assalamualaikum,
erm, lama x cerita pasal kura-kura yang dua (2) ekor kat rumah tu kan..... tup tup dah nak masuk 3 tahun dah kura-kura tu bersama kami..... sampai sekarang mereka x der nama, sebab tengok dedua pon sama je, kalu letak nama kang x tau nama tu hak milik yang mana satu..... so, x bernama lah kura-kura kami..... huhu
hurm, masa memula Aisha dapat dari Nyai dulu, adalah saiz dia sebesar syiling 20sen, sekarang ni dah sebesar tapak tangan aku dah..... Alhamdulillah, mudah je nak jaga, makan pon ok je..... cuma sekarang ni, dorang sibuklah nak keluar dari rumah tu..... nak bersiar2 kut kan..... hihi..... adalah 2 3 kali kejadian balik dari kerja, nak bagi makan, tetiba tengok penutup rumah dorang dah senget / terbuka, n satu kura-kura dah x der kat dalam..... cari punya cari, rupanya ada kat tepi kabinet, ada sekali tu kat celah labu sayong, ada sekali tu kat dalam bilik air..... hamboi, jauh tul dia berjalan..... seb baik jumpa balik.....
tapi apa pon, nak buang letak kura-kura ni kat tempat lain a.k.a jauh dari rumah, rasa sayang pulak..... so, selagi boleh jaga, inshaa Allah akan kami jaga dorang..... Aisha pon rajin je tolong bagi makan n mandikan dorang setiap ujung minggu bila kami x kemana-mana.....
Aisha sedang memberus cengkerang kura-kura masa mandikan dorang..... siap mandi shower kura-kura tu ala2 mandi kat air terjun..... hihi.....
**********
Antara teknik-teknik penjagaan kura-kura :
Pertama
-Tempat Tinggal-
Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar
seperti akuarium atau bekas kecil yang tersedia ada dijual di kedai haiwan atau
anda boleh menggunakan bekas kecil seperti Tupperware. Pastikan bekas yang mempunyai
sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat keluar atau tutup dekat penutup
yang ditebuk lubang untuk bernafas juga sediakan sedikit batu untuk kura-kura
tidur kerana kura-kura lebih suka tidur dikelilingi batu kerana sifatnya yang
pemalu jadi mereka suka menyorok. Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada
paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang
menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine
bagi memastikan air yang baik untuk haiwan air anda.
Kedua
-Pemakanan-
Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-sayuran,serangga dan
haiwan. Kebiasaanya anda perlukan makanan berupa pellets yang boleh didapati di
kedai haiwan. Pellets amat menting kerana ia merupakan makanan yang mempunyai
vitamin dan makanan yang mempunyai segala zat yang diperlukan. Anda boleh beri
kura-kura anda sayur,ikan atau serangga tetapi sayur memang susah untuk mereka
makan mungkin kerana tidak biasa. Mengikut pengalamn saya,kura-kura saya tidak
mahu makan sayur,saya berikan pellet seperti biasa dan kadang-kadang nyamuk
atau kupu-kupu yang berkeliaran di rumah. Gambar
Ketiga
-Kebersihan-
Kura-kura tidak suka air kotor. Jadi rajin-rajinlah menukar airnya. Jika anda
malas untuk bersihkan dan menukar air. Anda boleh asingkan kura-kura anda
dengan cara anda adakan satu lagi bekas untuk kura-kura anda makan dan buang
bahan buangan. Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit
selepas makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang
berasingan tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya
mereka tidak buang air besar di bekas asal. Kura-kura juga perlukan
kebersihan,anda perlu memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu
sekali bagi membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi. JANGAN gunakan sabun
gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan cengkerang mereka.
Keempat
-Kasih Sayang-
Belailah kura-kura anda sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas cengkerang
lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka dan elakkan dari mencium mereka
kerana mereka membawa penyakit seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa
penyakit Samonella.
Kelima
-Berjemur atau basking-
Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka. Mereka mungkin taknak berjemur
walaupun ada batu/tempat untuk berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas
kering untuk mereka berjemur dibwah lampu. Setakat ini saya gunakan lampu
11watt yang berwarna oren untuk mereka berjemur selama beberapa jam. Pastikan
bekas yang mempunyau sisi yang tinggi jika tidak mereka akan keluar
**********
sumber : http://warkahnaluri.blogspot.com
moga kami diberi kekuatan n kemudahan untuk terus menjaga mereka..... aamiin.....
Aisha asek lah berzikir nak bela kucing..... tapi belum ada kekuatan lagi nak bela..... banyak kena fikir kalu nak bela kucing ni, inshaa Allah, satu hari nanti akan cari juga seekor dua kucing, cuma tunggu masa yang sesuai.....
dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI
k, sekian
dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI
Kalau dah jadi belaan mestilah sayang Mas. Apalagi dah bertahun membelanya. Aisya pun dah pandai dah menjaga..
ReplyDeleteala comeinya
ReplyDeletemak oiii Aisha berani pegang hah....malu aunty...lieya mase bela dulu mmg takut nak mandi kan haahhh so keje cik laki jek laa..ye laa die yg sibuk nak bela kan hehehheeh
ReplyDeletenice tips .... bagus2 .....
ReplyDeletekena rajin berus cengkerang ek ... ooo baru tau
beraninya dia pegang n cuci sndiri..
ReplyDeleteasya kt rmh ni bela hamster, ikan sekilau n kucing... tp nk pegang smua takut..hihi
ehhh...jap jew masa berlalu dah 3 tahun daa..lebih kurang sama besar dgn kura2 adik alin kak..jgn buang kak jaga lar syg sebab dah besar kan..
ReplyDeleteermmm bab kucing ni yg sensitif sket kak..
mmg syiok bela kucing tp bile kucing kite kena terima hakikat kehilangan kucing..kucing tak sama dgn binatang lain kak..kucing manja dgn tuan so bile kehilangan mmg nanges la..huhu..alynn dh takder kucing dua2 dah mati..redho sbb kucing alin tu pun dh tua..so nak bela kucing lagik mungkin tidak kot kak sbb nak hadapi kehilangan tu yg payah nyer..