^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

11 May 2011

*Anak Kecil Dengan Posing Terbaru Ala Ala Artis*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
pergh!!!!! tajuk x boleh belah..... siap kaitkan artis tu..... tapi xder sebut mana2 artis kan..... haha, aku ni la kan, dah petang2 nie sambil tunggu hubby ajak balik (waktu n3 ini ditulis)..... melalut la biler time menaip nie.....


haha, bukan nak cerita pasal anak artis tau, apatah lagi pasal artis itu sendiri..... ini sume penangan my lil Aisha yang sekarang ni tengah gila posing..... pantang tengok aku @ hubby pegang HP, kompem dia akan buat seperti aksi di bawah nie.....


TV3..... haha, inilah posing terbaru dari Aisha..... 3 jari akan ditunjukkan ke kamera..... isk, pengaruh tv sungguh la budak ni kan.....




eh!! ini masuk dalam cerita ker?... hehe, sebenonyer aku nak kongsi hasil resipi yang berjaya aku buat macam yang aku cerita sebelum ini KAT SINI


ini pulak resipi yang dikongsi oleh kak ummi yang memang terror memasak, nak tengok resipi n rupa asal..... boleh tengok kat SINI
agar2 ini aku bawa ke opis last monday asalnya untuk sesi potlak kami di opis..... hehe tapi 1 bekas (aku bawa 2 bekas) dihabiskan sorang oleh minah ni yang memang tengah lapar waktu tu kut, maklumla makan berdua..... hehe


hah, ni balik pada n3 sebenar..... lagi posing my lil Aisha yang ala ala kadar macam pic 1st tu kan..... kali ni buat "peace" pulak..... hehe


so itu jerk nak cerita di waktu sebegini.....


k, sekian



*Taman Rawang Perdana : Day 83 renovation*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
x boleh nak cerita panjang2 hari ini, banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan..... janji nak refollow kengkawan pon x terbuat lagi nie..... huhu, just nak share latest pic of our house in renovation after 83 days..... I think it's a very very long time for us to wait until it become like this..... wah!! rasa x sabarnya nak duduk rumah sendiri ini.....

jom layan


pandangan dari kejauhan saja..... kali ni rumah versi black n white sajork.....



puas suruh hubby turun dari kereta untuk snap pic, tapi idok maunyer die turun.....isk isk isk..... hm, perasan x yang tiang gate tu tumbang sebelah kanan, bukan tumbang yerk kengkawan, tapi memang saja ditumbangkan coz nak kena potong biar setara dengan ketinggian gate nanti..... + nak tambah peti surat (nampak x tiang yang terbaring tu ada lubang, ha peti surat ler tu..)

kesian kat 'makcik kucing' sebelah rumah tu, pagar dia kami x pasang2 lagik, aku dah suruh hubby call kontraktor untuk pasangkan dulu tiang gate n pasangkan pintu pagar 'makcik kucing' tu..... n kalau boleh siapkan lah pagar sebelah 'makcik kucing' tu biar x ganggu dia lagi.....


so cukup cerita rumah, nanti cerita lain aku kongsi lain kali yerk, ada cerita Agar-Agar Tauhufa by Kak Ummi yang aku buat last Sunday..... hehe


k, sekian


*Khas untuk kawan2 blogger : Entry Lepas Breakfast Sebelum Mula Kerja*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
haha, boleh tajuk gitu yerk.....

hah!! dah breakfast kawan kawan semua.....?
hari ini banyak kerja nak kena settle.....
so, x boleh nak online lama lama sangat.....

tapi nak curi masa jugak nak refollow kawan kawan yang dah tergendala sejak minggu lepas.....
takut nanti kalau dah tak ada semua list tu, masalah la pulak kan.....
sayang kawan kawan semua.....

k, sekian

10 May 2011

*PEPATAH MELAYU*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
1] Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse…… sorry.

2] Bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lagi!!!

3] Sebab mulut santan binasa, sebab mulut juga ….. nasi pun habis!!!

4] Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

5] Biar mati bini/laki, jangan mati anak ( boleh kawin lagi ape! )

6] Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian….tak sempat sampai ke tepian pun pasal tak pandai berenang..kan tak pasal2 tuuu…….

7] Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, tidak lah aku malu depan tok kadhi nanti.. ……

8] Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap! sah2 lah benda tu besi bukan manusia!!!

9] Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kena ‘saman’....

10] Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan daaa…….

11] Kalau tiada rotan, pelempang ajelah….

12] Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

13] Air di cincang takkan putus, tapi kalau daging di cincang tandanya ada kenduri la tuuu…..

14] Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan ……

15] Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa……

16] Takkan lari gunung di kejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak!!!

17] Patah tumbuh, hilang report polis .

18] Berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yg masuk acara angkat berat!

19] Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak masuk jugak sukan olimpik.

20] Kalau ade jarum yg patah jangan di simpan di dalam peti, buang aje belilah jarum yg baru.

21] Kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba tak payah lipat-lipat, makan aje satay kajang!!!

22] Kalau kail panjang sejengkal, beli ajelah kail yg panjang sikit.

23] Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai….

~info from email~

*PERHATIAN : Kepada sesiapa yang mengenali AZMIN ADZHA*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
kepada tuan punya nama atau sesiapa yang mengenali

AZMIR ADZHA


seperti gambar di bawah ini


sila ke blog KAKCIK NURSEROJA

kerana ayahnda anda sedang sakit tenat di
ICU, Hospital Pantai, Ampang


ps: kepada sahabat2 yang ingin memanjangkan n3 ini, digalakkan berbuat demikian, jasa anda semua amat dihargai

semoga AZMIR ADZHA, dapat melihat ayahandanya buat kali terakhir


k, sekian