Pages

12 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ welcome to Allan's Water*


assalamualaikum,

  tengok peta Fraser's Hill lagi.....


next destination kami adalah "tempat nak naik bot", kata Aisha..... hihi



welcome to Allan's Water Fraser's Hill.....
 senyum lebar anak dara jalan2 tempat sejuk yerk.....
anak gembira, Mama Papa bahagia..... hehe



dengan bayaran RM6.00 untuk satu bot (2 orang) boleh lah naik selama 15 minit.....
waktu operasi
Ahad - Jumaat : 9.00 pg - 4.30 ptg
Sabtu : 9.00 pg - 7.00 mlm



ketinggian minima untuk naik paddle bot ni adalah 107cm.....
my lil Aisha ngam2 jerk tinggi dia kan..... so boleh lah naik..... hihi
Aisha naik ngan Papa kat belakang sana nun..... C.Lan (husband Usu) ngan C.Din (husband Uteh) naik berdua..... aku naik ngan sepupu Aisha, pic xder..... huhu


seronok tengok Aisha time ni..... beria2 dia nak mengayuh paddle tu, tapi apakan daya kaki x sampai..... sekejap kedepan, sekejap kebelakang dia cuba untuk mengayuh..... hehe macam comel je, macam cantik je.....



pemandangan tasik Allan..... macam menyeramkan, tapi bila dah dok atas bot dalam air tu ramai2..... ok jerk, rasa x puas tapi penat mengayuh..... so rasanya x sampai 15 minit, kami stop..... 
aku naik bot ngan anak sedara..... bagi dia pengalaman sementara cuti sekolah ni kan..... nak suruh my Mak n Abah naik, tapi dorang x mor..... just nak tengok anak menantu dari tepi jerk..... kalu dorang naik, mesti lagi best..... hehe



fish feeding.....
aktiviti lain yang boleh di buat kat sini..... makanan dijual kat kaunter, harga x ingat, RM1.00 sepaket..... erm kalu ikut ada permainan baru kat sini, water ball, tapi time kami pi x di buka..... tengah selenggara kut..... alah, mainan yang orang masuk dalam belon then boleh berjalan atas air tu.....

so, overall tempat ni ok lah, kalu ramai2 naik paddle bot tu meriah lah sikit, siap nak berlumba antara kami..... tapi kalu sorang atau berdua jerk, macam kureng sikit meriahnya..... hehe

apa pon, we had enjoyed here.....

k, sekian

5 comments:

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah