Pages

29 May 2014

kebun SAYUR dalam pasu


assalamualaikum,


 Pokok Daun Sup
eh ke daun Ketumbar yerk..... dari pencarian maklumat kat tenet, pokok daun ketumbar lebih nipis n kecil.....  so pokok kat umah aku ni daun sup la sebab daun dia tebal2.....


Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. - wikipedia


Nama Saintifik: Coriandrum sativum (Daun Ketumbar)
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley

Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.


 tapi pokok ni dah pon mati ari isnin lepas..... sian pokok tu, aku kena belajar n cari tips penjagaan pokok daun sup lepas ni..... x kira, nak tanam jugak, sebab senang nak guna time nak masak nanti kan.....



 Pokok Pandan Junah (nama sempena nama mak)
semakin membesar..... Alhamdulillah.....


Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. - wikipedia



 Pokok Serai
ada 3 pasu kesemuanya dan semua pon gemuk2 belaka..... alhamdulillah


 Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

 harap lepas ni dapat menambah bilangan jenis pokok sayuran kat rumah..... oho ada satu pokok terung, Hubby tanam dari biji benih, daripada banyak2 benih yang di tanam, satu je yang menjadi, yang lain mati atau x jadi langsung..... sekarang baru belajar nak tumbuh bunga..... nanti kalu ada masa aku share yerk..... hehe

k, sekian

28 May 2014

kangkung KHAS UNTUK si kaloi Mai


assalamualaikum, 

salah satu cara penjagaan ikan kaloi adalah dengan memberi makan sayur-sayuran seperti daun keladi dan kangkung.....

di sebabkan macam susah je nak tanam pokok keladi kat rumah, maka aku utarakan kat mydearHubby untuk tanam pokok kangkung.....




 atas ni adalah pokok kangkung yang aku tanam..... aku tanam tau, bukan Hubby tanam ye sebab dia takut tanam pokok, nanti x hidup..... huhu, aku redha je lah..... padahal aku pon takut jugak, ye lah takut pokok x nak idup..... tapi alhamdulillah, aku tengok ok je pokok tu membesar.....

nampak besar2 je pokok tu kan..... jangan percaya tau, pokok tu memang besar masa aku beli kat kedai yang ada akar lagi, pehtu terus tanam dalam tanah kat pasu..... bukan tanam guna benih atau anak pokok tau..... hehe, x pe kan, kira halal lah sebab kalu biar simpan dalam peti, nanti layu, so balik kedai terus tanam.....

time nak bagi si kaloi Mai makan, baru potong (tengok batang yang dah pendek tu) tinggalkan batang sikit supaya tumbuh tunas baru nanti..... ha, atas tu pic 2 minggu lepas..... kira sekarang pokok tu dah kurang daun2 nye sebab bagi si kaloi Mai makan.....

ha, pokok kangkung ni di tanam adalah khas untuk si kaloi Mai tau..... kami x makan kangkung..... hehe

k, sekian

16 May 2014

kad hari ibu dari Aisha


assalamualaikum,


haha, Hari Ibu dah berlalu hujung minggu lepas kan..... patutnya entry ni keluar hari isnin ke selasa ke, xder la terlambat kan..... tapi ni dah nak jumpa hujung minggu lagi satu baru nak coret kat sini.....
x pelah, dari x der kan..... hehe, ayat penyejuk hati

so, Jumaat last week, balik dari taska, turun dari motor, kelam kabut Aisha ambil beg sekolah dia, buka n panggil aku yang tengah kalut nak buka pintu rumah, ha time tu x masuk rumah lagi tau.....  hihi

"Mama, saya ada sesuatu untuk Mama"
"ye, apa dia?"
tangan ada kat belakang, tetiba dia hulurkan kertas kat aku
"tada!!, Selamat Hari Ibu Mama"
waahhhhh, terharu nya aku..... aku ambil kad n tengok..... berbunga2 dalam hati hanya Allah yang tahu..... ye lah, x pernah dapat kad sejak kahwin.. huhu
"terima kasih Aisha, saayanggg Aisha" sambil peluk n cium pipi n dahi Aisha.....
time ni Hubby datang n tengok sama2 kad yang Aisha buat untuk aku.....
senyum jer dia..... haish, senyum jerk, x ucap selamat pon kat aku, huh sentap mak tau.....
hehe



 kad Selamat Hari Ibu dari Aisha


serius, aku sangat2 terharu dengan hasil kerja Aisha..... simple jer tapi sebab Aisha buat sendiri, erm mungkin dengan tunjuk ajar cikgu kat sekolah..... so aku rasa dah cantik dah ni.....
hati masih lagi berbunga2 sampai lah saat aku taip entry ni.....

tunggu juga kad dari Hubby, tapi harapan..... eh, tapi ritu Hubby dah belikan helmet baru untuk aku lepas wiser helmet aku tercabut..... hihi terima kasih Dera belikan Sayang helmet baru, kaler itam flat black lagik..... tu kira hadiah hari ibu + hari jadi ke aper tu..... hehe, x kisah lah kan, yang penting aku tau Hubby sayang aku n Aisha.....

hari ni hari guru kan, Selamat Hari Guru buat semua cikgu walau di mana anda berada.....
ada sesuatu untuk cikgu2 Aisha, nanti aku share yerk.....
bila?, tunggu jerk..... hihi


k, sekian


15 May 2014

kahwin - beli baby


assalamualaikum, 


hurm..... 1st entry di bulan Mei 2014..... syabas masz, syabas..... makin lama makin sikit entry ko buat yer..... 

haha, sori lah, kesibukkan teramat sangat melanda di akhir2 ini.....
maklumlah, jiran meja sebelah bercuti bersalin, so kenalah cover kerja dia kan..... kalau dia ada, boleh la kami share2 kerja, aku tolong dia, dia tolong aku..... tapi time2 sibuk ni, sape nak toloong aku?..... huwaaaaa ! windu nak update blog macam dulu, nak wat schedule post entry pon x sempat.....

banyak juga cerita tertunggak, tapi x sempat nak karang..... nasib lah nanti tetiba ada cerita yang 4 bulan lepas aku cerita kan, tapi ntah bila la pulak nak keluar cerita tu... haha, kesian kat blog aku ni, hampir nak bersawang dah.....

ok dah, cukup la bebel, berbalik pada tajuk.....
ni cerita pasal anak dara lah nie.....


**********

suatu hari bulan lepas ke ntah bila ntah, aku pon x ingat..... balik dari taska di petang hari..... macam biasa, aku pantau dia buat homework..... dan macam biasa sambil buat homework sambil dia ligat bercerita kejadian di school n taska..... meh dengar dialog kami.....
"Mama, Dafi ajak saya kahwin"
dengan muka terkejut aku pandang Aisha, dia selamber jer buat homework kan..... Dafi adalah kawan tadika n taska Aisha.....
"hah, apa Aisha?"
"tadi kat school, Dafi ajak saya kahwin"
"habis, Aisha nak kahwin ke?"
"nak!!" jawab dengan muka excited
"Aisha tau ke kahwin tu apa?"
"ye la, kahwin tu..... pakai baju cantik, baju kembang, boleh potong kek tinggi, make up cantik2 macam frozen....."
hoho, itu kahwin yang Aisha tahu.....
"ok, kalau Aisha nak kahwin, Aisha kena belajar betul2, rajin2, kena selalu tolong Mama kemas rumah, kena kerja bagus2, nanti dah besar baru Aisha boleh kahwin...... ok?"
"ok Mama....."
dialog stop takat tu, n aku suruh dia sambung buat homework.....
seram aku, budak 6 tahun dah boleh ajak kawna dia kahwin..... kawan dia tu anak aku plak tu..... huhu


**********

kejadian kedua.....
fresh malam tadi..... dalam pukul 10 lebih, aku ajak dia tidur..... macam biasa, aku suruh dia baca doa tidur..... lepas baca doa, dia lentokkan kepala kat bahu aku..... dengan lemah lembut dia cakap kat aku.....
"Mama, beli lah baby....."
erkkkkk, apa aku nak jawab nieh.....
"baby mana boleh beli sayang"
"abis tu?, Aisha nak baby"
ermmmmm lama aku pikir, x tau nak jawab apa..... terus aku suruh dia pejam mata, tidur..... esok nak sekolah.....
huhu, dah banyak kali jugak Aisha minta baby, sampai satu hari dia gosok2 perut aku n cakap, "dalam perut Mama ni ada baby"..... alahai, aku pon windu nak ada baby lagi..... moga usaha aku nak ada baby lagi akan tercapai dalam waktu terdekat ni..... aamiinn..... insyaa Allah.....


cute nyer pic google nieh


k, sekian