Pages

22 March 2013

*Alice si anti kutu*


as salam,

erm, last sunday lepas selesai berjalan2 di putrajaya sempena 1 Million Women Purple Walk tu, aku bagitau kat Hubby untuk singgah kat Poliklinik Perdana, Rawang sebab Aisha dah menunjukkan tanda2 nak selsema n batuk..... so, hubby setuju jerk la kan..... hehe

masa kat klinik tu ada pulak kejadian yang tidak diingini berlaku.... sedang kami daftarkan nama Aisha untuk jumpa doktor tetiba aku dengar dia menjerit, menangis sekuat2 nya..... bila aku toleh ke belakang (arah pintu masuk) aku tengok dia mencangkung sambil memegang tangan dia..... aku apa lagi, tinggal kan Hubby dengan urusan pendaftaran di kaunter n terus pi kat Aisha nak pastikan apa yang berlaku.....




ohoh..... tengok jari telunjuk dia tu, merah membengkak sebab tersepit pintu kaca klinik..... memula aku nak pegang pon x bagi, yelah, sakit tu..... habis basah baju dia dengan air mata, aku yang tengok pon terasa sakitnya, apatah lagi budak sekecil dia yang berumur 5 tahun kan..... erm, lama jugak lah proses pujuk memujuk aku n Hubby untuk biar dia diam..... sampai masa jumpa doktor pon, air mata dia masih x kering lagi..... last2 dapat hadiah gula2 doktor bagi untuk pujuk..... "tepateeh" kata Aisha dengan perlahan.....
tepateeh = terima kasih

dah selesai doktor cek untuk dapatkan ubat selsema & batuk, aku request dari doktor untuk ubat kutu..... yelah, Aisha kan antar nursery, so mesti ada jangkit dari bebudak kat situ..... dulu masa mula2 dok nursery kat JKR tu pon dah kena, mintak ubat kat Hospital Kota Tinggi (my Uteh yang uruskan)..... kali ni kat nursery ni pon kena jugak.....

so, dapatlah ubat kutu doktor bagi.....

jenama Alices
sejenis syampu yang boleh mematikan kutu dan telurnya sekali dalam masa 3 saat selepas pemakaian.

kandungan :
1% malathion dengan 0.5% sodium benzoate

cara guna :
basahkan rambut, lumur secukupnya syampu sehingga ke akar rambut dan kulit kepala bagi menghasilkan buih.  biarkan sekurang2nya 10 minit dan kemudian bilas.
awas! ia adalah untuk kegunaan luar sahaja.  dilarang digunakan pada bayi dan kanak2 umur 2 tahun ke bawah, ibu mengandung, kulit pecah atau dekat mata.
kalu nak guna buat kali kedua, kena tunggu seminggu lepas tu, baru boleh guna sebab ai ada kandungan racun (malathion).

syampu ni ada bau lavender + limau, so wangilah kan..... sama jugak macam ubat kutu yang dapat dari Hospital Kota Tinggi dulu tu..... balik petang tu, masa mandi, terus aku suruh Aisha guna syampu ni, bukan syampu Carrie Junior macam selalu..... memula dia x nak, tapi lepas aku pujuk baru dia setuju..... aku pon guna sekali, ye lah takut2 ada kat aku jugak..... sebab kutu ni boleh berjangkit kat orang lain kan.....

harap2, lepas guna syampu ni, hilanglah kutu2 yang x diingini tu kan..... in shaa Allah

k, sekian

4 comments:

  1. alahaiii.. siannye~ merah jarinye haaa..

    setakat nih anis x de plak masalah kutu.. nanti nak try cek jugak lah kepala dia..:)

    ReplyDelete
  2. Adoii sakitnyer kak..aisha tertinggal kt belakang ke kak masa akak nak g tmpt pendaftaran..siann aisha dah ler batul selsema..cepat baik yer aisha..

    Penyakit kutu ni kt mana2 pun ada kak..alynn dulu zaman skolah rendah ms blum pkai tudung pun ada kutu gak hihi

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah