assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
eceh, panjang pulak bagi salam hari ni..... kita ambil yang lebih afdhal la kan.....
nak cerita pasal lafaz selamat sejahtera yang sikit masa ritu ada di perbahaskan..... sebenarnya saje jer jalan2 buat google search sebab nak cerita pasal aktiviti diri sendiri belum tercerita lagi..... maklum, macam masalah sedia ada aku ni..... gambo x bleh nak transfer direct ke pc melalui phone..... maka kita cerita apa yang aku jumpa kat internet la kan..... sebagai perkongsian kita bersama..... yang mana dah tau tu alhamdulillah, tapi bagi aku baru tau nieh..... tu yang nak share kat sini.....
tapi ni dalam bentuk penulisan tau..... jom baca
ni pasal penggunaan perkataan 'As Salam' atau 'Salam' yang mana satu betul dan yang mana satu salah
Jawapan Ustaz Love :
Ustaz Love tak berhasrat nak menerangkan
lebih lanjut berkenaan maksud assalamualaikum, salam, askum, akum dsb..
semuanya dah diterangkan pada blog di atas..
Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan
tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau
“as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?
Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan..
kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”..
jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan,
maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan
“as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz
“assalamualaikum”.
Lafaz “assalamualaikum” sabit
(disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita
boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan
“alaikum”.
Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24
“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“
Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..
Ini memberi maksud, sama ada menggunakan
“assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi
assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya
adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi..
tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih
utama..
Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan
as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu..
kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi
ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula,
guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar…
Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn
sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd
az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian
assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu
kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama
penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..
Maka itu, nak guna “as-salam” ke,
“salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili
“assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih
terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik
“assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”
bagus perkongsian nie
ReplyDelete