Pages

09 January 2012

*Kompaun RM 500 Jika Tidak Tutup Aurat Di Kelantan*

salam,


KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Sumber: budakbotak - 6 januari 2011


p/s: macam yang BB bagitau, tutuplah aurat kerana suruhan Allah bukan kerana takut kena kompaun.....
erm, sape nak jawab bila dipersoalkan di sana nanti kan.....
peringatan untuk diri sendiri jugak.....
p/s i: hari ini birthday kawan opis sebelah meja aku.....
so, HAPPY BIRTHDAY NIZAM yang ke ??.....
moga dapat bagi adik kat Adam tahun ni yerk... hehe


7 comments:

  1. rm500 tu x sm panas nyer dgn api neraka

    ReplyDelete
  2. tutuplah aurat anda!

    ReplyDelete
  3. fuh....siap ade kompaun tuuu...huhuhu

    ReplyDelete
  4. satu2 negeri ada undang2 mcm nie

    ReplyDelete
  5. pakai ler tudung kerana suruhan agama bukan kerana kompaun okeh!

    hepi besday kat kawan meja sebelah tuu;)

    ReplyDelete
  6. musti ramai yg ikhlas nanti kan? hmmm

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah