^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

29 April 2011

*Hatiku Hancur Luluh Punah Kecewa*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
________________________________

~peringatan, ini n3 panjang tanpa gambar~

'

'

haha, tajuk x boleh belah tul la petang2 nie..... maklum lah baru balik dari jenjalan dengan budak meja sebelah dan budak pintu sebelah..... hm..... kemana kami pergi yerk..... ahah!! rahsia la kan..... ala, poyos lak aku nie sampai x mor bagitau kemana kami pergi time rehat tadi yerk..... huhu, hehe kami x kemana2 pon, jenjalan area KL, pi S.P jerk..... huhu sungai petani ker? bukanlah, kat KL jerk..... pi sana cadang nak cari kasut..... pusing punye pusing punye pusing..... sampai naik penat kaki budak pintu sebelah tu..... sian aku tengok dia, masuk kedai kasut, duduk..... masuk kedai kasut, duduk lagi..... masuk kedai kasut, dan duduk lagi..... maklum la, dia berjalan bawa 2 orang sekali..... hehe, sorry yerk lie..... sampai habis pusing sume kedai kat situ, x der jugak yang berkenan di hati..... huhu..... dari kedai yang murah, sampai ke kedai mahal, dari kedai berjenama, sampai ke kedai x berapa nak berjenama..... x der jugak yang berkenan di hati..... last2 kami pi makan kat KFC..... lapar lor, jenjalan tapi x der hasil.....

'

dan buat pertama kalinya, budak pintu sebelah berjaya tidak men'shopping'kan dirinya di shopping complex..... haha, simpan duit yerk lie untuk adik alya.....

'

tu yang hati ini hancur, luluh, punah, kecewa semua ada nie..... ingat balik nanti boleh lah tunjuk kat hubby kasut baru..... selalu jugak jenjalan ngan hubby singgah kedai kasut..... tapi kompem hasrat jadi batal coz hubby lebih excited tengok kasut dia dari bagi komen pada kasut2 yang aku tunjuk kat dia..... huhu, so malam ni ingat nak jalan lagik cari kasut sampai jumpa..... tu pon Insyaallah lah kan, kalau diperkenan oleh yang di pertua cum driver aku tu..... hehe, sok nak balik kampung MIL, tu yang nak kena beli jugak tu..... kasut jenjalan dah x der stok kat umah, yang ada cume selipar bodo yang aku bawak jenjalan pi pasar jerk..... huhu, x best nyer.....

'

so, harap2 hubby bagi sokongan ngan idea aku nie.....

"dear, jom kita pi shopping kasut malam ni yerk..... pleeease"

'

k, sekian

'

'





p/s : lylie, aku gelar ko budak pintu sebelah, x per
kan.....
haha, jangan marah tau, nanti kena jual..... merana pulak iqmal
nanti...... hehe

*Makanan Penghilang Bau Badan*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
'

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.
'
Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.
'
Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

'

Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

'

'

Teh hijauBau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.
'

'
Seledri

Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.
'

'
Jus rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Dilansir dari Foodscout, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.


'

'

__________________________________________________________

info from email
'
'
'
hm..... dalam rancangan tengahari ni nak kuar ngan budak meja sebelah n budak pintu sebelah, hehe.....
'
k, sekian

28 April 2011

*Taman Rawang Perdana : Day 62 renovation*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
upss, sekarang baru boleh nak bertenet semula hari ini..... sedikit info pagi tadi, pasal assembly n majlis doa selamat - actually assembly telah di batalkan then digantikan dengan majlis doa selamat untuk Ketua Pengarah Kami yang telah dimasukkan ke hospital malam tadi kerana masalah kesihatan, alhamdulillah, bos2 yang pergi melawat kata dia dah ok petang nie.....

'

_________________________________________________________
'

ok, berbalik pada tajuk asal..... my house renovation at Taman Rawang Perdana is still in progress, aku rasa tersangat lah slow n steady nye la kontraktor tu buat kerja.....

'

mula2 kerja dulu memang laju, sekejap jerk dalam seminggu dah nampak progress..... tapi sekarang aku tengok perubahan dari minggu ke minggu x banyak perubahan pon..... alasan di beri adalah hujan, n pekerja x ramai yang boleh support..... nak kata kami x bagi duit..... rasa2 nya hubby 2 minggu sekali pergi bank untuk transfer duit yang katanya nak buat beli bahan..... bila kami tengok bahan x der pon kat rumah tu, alasan di beri, x der ruang nak letak bahan..... so, masalah kami ker tu..... huhu

'

n last Sunday kami pergi tengok rumah..... la, baru hari ni nak cerita yerk.. hehe, busy mah, agipon pic sume dalam simpanan hubby, kena mintak dulu, then hubby proses (transfer dalam pc sharing file) 2 hari baru boleh aku ambil..... hehe suami isteri nak share gambar pon ada schedule kan.... ops! ops! lari tajuk sudah.....

'

ok, nak cerita progress renovation rumah kami sehingga last Sunday..... sambil tu tengok pic la yerk..... baru best cerita sambil tengok gambar..... kan kan kan
'

inilah pandangan secara keseluruhan progress, bahagian belakang x mula apa2 lagi..... kalau sape2 yang ikut n3 sebelum2 ni, memang x banyak perubahan kan.....'

' anak panah merah menunjukkan slap yang dah pon di buat, last 2 week x ader lagi tau.....

bulatan putih tu pula (nampak ker?? hehe) adalah wire untuk lampu siling yang x der dalam plan asal, malam tadi baru kontraktor bagitau yang lampu tu perlu coz ruang balkoni besar..... (ikut perancangan asal, kami nak letak lampu dinding jerk)..... so sekarang dah kena cari lampu siling pulak..... huhu bajet lagi tu.....'
'

ini garaj bawah pula, setakat ni memang x der perubahan coz kontraktor nak tunggu bahagian atas n belakang siap dulu, then baru dia akan siapkan garaj ni betul2, takut rosak nanti..... betul juga kan.....

anak panah yang ke kiri tu, aku nak bagitau yang tiang tu nanti bakal di potong kerana terlalu tinggi n nak sesuaikan dengan keitnggian gate nanti, sepatutnya boleh kalau nak tukar tiang lain kan, tapi untuk jimat kos n advice dari kontraktor, so potong je la tiang tu..... jangan kita bako.. kita bako jer... udah lah.. hehe

anak panah ke bucu kiri tu pula, adalah pemandangan yang aku rasa x sedap betul kat mata aku setiap kali kami ke rumah itu..... x sabar untuk lenyapkan pemandangan itu n digantikan dengan gate rumah kami yang x seberapa itu.....
'
'
'

ok, setakat ni je dulu progress rumah kami..... hasil perjumpaan dengan kontrakktor malam tadi, Insyaallah next week dia akan mulakan kerja2 di bahagian belakang pula..... semoga semuanya berjalan dengan lancar..... kami masih mengharap pada kontraktor tersebut untuk menyiapkan rumah kami mengikut tarikh yang dijanjikan..... x larat dah nak duduk rumah sewa + bayar untuk 2 rumah sekali gus.....
'
k, sekian

*Assembly cum Majlis Doa Selamat @ Office*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hari ini, pagi ini, di opis aku ni akan ada assembly dwibulanan dan juga majlis doa selamat (for what?? nanti aku cerita yerk)..... haha, padahal aku pon x tau nie..... so, semua staff wajib attend tapi kengkadang ada juga staff yang ngelat, x attend..... tu pon bagi mereka yang dah ketagih tiap2 hari harus pekena sajian breakfast di luar.....

'

hm, aku pon x paham kenapa dorang ni suka sangat makan kat luar dari kawasan opis ni, padahal kat sini dah tersedia cafe dengan pelbagai pilihan makanan (upsss, iyer ker pelbagai.. huhu)..... mungkin dorang ni nak tukar selera..... aku setuju, tapi bagi aku, kalau breakfast kat luar, banyak pula masa yang dibazirkan untuk berulang dari opis ke tempat ituew kan..... n minyak kereta @ motor juga akan dikeluarkan hanya untuk breakfast di luar..... la, aku rasa macam dah lari tajuk je kan..... hehe

'

haha, itu pandangan aku la kan..... x per la..... bagi mereka yang suka breakfast di luar tu, aku x la pula menghalang..... cuma..... macam aku cakap, itu pandangan aku jerk..... terserahlah pada mereka2 yang terlibat, jangan kecil hati tau..... sekali lagi aku ingatkan, HANYA PANDANGAN AKU SAJE.....

'

so, sebelum turun bawah untuk assembly.....

layan pic Aisha dulu.....

'

'

k, sekian

27 April 2011

*Mahu Jumpa Kontraktor Rumah Kami Petang Ini*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
~n3 excited & risau~


'


'


'


huhu, kat sini dah bunyi dam dam dum..... bukan bunyi mercun tapi bunyi menandakan hari akan hujan..... hari ini naik motor datang koroje..... petang ni nak jumpa kontraktor yang buat rumah kat Rawang..... dari KL ke Rawang perjalanan ambil masa dalam 45 minit..... sebelum tu kena ambil my lil Aisha kat umah 'umi' pengasuh dulu.....


'


hm, ada kaitan tak semua apa yang aku taip kat atas tu????? hehe


tentulah ada kan.....


'


dan item paling penting adalah.....


'


HUJAN - dah nak ujan nie


MOTOR - ambo naik motor, janganlah ujan


KONTRAKTOR - semangat nak jumpa ni, discuss progress rumah


AISHA - harap2 x hujan time ambil balik karang


RAWANG - tiap2 minggu kami ke sana


'


k, sekian