Assalamualaikum,
Dah lama rasanya x shopping online ni…..
Sejak akhir-akhir ini, trend
membeli-belah secara online makin digemari oleh ramai pengguna lebih-lebih lagi
bagi mereka yang menetap di ibu kota dan yang sentiasa sibuk bekerja kan..... termasuklah aku ni ha.....
Berbanding dengan situasi 5 atau 10 tahun yang lalu, segalanya harus dibeli
terus di kedai dan trend online shopping ini terlalu asing dikalangan para
pembeli. Kini, dari koleksi barangan fesyen, barangan elektronik hinggalah
barangan dapur, semuanya boleh dimiliki dengan mudah melalui transaksi online.
Bagi golongan ibu-ibu yang bekerjaya
pula, ini merupakan salah satu kaedah pembelian yang paling mudah dan efektif
serta dapat menjimatkan masa mereka. Dengan proses pembelian online yang mudah
ini membolehkan mereka membuat pembelian dengan pantas dan selamat. Duduk je
depan PC, pilih2 pehtu bayar….. dah siap, tunggu je la barang sampai depan
pintu…..
Pastu ada abang hemsem datang, Ting!!
Tong!! “Puan, ada barang untuk Puan…..”
So, aku nak bagitau ni, ZALORA
Malaysia terpanggil untuk membawakan pelbagai pilihan barangan fesyen yang
berkualiti dari jenama-jenama antarabangsa dan tempatan dengan lebih dekat
kepada para pelanggan setia termasuk kengkawan semua. Bagi anda yang masih
belum pernah membeli-belah di laman web ZALORA, kini anda boleh membeli koleksi
barangan kanak-kanak seperti pakaian dan kasut.
Klik pada kategori kids pada laman
web ZALORA dan anda akan diberikan beberapa pilihan kategori yang lebih kecil
(kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, bayi dan lain-lain). Senang kan…..
Dan sedikit tips untuk anda yang baru
pertama kali ingin membeli barangan kanak-kanak seperti kids shoes online
misalnya, baca dulu deskripsi barangan yang terdapat pada laman web untuk
mengetahui material yang digunakan untuk membuat kasut tersebut. Dengan itu
anda boleh mengagak sama ada kasut tersebut selesa dipakai atau tidak. Kulit
kanak-kanak adalah lebih lembut dan sensitive, oleh itu berikan mereka kasut
yang lebih lembut dan selesa dipakai.
Seterusnya, ukur kaki anak dengan
pembaris atau benang macam gambar kat atas tu untuk mendapatkan ukuran yang
tepat. Jangan beli kasut yang bersaiz terlalu kecil untuk mengelakkan kaki
melecet. Namun jika anda terbeli kasut yang tidak menepati saiz sebenar, anda boleh membuat penukaran secara percuma di
ZALORA selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Selamat membeli-belah!
Jom sesame kita survey n beli kasut…..
k, sekian
No comments:
Post a Comment
1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.
terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)
kedai barang dengan harga murah