggal tekan jerk kan..... jakun takut siut nak klik..... huhu
  3. aku rasa, aku register nuffnang tahun 2010, tapi ada pulak rekod dari tahun 2009, kenapa n camaner leh jadi gitu yerk?
  4. orang kata kalu nak cash out tunggu ujung bulan, barulah x lama pending, betul ker?
  5. camaner yang orang kata nak antar 'tiket' kat nuffnang tu yerk? dah try google tapi x jumpa yang guna dashboard baru nieh.....

so, sesiapa yang terror n arif pasal Nuffnang ni, boleh lah tolong aku yerk.....

k, sekian

*survey pokok bunga untuk TerataKami*

17 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


last sunday, tetiba hubby keluarkan cadangan untuk pi cari pokok bunga..... memang dalam perancangan untuk letak pokok kat TerataKami selain untuk cantik, segar dan menawan..... pokok juga adalah salah satu cara untuk kami halang kucing2 makcik sebelah masuk ke halaman TerakaKami..... walau tiada tanah, pokok boleh tanam kat dalam pasu kan..... hehe

so, lepas hubby cuci motor, Aisha cuci basikal, aku cuci mata tengok katalog Tesco..... kami keluar lepas zohor ke Beranang kut..... alah, nak menghala ke Kuala Kubu Baru, Selangor nu..... eh bukan Beranang, tapi Serendah, Sungai Choh sana nuunnnnn..... (thanx kak Izan coz bagitau)

jumpa 2 nursery, 1 tutup, 1 lagi baru nak set-up2 balik pokok2 kat situ..... owner baru beli dari penjual sebelum ni..... erm aku x berapa berkenan dengan layanan 'tokey perempuan' kat situ..... pekerja dia ok, tapi 'tokey perempuan' dia macam eksen sikit..... lepas borak2 lebih kurang dengan pekerja dia, aku terus ajak hubby kuar dengan alasan Aisha nak 'tecing'..... seb baik memang Aisha ada cakap yang dia nak 'tecing'. boleh jadik alasan kan..... hehe

sepanjang jalan dalam kereta, aku terpikir2 mana lagi nursery nak pi..... kalu ikut kat Sungai Buluh memang banyak nursery, tapi jauh la plak kan..... so pikir punya pikir punya pikir punya pikir, aku terus ajak hubby pi NSK kat Kuang nuun..... erm, betul la kat Kuang kan, ker kat Rawang, huhu mane2 lah kan..... ubah haluan sekejap coz x terpikir lagi nursery dalam kepala..... pi NSK untuk survey barang2 nak shopping untuk Raya Haji nanti..... dalam2 x berkenan dengan keadaan NSK itu, hubby capai jugak 4 5 6 barang kat situ wat tambah stok kat umah..... hehe



so, lepas tu, masuk dalam kereta, aku teringat 1 tempat nursery ni..... tapi x dapat bayangkan kat area mana, macam selalu jerk lalu kan, tapi x dapat bayangan..... pejam celik pejam celik (gaya orang nak ingat sesuatu lokasi) bajet otak aku ni macam google maps..... maka akhirnya aku bagitau hubby yang nursery tu ada kat simpang dekat ngan area Selayang Mall..... so hubby pecut ke sana.....

dengan berpandukan bayangan macam google maps dalam kepala aku nieh, maka kami pon sampai.....

 sunny pottery and garden


alhamdulillah, sampai jugak tapi dah dekat nak maghrib..... so gambar sume ala2 blurr jerk yerk, maklum snap guna BB n SS jerk.....


 memula kami di sajikan dengan pasu2 yang bersusun.....


lepas tu ada nyonya keluar mendekati kami..... sebelum dia tanya apa2 aku yang start tanya dia..... kami nak cari pokok macam pokok buluh, boleh tanam dalam pasu n letak kat porch..... terus dia bawa kami ke belakang..... tapi aku x nampak pon mana pokok yang yang dikatakan pokok buluh di situ..... huhu

xper lah, kami pon layan lah nyonya tu, tanya itu pokok apa, tanya ini pokok apa, tanya harga 1 pasu berapa, tanya nak jaga camaner, bla bla bla

sambil tu hubby dok snap2 pokok yang macam dia berkenan.....


 antara pokok yang di snap hubby..... nama sume aku dah lupa.....


ni lagi hubby snap..... yang aku ingat n berkenan adalah pokok kanan atas sekali tu..... pokok lavender, boleh letak kat balkoni atas kan..... 


sampai kan ke harga tanah aku tanya..... kat sini, aku yang lebih banyak bersuara..... hubby cuma ambik gambar jerk coz hubby awal2 lagi dah remind kat aku yang dia x tahu pasal pokok2 nieh..... ye lah, sampaikan pokok kiambang pon hubby cakap pokok teratai, maknanya memang hubby x mahir la bab pokok2 ni kan..... so, aku harus main peranan di sini.....

oh ya, aku kami siap tanya kat nyonya tu pokok untuk dalam air ada x?..... ada rupanya, hehe x sabar nak suruh hubby bawak balik kolam tu, boleh letak tetel kat dalam kolam sambil hias dengan pokok lotus..... mesti tetel suka..... mood tengah berkobar2 nieh.....

insyaallah, dalam waktu terdekat ni kami cuba penuhi impian kami untuk beli pokok bunga sebagai langkah pertama nak buat outdoor decoration TerataKami..... moga semuanya dipermudahkan..... Ameen

k, sekian


02 October 2012

*drama air mata*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~1stly nak ucap syukur kerana perniagaan kecil2an ku mendapat sambutan, walau x semeriah mana, tapi buat permulaan ini, alhamdulillah~
~sesiapa yang berminat boleh KLIK SINI~


wokeh, balik pada tajuk, kalau semalam ada drama air mata yang berlaku di waktu pagi..... petangnya pulak kami dihidangkan dengan drama yang menggembirakan hati kami..... sesampai jerk kat Taska Aida, aku tengok ada budak2 tengah main2 kat luar..... kelihatan jugak Aisha yang terlompat2 sambil baling2 belon kat luar dengan bebudak lain...... nampak jerk kami, terus jerk dia terjerit2 panggil cikgu, "cikgu! mama datang!..... cikgu! mama datang!"..... wah! kembang semangkuk dan berbunga riang hati kami tengok kegembiraan Aisha..... cikgu pon menoleh pada kami n sedia ambikkan beg Aisha.....

borak2 sikit dengan cikgu pasal kelakuan Aisha, kami dimaklumkan Aisha nangis semalam sekejap jerk, bila dia tengok dah makin ramai bebudak datang, dia dah ok dah..... hehe, Alhamdulillah so dia teruskan aktiviti seharian kat school baru tu, x der aktiviti pape pon, just main jerk coz cikgu x bagi lagi, tunggu dia dah ok betul2 nanti baru cikgu bagi.....

so hari ni, tiada lagi drama air mata macam semalam, adakah dia dah mula serasi dengan school baru atau dia masih lagi tidur masa di hantar ke school aku x dapat pastikan..... sebab masa hantar tadi, aku main angkat jerk, nak say 'good morning' macam biasa kat Aisha pon hubby x bagi, takut dia terjaga n x nak pi school.....huhu, masa transfer kat bibik pon dia masih mamai2, mata separuh terbuka..... terus jerk bibik bawak masuk dalam rumah..... kami pon terus lah pi kerja kan..... harap2 Aisha ok2 jerk hari ni.....

owh, sedikit perbezaan panggilan diantara school lama n school baru untuk Aisha:

Panggilan
School lama
School baru
Tenaga pengajar
CIKGU
TEACHER
Penyelia
NENEK
BIBIK
Anak Mama
AISHA
UMAIRAH

tapi bila kami panggil dia Umairah, dia marah pulak..... "ni Aita la mama, Aita"..... sambil tangan tepuk dada tanda tunjuk diri sendiri..... hehe so sweet walau pelat 'T' dia x hilang lagi..... ha, sebab apa teacher dia panggil Umairah, coz kat taska dah ada 3 orang yang nama lebih kurang sama..... Aisyah, Alisha, Khalisha..... so teacher dia decided panggil Umairah untuk x mor konfius.. hehe, aku ok kan je lah untuk kebaikkan apa salahnya kan.....

erm, moga hari ini n hari mendatang akan lebih bersinar buat kami sekeluarga..... ameen

k, sekian

*anak dara 4 tahun shopping barang sendiri*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
~cerita Aisha kat Taska Aida, nanti aku upload yerk, ni entry auto nieh~


ha jangan terkejut pulak dengan tajuk tu..... bukan lah anak dara ku itu pi shopping market sendiri, dia pi bersama kami..... tapi pemilihan barang dia buat sendiri.....

last week, lepas dapat gaji yang ditunggu2 itu, kami pi shopping barang2 rumah..... termasuklah barang my lil Aisha untuk dia masuk school baru minggu ni..... kali ni kami beli sume yang saiz kecik2 jerk coz kami dinasihatkan untuk bawa balik setiap hari barang2 keperluan harian Aisha, senang nak monitor kalu dah habis, atau apa terkurang kan.....

so, kali ni, kami bagi peluang untuk Aisha pilih sendiri barang yang dia nak bawa ke school..... itu salah satu untuk naikkan semangat dia pi school baru.....


 ini beg untuk keperluan harian Aisha.....

saiz muat2 jerk untuk isi barang harian, saiz lebih kurang 20cm tinggi x 10cm lebar..... ini aku yang pilih dengan persetujuan Aisha..... lepas beli, balik umah, asik ler dia angkut beg tu kehulu ke hilir, "mama, esok Aisha nak bawa beg pi school ye"..... hehe sweet jer dia mintak izin..... lepas tu sibuk ler dia dok ngajar aku setiap kaler teddy bear yang ada..... "mama, ni kaler putih... kaler apa mama?"..... aku pon layan, "kaler putih"..... "ha, pandai..... mama" hehe


 ini pulak isi kandungan beg tu.....

bedak, hair & body wash, ubat & berus gigi n satu lagi barang bekas & botol susu.....
semua di atas tu adalah pilihan Aisha..... x boleh kata tidak, x wangi, x cantik, x comel..... memang itulah pilihan dia..... bila kita tukar jerk, dia akan tengok dalam troli n tanya, "papa, mane bedak Aisha?"..... oho, maka hubby pon terpaksa tukar semula..... untuk jaga hati dia masuk school baru, kami ikutkan jerk.....

so, harap2 Aisha boleh suaikan diri dengan cepat kat school baru tu yerk..... Mama n Papa sentiasa inginkan & doakan yang terbaik untuk Aisha.....

k, sekian

p/s : x sabar nak tunggu petang nak balik ambik Aisha kat school

01 October 2012

*perlu ker aku call?*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
~entry cecepat coz hati x tenang, so xder gambar~ 

erm ari ni 1st day my lil Aisha di hantar ke school baru di Taska Aida, TRP Rawang..... pepagi tadi masa hantar, dari rumah dia masih mamai2 tidur..... then sampai ke school dia dah sedar coz dekat jerk kan..... 

turun motor, tengok school jerk dia dah nak nangis..... suruh masuk school dia dah start nangis, beria nangis..... "tak nak!, tak nak!" aku try pujuk, sambil dalam hati dah nak mengalir air mata.....

 then ada bibik (pembantu rumah owner yang dok taska) keluar n ambik Aisha..... meronta2 dia x nak bibik ambik..... "tak nak!, tak nak!" aku dok jerk lat luar pintu tengok dia camner.....

sampai lah bibik tu bawak masuk dalam school, dia tetap nangis n sebut perkataan yang sama..... "tak nak!, tak nak!" 

pehtu aku nak paling ke belakang pi keluar pagar, tetiba dia menerpa kat aku mintak dokong..... huhu terus aku ambik dia, pujuk2, n suruh dia masuk dalam..... dia dah ok sikit, tapi bila nampak bibik, dia nangis semula..... "tak nak!, tak nak!"..... time ni aku dah rasa luluh jantung n nak jerk aku dokong n bawak dia pi keje atau aku cuti dok umah jaga dia..... huhu

terus aku cakap ngan bibik, bawak je lah dia masuk..... n bibik pon bagitau aku, "x per, nanti saya pujuk, dia ok lah tu kejap lagi"..... huhu..... owh, time ni hubby yang tunggu kat motor pon dah turun nak tengok keadaan anak dara dia yang nangis sekuat2 nya kat dalam.....

so lepas babai2 dari grill luar pintu, kami terus keluar pagar x paling kebelakang dah..... menharapkan bibik pujuk dia, aku ada bekalkan solivite (Aisha panggil air tegen), harap2 dia makan pujuk dengan bekal tu..... 

erm, hubby suruh aku call school dalam pukul 10 pagi nanti untuk tau keadaan dia..... n aku masih berkira2 nak call ke tidak?..... masa memula hantar ke school Taska Temanku setahun yang lepas pon Aisha cenggini jugak, n ak x call pon..... dalam masa 1 minggu dia dah mula serasi dok situ (boleh jerk tengok entry aku tahun lepas)..... kat school ni x tahulah pulak kan, harap2 sama jerk atau lebih cepat dari sebelum ni..... so, perlu ke aku call atau petang nanti jerk masa ambik aku tanya kat teacher keadaan dia.....

k, sekian