as salam,
erm, next week start 21 - 25 Oktober 2013 my lil Aisha akan ada exam kat tadika dia..... untuk setengah tahun ritu, alhamdulillah keputusan yang memuaskan..... dapat 5A 1B..... untuk hujung tahun ni, aku xder mengharap tinggi sangat, yelah, baru umur 5 tahun kan..... so, harap2 Dizaaisha Umairah dapat buat yang terbaik untuk exam minggu depan..... amin
Bismillahirrahmanirrahim
**********
Doa Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menduduki Peperiksaan
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu,
kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru
guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di
akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah
kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang
kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata
kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya
Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa
yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas.
Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki
peperiksaan ya Allah. Kami
mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan
mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari
peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan
nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema
jawapan.
Ya Allah Ya
Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas
jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih
kepada anak kami.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai
pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri
mereka kepada Mu.
Jadikanlah
anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak
kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang
baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah
dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak kami seorang pemimpin
di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya
Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya,
anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu
mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu
yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah
anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya
Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka
untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah
hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu
ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau
melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak
mampu untuk mengawasi anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak
kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya
Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau
redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau
murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com
**********
Aminn
k, sekian
good luck
ReplyDeletein sha Allah ...aisha anak yg bijak n terang hati sure dpt menjawab soklan dgn betul nanti.....bedebar2 mcm nak amik spm jek kan masz heheeheeh...skrang mmg musim budak2 pekse nieh....
ReplyDeleteall the best aisya!
ReplyDeletethanks doa tu.. slalu baca doa guna ayat sndri jek, ni boleh amalkan ikut ayat doa tu..
ReplyDeletethanks sharing for doa tu....blogwalking,jom follow dan bertukar2 link
ReplyDeletehttp://superstorevitaminhebat.blogspot.com/