^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

19.10.16

#throwback :: ekspedisi mendaki Bukit Broga, Semenyih

5 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

Assalamualaikum, 

awal bulan Ogos hari tu, opis ada buat trip mendaki Bukit Broga kat Semenyih yang famous amous tu..... ala2 nak bagi fit badan kan, so aku sesaje la join..... hurm, dah lama x beriadah kat tasik..... rasa macam susah je nak beriadah sejak dok Rawang ni, maklum tempat riadah yang besh2 sume jauh2..... huhu, alasan.....

erm, balik kepada cerita Bukit Broga..... kalau sesiapa yang pernah sampai ke puncak..... mesti best kan..... view sunrise atau sunset dia cantik sangat.....


 

tapi.....
gambar kat atas tu je yang mampu aku amek masa trip ke Broga hari tu..... pokok kelapa sawit yang terletak kat bawah kawasan parking..... haha

bukan apa, aku dapat naik separuh jalan je..... x boleh nak naik sampai atas..... x larat wooooo..... huhu, kecewa juga sebab x boleh nak bergambaran berposing posing di puncak.....

apa pon, aku bangga dengan kengkawan yang berjaya sampai ke puncak.....
aku nak repeat semula untuk sampai ke puncak?..... ehem, entah ye..... kena kuatkan fizikal dan mental betul2 nieh..... hihi

lepas ni, kita rajin-rajinkan diri beriadah kat tanah yang rata je la ek..... hehe

k, sekian

13.10.16

deko deko terataKami :: kunyit oh kunyit

4 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

Assalamualaikum,

lama dah tak cerita pasal deko-deko nye..... hehe, tak ada apa nak cerita..... angan-angan nak buat taman balkoni terbantut sebab haiwan peliharaan tak memberikan kerjasama yang sebaiknya..... bila lepas dalam wilayah yang ditetapkan untuk mereka, asik lah melompat keluar..... last2 Hubby masukkan mereka dalam sangkar je..... tak bagi lepas dah sebab mereka melanggar syarat2 yang ditetapkan..... haha..... nanti kita fikir cara lain untuk cantikkan balkoni ye.....

kali ni kita cerita pasal pokok-pokok yang semakin galak membesar kat garaj tingkat bawah..... Alhamdulillah, semua pon membesar bagai johan.....


 
ini pokok kunyit pemberian Mak, dah beberapa kali dituai daun nya..... bagi kat jiran sebelah n myUsu yang ada bekalkan masakan beliau ke food truck milik Along husband beliau secara harian di Sendayan.....



 
ini pokok ulam pegaga pemberian MIL, dari bekas plastik, aku dah pindah ke pasu besar, sekarang dah membiak ke pasu sebelah dia pula..... hampir2 juga dia nak masuk ke pasu bunga, tapi aku tarik akar yang menjalar tu, masukkan dalam pasu dia semula..... dah beberapa kali juga aku makan berulamkan pegaga nieh..... 

selain dari tu, ada juga pokok kacang panjang renek, dah beberapa kali juga dituai hasilnya, tapi sebab aku x berapa nak makan kacang panjang, so aku biar je tua n jadikan benih, benih tu aku bagi la kat sesiapa yang nak.....

pokok pandan pon sentiasa berjasa bila diperlukan..... siap boleh jadi tempat permainan dan teduhan kucing2 makcik sebelah lagi..... x pe lah, janji jangan rosakkan pokok tu sampai mati macam pokok kacang 2nd batch sebelum ni dah lah ye.....

ada juga pokok lada benggala, saja lah letak biji kat dalam botol air mineral 1 liter  yang aku recycle buat pasu..... eh eh, bertunas juga..... banyak pula tu..... ada lada benggala kuning dan merah..... tak tau aku nak alih ke mana, pasu dah tak ada..... pokok semakin membesar..... agak2 ada yang nak ke..... tapi kena datang rumah lah, sebab aku tak der bekas nak asingkan satu2 pokok tu, dalam satu bekas ada 7 8 pokok dalam tu..... huhu

erm, pokok bunga tak berapa nak ada, yang ada pon pokok ros jepun..... yang makin besar dan besar, sampai akar dah penuh dalam pasu, nak buang sayang, nak pindah pasu, macam yang aku cerita kat atas, pasu tak ada..... nak kena cari masa juga ni untuk gardening.....

nak cari pasu..... nak cari pasu.....

K, sekian


6.10.16

#throwback :: Sambutan Hari Raya Haji = Family Ghatering

0 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

Assalamualaikum,

 throwback lagi.....

sempena sambutan hari raya haji yang lepas..... dan juga sempena cuti sekolah..... Hubby ajak balik kampung beliau di Terengganu..... erm, dah lama juga kami x balik..... so, aku setuju je lah, lagi pon nanti cuti Hari Malaysia kami akan buat rombongan cik kiah family vacation ke Penang bersama keluarga belah aku..... yeeha!.....

 so, balik ke Kuantan dulu hari Sabtu, hari Ahad balik ke Terengganu bersama mertua dan adik ipar..... tidur kat rumah abng ipar..... nak dijadikan cerita, Sabtu tu pulak my Hubby tetiba bengkak tapak kaki kiri tanpa sebab..... tapi sebab nak balik kampung, maka beliau gagahkan jugak drive, dah la kereta manual, so kaki kiri kena juga guna untuk pijak pedal clutch kan..... alhamdulillah, selamat sampai ke Kuantan, dari Kuantan ke Terengganu esoknya, ada adik ipar yang boleh drive, so Hubby boleh lah rehat..... dan alhamdulillah, lepas dapat ubat, bengkak pon makin pulih dan hari raya tu, boleh lah Hubby tolong sesi penyembelihan lembu (abang ipar ambil satu bahagian) di masjid kampung maksu Hubby..... apakah nama masjid, aku dah lupa..... huhu



hah, atas ni sesi pemotongan dading korban untuk agihan kat rumah arwah tok, sekarang dah jadi rumah maksu..... ada sedikit bahagian abang ipar bagi ke maksu untuk dibuat menu kenduri tahlil lepas asar pada hari raya ritu.....

meriah rasa time masak2 tu, walau penat..... lepas maghrib baru kami balik rumah abang..... esoknya kami melawat ke rumah makcik, pakcik sebelah abah Hubby..... dari pagi sampai ke petang kami berjalan..... then esoknya (rabu) kami balik ke KL.....

sampai ke KL, shopping barang2 persediaan untuk vacation..... pehtu nak kena kemas rumah juga sebab khamis keluarga belah aku pula nak datang ke rumah sebagai pit stop sebelum memulakan family vacation kami ke Penang.....

 apa cerita vacation kami..... nanti aku share ye.....

K, sekian