Pages

07 December 2012

*jom ke Muzium Coklat @Kota Damansara*


as salam, 


Muzium Coklat Di Kota Damansara Dibuka Kepada Orang Ramai  

KUALA LUMPUR: Muzium Coklat pertama di Asia Tenggara kini dibuka di Kota Damansara oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd.
Muzium itu dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, kata penolong pengurus besar syarikat itu, Mohd Khairudin Abdul Jalil.
Beliau berkata muzium itu yang dibuka sejak tiga minggu lepas, bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal-usul coklat tetapi juga manfaat coklat untuk kesihatan.
Demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan oleh pembuat coklat syarikat itu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Mohd Khairudin berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan coklat daripada pelbagai jenama termasuk coklat keluaran syarikat tersebut antaranya Fidani dan Danson dengan harga yang lebih murah.
"Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh membuat tempahan terus kerana kami menyediakan perkhidmatan membuat coklat untuk majlis perkahwinan,harijadi dan majlis korporat," katanya.
Beliau berkata pihaknya optimis muzium itu dapat menambah produk pelancongan negara serta setanding dengan muzium coklat di luar negara. BERNAMA -sumber-


try lah pi kat google n bukak la website dia.....

menatang ni jerk yang ada..... mungkin x update lagi kut kan.....


hurm..... macam best jerk kan.....
 buka setiap hari Isnin hingga Sabtu.....
pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.....
yang penting masuk FREE.....
hehe


diantara coklat keluaran mereka yang ada.....

coklat jenama Fidani..... sumber


coklat jenama Danson, perasa durian you..... sumber


dah, nak jamu mata lagi dengan coklat2 nieh walau bukan dari website muzium.....


k, sekian


 pssst : dah WhatsApp ngan hubby pasal muzium ni, tapi xder balasan lagi..... agak2 kertas kerja ni diterima x yerk..... huhu

12 comments:

  1. wow macam best nie
    nak terjah la

    ReplyDelete
  2. masz kalau pegi sana n kelapangan boleh kite jumpe sbb tempat tue dekat ngan rumah sy...^_^...

    ReplyDelete
  3. Aik baru tahu pasal ada muzium di kota damansara.. sebab pernah stay di kota dam

    ReplyDelete
  4. wahh nie kalau akk ke KL , harus nak terjah keja ! ;)

    ReplyDelete
  5. WAH..TERINGIN NAK PERGI,PASTU MAKAN CEKELAT SAMPAI PENGSAN..HAHAHA

    ReplyDelete
  6. Gd info...ada lagi satu tempat nk bwk anak gi jalan time cuti sek ni. Actually mak dia yg terlbh xcited sb mak dia yg antu coklet..hehehe....(mintak kebenaran kat tuan tanah nk ambik info ni leh ya...boleh sebarkan kat geng akk...bole yee)

    ReplyDelete
  7. xpernah tahu pun coklat pun ada museum.. thank for the info..

    ReplyDelete
  8. Baru balik dari chocolate museum. Mmg terbaekkkkk. Dia open hujung minggu dan mmg berbaloi lawat.

    ReplyDelete
  9. assalam,

    bunda pun baru tahu ada museum coklat...

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah