^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

06 May 2011

*Keselamatan Kanak Kanak Di Jalan Raya*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin






Get Adobe Flash player

~http://www.jkjr.gov.my



Mangsa jalanraya biasanya terdiri daripada kanakkanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan kaki, penumpang kereta, bas atau pembonceng motosikal. Kemalangan jalanraya boleh
mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian. ~http://www.infosihat.gov.my


LTD VTEC Junior mungkin helmet kanak-kanak yang terbaik di Malaysia, yang lulus SIRIM. Helmet kanak-kanak lain lebih besar dan berat. Yang ini lebih kecil, molek dan bergaya.Setakat ini hanya helmet LTD VTEC Junior Visorex sahaja helmet kanak-kanak yang dilulus oleh SIRIM yang ada visor. ~http://malaysianbikers.com.my


_________________________________________________________


jadi dengan ini, untuk keselamatan my lil Aisha, dengan rasminya bermula 4 Mei 2011 (eh, besday aku tur.. hehe) Aisha dah ada helmet yang memang di khaskan untuk kanak2 seusia Aisha..... see pic below.....


siap ada SIRIM lagik tau..... hubby beli jenama LTD VTEC Junior yang memang dikatakan dapat pengesahan..... mana lah aku tau kan..... hehe, hubby ingat nak cari kaler putih coz kami berdua nyer helmet kaler putih, tapi xdok lor..... so, kaler biru pon ok ler, janji dapat jaga keselamatan kan.....


tengoklah aksi Aisha dengan helmet baru nya..... setiap kali nak keluar rumah, mesti dia nak minta di pakaikan helmet tu, walaupon kami nak keluar naik kereta..... huhu


zoom my lil Aisha with her new helmet


so sweet Aisha, semoga dilindungi keselamatannya oleh Allah selalu.....


k, sekian

*Riview Makan Makan @ Rodeo Steakhaus ~ JJCM*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hah ni penangan rancangan Jalan Jalan Cari Makan la nie.... hehe, ni cerita 4hb ari tu..... kan besday aku kan..... so, aku balik umah, then hubby cakap "jom kuar, kita makan kat luar nak?", aku tanya, "apsal pulak, x nak masak ker?"..... saje jerk aku tanya, padahal dalam hati berbunga2 sebab x payah masak..... haha.....

'

hubby pon balas..... "ala, jom la kita sambut besday mama kat luar..... kali ni x payah kek lah, kita makan kat luar yerk..... mama nak makan apa??, jom lah siap2, papa belanja....." hehe kembang lagi hati aku coz hubby tanya nak makan apa n nak belanja sekali.....

'

dalam fikiran ingat nak makan ikan bakar, tapi takut leceh pulak dengan banyak lauk atas meja nanti.....

'

so, dalam perjalanan kami pon mengarah ke Taman Sri Gombak, kat area pusat perniagaan baru tu ada la kedai Ani Sup Utara, Ice Room, Sekinchan Ikan Bakar (akan ku terjah ke sini, haha)..... tapi tetiba jerk aku teringatkan JJCM yang ada highlight restoran Rodeo Steakhaus (memang ejaan dia macam tu tau, bukan aku salah eja)..... and terus lah aku suggest kat hubby, kami pon pusing2 la kat area deretan kedai tu, kedai ni agak kedalam sikit, tapi senang cari coz signboard dia boleh nampak dari jalan besar.....

'

dan sampailah kami di.....

tengok signboard tu, betulkan ejaan dia..... sape2 nak tempah @ book tempat, boleh la contact pn.Rohana yerk, 016-3780664..... ada kat signboard juga

'

ini view dalam kedai..... memang sungguh koboi terasa, waiter & waitress dia pon berpakaian ala koboi, bukan tv pon cerita koboi tapi sayang xder suara..... huhu
'
ini menu kami sempena sambutan besday aku..... simpel jerk, xder la sampai bercandlelight dinner bagai..... so aku ambil Cicken Chop + air Epal Asam Boi, hubby ambil Mix Lamb Chop + air Neslo Panas, n Chicken Nugget for my lil Aisha.....
'

apsal la hubby buat muka cenggitu..... macam x cukup makan jerk..... hehe
'

senarai menu + harga di restoran..... sungguh berpatutan.....

'

kami berpuas hati dengan services dan rasa makanan di restoran ni..... menu sampai sangat cepat, rasa pon sedap, pekerja2 pon sentiasa stanby kalau2 ada customer yang perlukan bantuan, dan harga pon sangat2 berpatutan, total kami makan pada malam tu RM34.00 tanpa ada tax di kenakan.....
'
so, sesiapa nak makan western, beranilah aku rekemen untuk makan kat sini..... alamat restoran ni adalah di No. 78, Jalan Prima 3, Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur.... jom kita makan makan kat sini

'

k, sekian


*Happy Birthday..... KAK LONG*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
di pagi yang mulia ini aku nak wish.....




semoga kak long bertambah ceria, dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh ALLAH selalu hendaknya disamping suami dan anak perempuan yang 3 orang tu.....
ameen


you are the best kak long in our world.....

love you so much.....

mmuah





p/s : bila nak tambahkan anak sedara untuk kami semua, kata
nak baby lelaki kan..... hehe



04 May 2011

*Karipap Daging Rangup Tanpa Daging*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
ini bukan n3 nak kongsi resepi..... tapi cuma nak luah apa yang ada dalam hati..... haha boleh gitu..... x der apa lah sangat dalam hati ini, cuma sedang berkira2 nak tambah pendapatan keluarga dengan cara berniaga.... haha, tapi x tau nak mula kat mana..... huhu


ok, balik pada tajuk cerita.....


sebenarnya semalam aku bercuti, huh dah 3 hari kerajaan bagi cuti, tambah lagi 1 hari cuti..... iskiskisk, hm..... kalau ikut 2 hari aku kena cuti, tapi nasib baik hubby baik hati n bermurah hati nak bahagi 2 cuti tu, hah bahagi dua pulak????? haha, yelah, aku 1 hari, hubby 1 hari..... so adil lah kan..... cuti sebab 'umi' pengasuh my lil Aisha balik kampung untuk uruskan renewal her visa for another 6 month..... semoga semuanya dipermudahkan untuk dia dan ofcourse la untuk kami kan..... hehe


la... lari tajuk lagi yerk..... sorry


ok! ok! jangan lari tajuk lagi aku ni ok..... sebenarnya nak cerita semalam sempena hari cuti bagi aku..... maka sempatlah aku merealisasikan resepi yang aku ambil dari myresipi.com iaitu resepi Karipap Daging Rangup oleh nasuha 1523..... disebabkan daging x der stok kat rumah so hanya tinggal kentang je la sebagai inti karipap tu.....


maka jadilah resepi aku tu bertukar jadi Karipap Daging Rangup Tanpa Daging..... haha x per kan nasuha, bahan yang lain cukup cuma x der daging jerk..... dah dok sorang2 kat umah, malas la pulak nak ke kedai beli daging cincang tu..... haha kulit memang rangup, but inti aku rasa macam pelik sikit, mungkin ada bahan yang terkurang atau lebih, maklum lah, masak sambil bersilat dengan Aisha.. haha


hm, tangan ni pon sampai ke hari ini masih sakit lenguh lenguh dek mengguling kayu gelek tu kan..... huh, nampak n terbukti yang aku ni rajin sangat membuat kuih muih nie kan..... hehe


x per, insyaallah sekarang ni aku tengah nak merajinkan diri untuk mencuba resepi2 yang ada, banyak lagi resepi yang aku ambik dalam internet ni... dah pon aku print n letak atas esbok, stanby bila2 nak buat tinggal capai jerk, pi kedai n beli bahan..... hehe


hurm.. kali ni resepi x ambil gambar pulak..... hehe, x sempat lah, tapi baki karipap semalam ada lagi, so, kalau balik nanti goreng, aku ambik gambar yerk..... buat bukti..... hehe


k, sekian




*It's A Day*

24 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
pada hari ini, dalam tahun 1980..... chewah..... macam rancangan Hari Ini Dalam Sejarah pulak..... haha, padahal cuma nak recall aku punye mind jerk.....

'

tarikh : 04hb Mei 1980

waktu : 2.15 am

tempat : 1122, felda adila (sebenonyer spelling 'adela')

'

telah lahir seorang bayi perempuan oleh Puan Zunainah Binti Jikan @ Rajikan dan pasangan En Muhamad Bin Osman yang telah di beri nama

MASNAINIZA BINTI MUHAMAD

'

'

'

'

'

ya, itulah aku.....

'

huhu, bertambah lagi usia ini, Alhamdulillah.....

semoga hari ini dan hari2 mendatang semakin baik dan baik dan sentiasa perjalanan hidup ini diberkati dan dilimpahi rezeki yang halal oleh Allah S.W.T. hendaknya.....

'

Ameen

'

k, sekian