Pages

03 June 2014

stay 4H3M di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa


assalamualaikum,

hujung minggu lepas, opis ada buat mesyuarat yang menumpulkan semua pegawai cawangan berkaitan dari semua cawangan..... semua sekali lebih kurang dalam 40 orang..... urusetia pilih untuk buat meeting di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Terengganu..... alah, tempat yang popular dengan Monsoon Cup tu.....

so, aku nak share sikit lah pengalaman stay kat sini..... 4 hari 3 malam..... perjalanan kami dari KL naik bas melalui highway baru LPT..... gerak pukul 8 pagi, sampai hotel dalam 4 petang..... sakit badan dok dalam bas lama2.....




sampai kat hotel, lepas check-in, kami disaji dengan 'welcome drink'.....
pergh, giler menyengat air tu, aku ingat air teh O limau, minumlah seteguk, maklumlah, letih jalan jauh, nak lah basahkan tekak dengan air kan..... sekali air teh O halia daaaaa..... erkkkkk manis yang amat sangat pulak tu, setau aku orang Kelantan jerk yang suka manis2 nieh, Terengganu pon sama jugak yerk..... huhu terus aku letak balik..... x tertelan rasanya.....



 bangunan bilik kat sini..... Serambi Deluxe.....
setiap blok ada 4 bilik, 2 atas, 2 bawah..... aku stay ngan sis intan (urusetia program ni) dapat bilik bawah..... naik tangga tu, sebelah kanan bilik kami..... atas kami dak ana ngan timah..... sebelah kiri tu atas n bawah bilik penghuni luar (bukan dari group kami).....




ini dalam bilik dia..... sangat cozy bagi mereka yang betul2 inginkan privacy, semua lampu kuning, romantik jerk..... tingkap semua guna bidai atau kayu, so x boleh buka, kalu buka nanti orang luar boleh nampak..... agak lemas aku rasa sebab x boleh buka tingkap..... rasa terkepung..... huhu




bila buka pintu tu.....baru rasa lapang sikit, pintu tu menuju ke beranda..... tapi x boleh buka selalu, nanti orang x dikenali masuk kang..... bahaya tu..... kalu nak buka pintu n tutup pintu cermin tu bolehlah kalu nak cahaya dari luar kan, tapi bilik kami tingkat bawah, pintu tu plak direct dari atas ke bawah, so memang orang luar boleh nampak atas bawah kiri kanan dalam bilik tu..... kalu yang x kisah untuk open2 x pelah kan..... boleh la buka je pintu tu..... huhu


 

pandangan dari beranda luar..... ada kerusi malas 2 buah untuk rehat..... kami x guna pon..... again, x sempat..... keluar ni sekadar untuk ambik gambar jerk, pehtu masuk dalam, tutup pintu semula.....




pandangan dari atas tangga.....


 

kat luar bilik, ada set bangku untuk rehat2, kalu aku datang untuk bercuti, kompem la akan aku jelajah n guna betul2 kemudahan yang tersedia..... siap ada pokok pelam lagi tu..... boleh la petik n cicah colek sambil dok kat bangku tu makan kan..... hihi




see, buah pelam sedang membesar..... geram jer tengok, banyak pulak tu.....




toilet dia luas memanjang..... masuk pintu bilik, sebelah kiri ada ruang mandi guna shower..... sebelah kanan ada bath tub..... kami x guna pon bath tub tu..... x sempat sebab jadual pack.....



masih lagi dalam toilet..... ruang tengah antara shower dan tub tu ada 2 sink..... so kami ambik la sorang 1 sink..... hehe..... tengah2 antara sink tu ada kotak anyaman, dalam tu ada sabun, lotion, shower cap, toothpaste, sikat, sewing kit, cotton bud.....
 ada juga shampoo, sabun gel n conditioner kat ruang mandi shower.....




selain tu, ada fridge yang x berapa sejuk, mini pantry, iron n board, hair dryer, sejadah, towel, tv tampal kat dinding dengan astro, siap ada mini hi-fi lagi..... tapi x guna pon..... yang lain tu, kemudahan standard hotel la kan.....




 pandangan bilik time dah nak malam.....
masa ni baru lepas setelkan bilik mesyuarat untuk majlis perasmian malam tu.....
masa kat sini ada lah aktiviti luar yang kami buat iaitu aktiviti belayar menggunakan kapal layar yang di buat oleh salah sorang usahawan kami..... nanti ada masa aku share yerk.....

k, sekian

4 comments:

  1. tengok gambar2 resort ni ibarat syurga dunia lak rasanya...mcm taknak keluar bilik.

    ReplyDelete
  2. cantik la ... mesti rate die mahai nii

    ReplyDelete
  3. Indah khabar dari rupa shj...saya baru jer menginap di sini pd 1 ogos 2018. Servis di sini paling teruk yg pernah saya jumpa...byk peralatan di bilik dah rosak.

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah