^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

9.12.14

pizza jam-packed big variety box

7 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

assalamualaikum,


di kala malas memasak datang dalam diri..... maka si isteri pon pujuk si suami untuk call company delivery yang boleh tolong masakkan sesuatu untuk mengisi perut kami di kala malam hari.....

setelah 15 minit menunggu, maka makanan pon sampai di depan pintu.....





Pizza Jam-Packed Big Variety Box menjadi pilihan kami untuk mengisi perut 3 beranak.....

not bad pizza baru ni..... yang bunga tu rasa menggoda, my lil princess Aisha awal2 dah kutip bunga2 tu..... pedas katanya, tapi tetap di makan..... lagi satu cheese dia banyak, so puas la makan..... yang lain2 tu biasa la rasa dia kan..... ada mushroom soup, spaghetti, drummet pedas n garlic bread.....

alhamdulillah, dapat merasa pizza nieh.....

k, sekian

4.12.14

#throwback : Majlis Orientasi Tahun 1 2015

5 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

assalamualaikum,


 pejam celik pejam celik, dah nak masuk Darjah 1 dah anak dara aku nieh..... alhamdulillah, daftar online je untuk masuk darjah 1..... senang dan mudah sebab semua di hujung jari, tinggal pi sekolah untuk pengesahan dan last week 25 Nov 2014 dah pon dijalankan Majlis Orientasi & Suai Kenal Tahun 1 2015 kat sekolah pilihan kami.....

 sebab utama pilihan adalah dekat dengan rumah..... hihi




sampai2 pagi tu, daftar nama dulu..... lepas tu anak2 dapat kertas berwarna.....
berkumpul di tapak perhimpunan dengan mengikut warna kertas memasing, ada warna Ungu, Biru, Hijau dan Merah.....
Aisha dapat warna Biru..... so, moh la kita beratur ikut warna ye.....

 


masa ni, mak ayah semua berkumpul kat tapak perhimpunan tunggu anak2.....
semua lebih kurang ada 170 orang anak2 yang daftar untuk Darjah 1 kat sekolah ni.....
kertas warna tu untuk tentukan kumpulan sebelum ujian Saringan LINUS diadakan..... ye lah, masa ni x der lagi la pembahagian kelas kan..... just kumpul secara random jer.....

lepas anak2 beratur, berjalan masuk ke dalam kelas untuk ujian, mak ayah kena la dengar taklimat.....
 



mak ayah dilarang pergi ke kelas ye, masa anak2 ambil ujian.....
jadi, marilah kita duduk di kerusi dan dengar je taklimat yang diberi untuk pengetahuan bersama.....




taklimat disampaikan oleh Guru Besar, En Mohd Yazid.....
x boring sebab dia pandai buat lawak, tapi lawak yang berpelajaran la kan..... kalu aku buat lawak, kelain nanti jadinya..... hihi

 banyak la info yang diceritakan.....
 



yang paling penting kat sini.....
pelajar dinasihatkan datang awal ke sekolah selewat2 nya pukul 7.15 / 7.20 pagi..... sebab tetiap hari ada perhimpunan, cuma beza ada perhimpunan pendek dan perhimpunan panjang sekali seminggu..... macamana perhimpunan pendek ngan perhimpunan panjang, kena tanya pihak sekolah la ye..... 

kalu sekolah aku dulu, hari Isnin ada perhimpunan kat tapak perhimpunan reramai ada nyanyi2 lagu, ada doa, ada ucapan cikgu dan lain2 la amanat yang cikgu nak sampaikan, hari2 lain cuma beratur kat tepi kelas, baca doa je, lepas tu dah boleh masuk kelas untuk sesi belajar.....


 

ni cerita pasal bayaran pulak.....
RM30.50 dimansuhkan..... tapi PIBG RM25.00 kena bayar untuk tanggung kos selenggara sekolah yang pihak KPM x sediakan..... bayaran buku, untuk tahun 1 2015, dah pon aku beli masa hari tu juga, total RM42.30 termasuk buku komunikasi.....




hah, ni lah penerangan untuk LINUS, ujian Saringan Linus yang anak2 ambil untuk tentukan kelas hari ni.....
mungkin tiap sekolah ada lain2 pendekatan kan, tapi untuk sekolah ni, ujian adalah berdasarkan kepada pendekatan LINUS untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.....




dan sekarang, pejalar tak dinilai melalui peperiksanan..... pelajar di nilai melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)..... erm, yang ni x berapa nak clear sangat, kalu aku salah tolong betulkan ye.....
apa yang penting, keputusan anak2 boleh tengok online melalui web saps.gov.com.my.....
erm, nanti kita cuba ye, boleh ke tidak..... ;)

 sebelum guru besar mengakhiri taklimat, dia ada share rahsi pelajar cemerlang.....





Elakan Pemakanan :
Minuman berkarbonat
Perkakas dalaman haiwan
Otak haiwan
Coklat & gula2
Sisa semut
Makanan ringan
Makanan masam / pedas
Biji Gajus

Galakan Pemakanan :
Kacang soya
Kismis
Madu
Kurma
Pisang
Ikan tongkol
Kacang badam
Daging


"sebab tu lah anak2 orang Terengganu pandai2 belaka, sebab dorang makan nasi dagang, nasi dagang kan guna ikan tongkol"..... antara statement guru besar..... hihi



dah selesai taklimat guru besar, lepas tu ada taklimat dari GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum..... 
lepas tu, mak ayah tunggu lah anak2 yang ambil ujian saringan keluar dari kelas..... tugas ni aku serah kat Hubby sebab aku nak mencekik kuih yang dibeli kat luar sekolah pagi tadi..... Hubby dah makan masa taklimat tadi..... aku macam biasa la, snap sana snap sini, guna HP Hubby..... hihi




sesi menunjukan kelas kepada Papa

hah, gembira je anak dara tu keluar dari kelas ujian..... kira ok la tu kan.....
memacam aku tanya kat dia, tapi dia jawab dengan tenang je..... aku pulak yang risau lebih2..... ngeh2
statement yang paling tak menahan dari Aisha dalam banyak2 yang aku tanya adalah "tadi soalan tak ada bahasa Cina pon Mama"..... hihi, dia ingat macam kat tadika dia kut, kat tadika ada belajar bahasa cina.....

macam yang aku cerita kat atas tu, ujian ni cuma untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris je..... lain2 macam Pendidikan Islam dan Sains x der.....




sebelum balik moh la kita bergambaran kat stage dulu buat kenangan ye.....

kat sini sempat lah jumpa jiran belakang rumah, n mak ayah kepada kawan2 tadika Aisha, borak2 pasal sekolah anak2 tahun depan, perangai memasing nak masuk sekolah, barang2 nak di beli, transport ke sekolah... memacam lagi lah.....
 



dan dapat juga ambil gambar dengan Olaf..... hihi, comel je kan.....

maka, berakhirlah Majlis Orientasi & Suai Kenal untuk tahun 1 2015.....
harap2 Aisha boleh terima pembelajaran di sini, dan seterusnya membanggakan kami sekeluarga..... inshaa Allah..... aamiin..


k, sekian


2.12.14

#throwback : Majlis Graduasi & Sukan Tahunan 2014

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

assalamualaikum,

seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas, sekolah Aisha ada buat Majlis Graduasi & Sukan Tahunan Kali Ke-25..... majlis jatuh pada hari Ahad 16 Nov 2014, so tak ada masalah la nak kena ambil cuti kerja kan..... Alhamdulillah, dah graduated dah anak dara sorang nieh..... majlis di buat simpel je, sebab student x ramai sangat, tapi apa yang penting ada majlis penghargaan untuk pelajar2 yang dah pon tamat sekolah tadika kat sini..... hehe





cuma buat kat padang sekolah, di bawah kemah, x der pentas pon..... tapi tetap meriah dengan gelagat budak2 sekolah..... hihi





majlis dimulakan dengan perbarisan pelajar, lepas tu ada nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, tarian untuk lagu 1 Malaysia, lagu bahasa cina n lagu badan saya.....




dah habis nyanyi lagu, ada bacaan ikrar pulak.....



ha, ni dah siap2 pakai jubah n beratur untuk penyampaian sijil oleh pengerusi tadika.....




sesi penyampaian sijil.....




senyuman di hari graduasi walau masa ni x berapa sihat.....


 dah selesai penyampaian sijil..... ada sukan pulak..... Aisha dapat masuk 3 jenis sukan berkumpulan, 2 sukan dapat tempat pertama n lagi satu sukan dapat tempat kedua..... alhamdulillah.....






posing sikit dengan Mama ngan Papa lepas habis acara sukan.....



hadiah sukan yang Aisha dapat.....
erm, lupa nak snap fail yang dapat masa penyampaian sijil graduasi kat atas tu kan...... dalam tu ada sijil tadika, ada gambar yang sekolah ambil, ada buku n pensil..... nanti kalu ingat nak share kat sini gambar yang sekolah amek tu..... untuk kenangan..... hihi




last but not least.....
pic anak dara bergambar sebelum balik.....



hari jumaat last day sebelum cuti sekolah, ada jamuan, so cikgu cakap pakai baju biasa n pakai kasut bertutup..... seronok la Aisha nak melaram pakai baju "frozen' katanya...... bukan baju frozen pon, tapi baju jubah panjang n ada manik2, tu yang katanya baju frozen sebab panjang meleret sampai ke buku lali, siap request nak pakai cekak rambut bulu2 n tocang rambut macam elsa..... hihi layan kan je lah, janji dia seronok nak pi sekolah.....

alhamdulillah, selesai tadika, tahun depan dah darjah satu pulak..... moga Aisha boleh terima pembelajaran di masa2 akan datang..... inshaa Allah..... aamiin..


k, sekian