Pages

06 October 2016

#throwback :: Sambutan Hari Raya Haji = Family Ghatering


Assalamualaikum,

 throwback lagi.....

sempena sambutan hari raya haji yang lepas..... dan juga sempena cuti sekolah..... Hubby ajak balik kampung beliau di Terengganu..... erm, dah lama juga kami x balik..... so, aku setuju je lah, lagi pon nanti cuti Hari Malaysia kami akan buat rombongan cik kiah family vacation ke Penang bersama keluarga belah aku..... yeeha!.....

 so, balik ke Kuantan dulu hari Sabtu, hari Ahad balik ke Terengganu bersama mertua dan adik ipar..... tidur kat rumah abng ipar..... nak dijadikan cerita, Sabtu tu pulak my Hubby tetiba bengkak tapak kaki kiri tanpa sebab..... tapi sebab nak balik kampung, maka beliau gagahkan jugak drive, dah la kereta manual, so kaki kiri kena juga guna untuk pijak pedal clutch kan..... alhamdulillah, selamat sampai ke Kuantan, dari Kuantan ke Terengganu esoknya, ada adik ipar yang boleh drive, so Hubby boleh lah rehat..... dan alhamdulillah, lepas dapat ubat, bengkak pon makin pulih dan hari raya tu, boleh lah Hubby tolong sesi penyembelihan lembu (abang ipar ambil satu bahagian) di masjid kampung maksu Hubby..... apakah nama masjid, aku dah lupa..... huhu



hah, atas ni sesi pemotongan dading korban untuk agihan kat rumah arwah tok, sekarang dah jadi rumah maksu..... ada sedikit bahagian abang ipar bagi ke maksu untuk dibuat menu kenduri tahlil lepas asar pada hari raya ritu.....

meriah rasa time masak2 tu, walau penat..... lepas maghrib baru kami balik rumah abang..... esoknya kami melawat ke rumah makcik, pakcik sebelah abah Hubby..... dari pagi sampai ke petang kami berjalan..... then esoknya (rabu) kami balik ke KL.....

sampai ke KL, shopping barang2 persediaan untuk vacation..... pehtu nak kena kemas rumah juga sebab khamis keluarga belah aku pula nak datang ke rumah sebagai pit stop sebelum memulakan family vacation kami ke Penang.....

 apa cerita vacation kami..... nanti aku share ye.....

K, sekian

No comments:

Post a Comment

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah