as salam,
hah, terkejut ker ngan tajuk tu..... sori2, tu bukan ditujukan untuk awak awak awak n awak semua.....
jom jamu mata dengan gambar kat bawah ni dulu.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
ada beza x antara gambar kiri n kanan?
haha, confirmlah xder kan..... kalu ada pon cuma angle jerk yang berbeza sikit.....
itulah hasil kerjaan kucing2 milik jiran sebelah kami..... dah xder kerja lain agaknya dorang ni selain dari sepahkan rak kasut kami yang dah sedia sepah tu..... ni kejadian 2 minggu lepas kut, aku balik keje tengok2 dah gitu rupanya..... terus WhatsApp gambar ni kat Hubby (time ni Hubby balik keje lewat)..... berangin jugak lah kejap..... tapi xper lah, aku sabarkan diri ajak Aisha tolong aku kemas semula rak kasut nieh..... sampaikan Aisha pon nak nangis tengok basikal dia jadik gitu rupa..... sian aku tengok.....
see, dah kemas kan.....
isk, menyemak pulak kertas kotak tu kat situ kan, actually kertas tu Hubby buat tutup kereta dari jadik tempat lepak si kucing2 itu..... bukan setakat tempat lepak, rumah kami dah jadi macam tempat pembuangan na*** dorang pulak dah..... hiewwwww teruk kan.....
apa yang kami buat, setakat ni kami cuba untuk bersabar, Hubby kata tunggu masa yang sesuai nanti baru lah kami akan buat complain kat MPS atau DBKL jiran kami tu pasal kejadian tersebut..... owh, husband kepada pemilik kucing tu kerja kat DBKL tau, x kan x tahu adab berjiran kan..... hurm, bukan nak mengata orang yang keje kat situ, tak semua perangai mcm tu tapi setakat ni aku jumpa yang sorang ni lah..... menyakitkan hati jugak, tapi sabarrrrr.....
memacam pengalaman baru lah kami dok sini..... dengan memacam ragam jiran, yang bela anjing nya lain, yang bawak motor bising nya lain, yang suka bergosip ngan jenjiran nya lain..... yang x hirau ngan jiran sebelah menyebelah pon ada gak (hah jiran sebelah kanan Teratak Kami lah tu, x pernah bersua muka, dorang sibuk kerja kut kan)..... hehe
itulah hitam putih kehidupan berjiran kan..... jangan sampai bermusuh dan bergaduh porak peranda sudah..... kalau ada pape yang x puas hati, kena tegur, tapi kena tunggu masa yang sesuai lah kan, takut ada yang terasa..... kan kan kan ;)
k, sekian