Pages

06 November 2017

Alhamdulillah, akhirnya terlepas dari seksaan batuk

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah sebulan batuk berpanjangan time pregnant ni, setelah bertukar-tukar ubat dari dua buah klinik, akhirnya batuk aku hilang..... ada lagi sikit2, tapi tidak seteruk sebelum ni..... memang ngam2 sebulan semasa pregnant 8 bulan aku diuji dengan batuk yang menyakitkan..... sampaikan doktor klinik swasta cakap, kalau minggu depan aku x baik batuk juga, kena refer hospital..... huhu, kalau boleh tak nak lah sampai jejakkan kaki ke hospital time pregnant ni, susah lah rasanya.....

erm, daripada ubat klinik kerajaan pada minggu pertama, batuk tak baik, ubat habis..... Hubby ajak ke Klinik Sejahtera..... dapatlah lima (5) jenis ubat termasuk antibiotik..... habis ubat, pergi klinik kerajaan untuk check-up dwimingguan, dapat lagi ubat batuk..... habis seminggu, ubat habis, batuk tak baik lagi..... Hubby ajak lagi ke Klinik Sejahtera semula sebab masa makan ubat dari klinik tu, batuk ada kurang sikit..... dapat dua (2) jenis ubat iaitu Prospan berasaskan daun Ivy dan antibiotik.....


Imej yang berkaitan
ubat batuk Prospan berasaskan daun Ivy

Alhamdulillah, setelah makan ubat atas ni seminggu berserta antibiotik..... akhirnya batuk hilang..... bolehlah aku tidur dengan tenang di malam hari..... kalau tidak, baring je kepala atas bantal, aku akan batuk..... memang seksa, bila dah tidur, asik terjaga je sebab batuk, bila batuk asiklah nak ke toilet..... rasa memang tak cukup tidur, bangun pagi senoneng je kepala.....

Tapi sejak 2 hari ni, dah boleh tidur nyenyak, terbangun pon sekali sekala je..... harap2 batuk semakin hilang..... tapi masa batuk tu, aku diserang juga sakit tulang rusuk, bila batuk je lagi menyengat sakitnya..... huhu, sekarang ni masih ada sakit kat tulang rusuk nieh..... harap2 hilang lah dua tiga hari ni.....

Petang ni, ada check up baby macam biasa di Klinik Kesihatan Rawang..... dah minta bos balik awal..... ada scan baby juga hari ni untuk 36 minggu..... moga-moga semuanya dipermudahkan dan baik2 sahaja..... Aamiin.....

Sebulan je lagi adik baby nak keluar menjenguk dunia..... tak sabar rasanya..... princess Aisha, lagi lah..... dia pula yang ingatkan aku, minggu ni adik baby berusia berapa minggu..... hehe, bukan lah dia tau kira, tapi aku ada install aplikasi untuk pregnant calculation kat HP, jadi dia tengok kat situ je..... prihatin sungguh kakak Aisha ni tau..... sayang kakak.....

Hasil carian imej untuk kiss icon

k, sekian

2 comments:

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah