as salam,
ha..... pernah dengar KWC kan..... kependekan kepada nama Kenanga Wholesale City a.k.a Kenaga..... alah tempat yang best untuk shopping baju tu.....
ini kejadian hari Jumaat 2 minggu lepas, balik dari Kuantan atas urusan yang agak penting..... sampai di KL hajat nak singgah lah di KWC ni dapat barang sehelai dua baju untuk kami anak beranak pon dah ok kan..... lepas maghrib sebelum jumpa suplier di Tesco Ampang..... ke sini lah kami..... memang sebelum ni agak dah 3 4 kali ke sini, kami pilih siang hujung minggu, maklum tu je lah masa yang ada kan..... so konon2 kali ni nak cari hari bekerja nak elak ramai orang dan alang2 sementara nak tunggu supplier kami tu..... jejak kaki ke sinilah kan.....
tup2..... bila dah sampai tengok senyap sunyi jerk..... area parking kereta masih lagi banyak kereta yang ada tapi bila masuk jer ke shop lot dalam tu..... eh, macam pelik jap..... apsal kedai sume dah tutup, kiosk kat tengah2 tu pon dah berbungkus dengan canvas..... cakap dengan Hubby, agaknya kedai atas2 ni (park kat tingkat 8) tutup awal, tinggal tingkat bawah jerk yang bukak kut..... eceh, konfiden jerk..... sampai ke level 3A kut, try lah jenguk kat celah escalator ke bawah tu..... ternyata semua kedai sampai ke tingkat bawah dah tutup..... huhu
kecewa tau..... terus Hubby cari toilet..... dah alang2 sampai, gunalah kemudahan yang ada kan..... so ke toilet lah kami tiga beranak..... macam biasa, dalam toilet xder paip (toler) air yerk..... guna bidet direct dari dalam bowl kalu nak beristinjak..... huhu
tiket bayaran parking kami.....
masa masuk : 19.51
masa keluar : 20.07
ha, berapa lama kami kat dalam tu..... 16 minit.....
bayaran : rm1.00 (kalu kat Jusco n ada kad, dapat free nieh)..... hehe
untuk menghilangkan kecewa, ambilah pic anak dara kat signboard KWC sebelum keluar.....
so moral di sini..... pastikan masa operasi shopping complex yang kita nak pergi yer kengkawan.....
Kenanga Wholesale City (KWC)
Alamat : 8-01, Kompleks Kenanga Wholesale City, No.2, Jalan Gelugor, 55200 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon : +60 3-9221 8081/8086/8382
Waktu Operasi : 10.00 a.m – 8.00 p.m
Lokasi : Pusat Bandar Kuala Lumpur
Keterangan :
Kenanga Wholesale City (KWC) antara pusat membeli-belah terkini di Kuala Lumpur. Merupakan satu-satunya pusat borong fesyen yang terbesar di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai antara lokasi pelancongan di Kuala Lumpur oleh Tourism Malaysia. Terdapat pelbagai outlet-outlet fesyen pakaian serta aksesori yang disediakan dengan kadar harga berpatutan.
Kenanga Wholesale City (KWC) antara pusat membeli-belah terkini di Kuala Lumpur. Merupakan satu-satunya pusat borong fesyen yang terbesar di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai antara lokasi pelancongan di Kuala Lumpur oleh Tourism Malaysia. Terdapat pelbagai outlet-outlet fesyen pakaian serta aksesori yang disediakan dengan kadar harga berpatutan.
k, sekian
teringin nak pegi tapi tak sampi2 lg sampai skrg
ReplyDeleteawal tutup ... ko tak wat entry aku tatau pun yg masa ttpnye pukul 8pm
ReplyDeleteAda artis korea datang eh...ramai betul yang gigih ke sana...
ReplyDeleteblom pernah smpai lg...eeehhh...jam 8 dah tutup...
ReplyDeleteAritu g xdpt shopping apepun , tutup Awal sgt ..hmm
ReplyDelete