Pages

01 January 2012

*SRK tak tahan berlakon di Malaysia?*

Nama aktor Bollywood terkenal, Shahrukh Khan bukanlah satu nama asing dalam industri perfileman dunia. Malah disebabkan popularitinya itu juga telah berjaya mendapat perhatian pihak kementerian Melaka sehinggakan mendapat gelaran Datuk. 

Selepas filem "Ra One", kini Shahrukh Khan yang berusia 46 tahun ini, atau kadangkala dikenali sebagai SRK tampil semula dengan filem aksi sekuel "Don 2". Filem ini sudah pun berada di pawagam tempatan pada 23 Disember lalu.



 Sedikit temubual bersama beliau;

Ceritakan tentang watak anda dalam filem "Don 2"

Saya memegang watak utama iaitu Don yang merupakan seorang lelaki yang lahir daripada latar belakang kacau bilau. Saya juga dapat gambarkan Don sebagai karakter kartun ganas tetapi pada masa yang sama kelakar. 

Bagaimanakah pengalaman anda berlakon di Berlin, Jerman?

Ahh, itu antara pengalaman berlakon yang tidak dapat saya lupakan kerana terpaksa menahan kesejukan ketika suhu berada di tahap terendah di antara –3 ke –4 darjah selsius. Mungkin babak yang dilakonkan tampak sekejap tetapi untuk melakonkan watak tersebut terlebih dahulu pasti dilakukan berulang kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik

Anda juga turut berada di Malaysia untuk penggambaran "Don 2". Boleh berkongsi pengalaman anda sepanjang berada di sini?

Wow! Malaysia merupakan sebuah negara yang cantik dan aman. Saya berada di sini lebih kurang 5 hari dan kami melakukan penggambaran di sebuah penjara di Melaka. Suhu di sini pula terlampau panas di mana lebih kurang 40 darjah selsius. Terus terang saya akui tidak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula ianya agak berlainan dengan situasi ketika di Jerman. Selain itu juga saya mengalami kesukaran di mana Don mengenakan rambut panjang ketika berada di penjara. Ia telah menyebabkan kegatalan apabila berpeluh. Keadaan tersebut menyukarkan saya untuk menghayati watak. Selebihnya baik-baik sahaja.


3 comments:

  1. meh balik pangkat datuk kau!

    ReplyDelete
  2. ekekke kata DATUK .. x tahan panas rupenya .. hurmm x dtg lahh malaysia lagi ekkeke

    ReplyDelete
  3. panas?
    mengada2 je bunyi nyer
    slmt thn br!

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah