^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

28.2.11

*Jalan Jem Kat Kuala Lumpur*

1 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
alahai,
'
baru jerk nak balik.....
dah siap2 dah nie.....
tetiba dengar kat Hot.FM info traffic.....
jalan dari Royale Chulan ke Jalan Tun Razak jem.....
jalan IJN ke Bulatan Pahang jem jugak.....
'
huhu
'
x jadi balik.....
'
k, sekian
'
'

*Pemenang Lucky Draw Souvenirs Dari Sabah*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
assalamualaikum,
'
sebelum tu nak minta maaf kepada semua peserta LD SDS.....
'
janji hari ni aku nak umumkan pemenang LD yang aku anjurkan iaitu Lucky Draw Souvenir Dari Sabah kan..... tapi semalam balik dari opis lepas habis kerja di hujung minggu dah jam 9.00 malam..... sepatutnya seperti yang di rancang my lil aisha akan cabut undi 3 orang pemenang yang bertuah, but my lil aisha so so so tired..... on da way balik dalam kereta dia dah tidur dah..... sampailah ke rumah n trus sampai pagi tadi dia tidur dengan lenanya..... so tiada la cabutan undi untuk pemenang.....
'
so today aku tukar plan..... takut malam ni aku balik lewat lagi n my lil aisha dah tidur time aku sampai rumah...... aku plan nak gunakan khidmat kengkawan opis aku kat sini, kita tengok sapa yang jadi mangsa aku kat opis ni n kita tengok nama sape yang di cabut yerk.....
'
so tungguuuuuu senarai pemenang yerk..... mungkin hari ini @ esok ku akan umumkan..... insyaallah
'
k, sekian
'
'

27.2.11

*Pantun kerja di hujung minggu*

0 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
hari ahad ini,
aku kerja lagi,
dengan hubby sekali,
dari pagi hingga petang hari.....
'
hujung minggu kerja bawa my lil aisha,
hari ni hubby kata nak balik awal,
boleh lah ajak hubby pi pusat beli belah,
nak beli barang rumah.....
'
update n3 dah tengahari,
jap lagi kalu sempat nak bw sekali,
malam ni insyaallah nak cabut undi,
sapa yang kena LD SDS kami.....
'
k, sekian
'
'

26.2.11

*Taman Rawang Perdana : Day 7 renovation*

0 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
haha, hari ini kerja maaa..... tu yang boleh mengupdate n3 walaupun dah tengahari rembang baru boleh mengadap pc kat opis nie..... pagi tadi ada siaran langsung Selamat Pagi Malaysia di khemah demonstrasi kuih tradisional yang aku incharge, so jam 7.00 pagi aku dah terpacak kat opis tunggu makcik2 kuih tu stanby kat tempat memasing..... alhamdulillah, sume berjalan dengan lancar.....
'
hah, berbalik pada tajuk seperti di atas..... ini cerita 5 hari lepas, hubby cuti coz nak setelkan buka akaun di TNB yang tergendala last last week..... n there are some picture yang aku dapat on that day about our house renovation at Taman Rawang Perdana.....
'
ini gambar pada hari ke7 renovation pada 21.02.2011, bumbung depan rumah dah dirobohkan untuk pembinaan bumbung slap + tambahan bilik tingkat atas..... tiang dah berdiri 1 biji......
'
zoom sikit, ada sorang pekerja sedang sibuk buat kerja, yang lain ntah ke mana perginya time hubby ambil gambar..... jangan ngular sudah..... haha
'
zoom lagi, ha..... sebelah kiri tu rumah kami yang dah x rupa rumah, yang belah kanan tu rumah makcik yang kami panggil makcik kucing..... hehe, minta maaf makcik yea..... memang banyak sungguh la kucing kat umah makcik sebelah nie, macam yang aku cerita sebelum ni, nak masuk pintu rumah kami tu kompem kena hidu dulu haruman kucing2 beliau yang membuat onar di kawasan rumah kami.....
'
setakat ni dulu cerita yerk, ekceli pic ni hubby mms kat aku on that day hubby tengok rumah..... insyaallah akan aku update bila masa yang sesuai.....
'
k, sekian
'
'

25.2.11

*Lepas rindu kat blog*

3 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
~entry tetiba timbul~
'
'
huhu, lama x muncul kat sini, n lama itu juga lah aku x jenguk kengkawan kat sini..... sibuk sungguh2 la bila dah start promosi nie.....
'
kat opis aku ni sekarang sedang berlangsung
EKSPO HARI KRAF KEBANGSAAN
bermula 23 februari - 7 mac 2011, jam 10.00 pg - 10.00 mlm
'
tu yang aku sibuk jerk nie..... sibuk menjaga makcik2 yang buat demonstrasi pembuatan kuih tradisional..... ada kuih bahulu n muruku selangor, kuih bangkit penang, kuih karas langkawi, kuih akok kelantan, apam johol, dodol n lemang negeri sembilan dan kek lapis sarawak.....
'
kepada kengkawan yang nak rasa boleh lah datang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, insyaallah akan aku layan kalau aku x sibuk..... boleh juga nak membeli kuih tu + barang2 kraf lain yang diperbuat original di malaysia.....
'
seb baik la hari ni dah boleh mem'free'kan diri, tu yang menyelit juga masa nak buat n3 nie..... hehe
'
lepas ni nak buat n3 perkembangan renovate rumah.....
'
k, sekian
'
'

22.2.11

*Shopping di Nilai 3 dengan Aisha*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
haha, ni cerita last saturday..... aku ngan kengkawan opis si Anom n Nizam telah ditugaskan untuk membeli barang2 keperluan untuk aktiviti sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 yang akan berlangsung bermula 23 Feb - 8 Mac 2011, JEMPUT DATANG SEMUA KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR.....
'
hah, hari itu juga aku telah menggunakan kuasa veto untuk membawa my lil aisha ikut sekali untuk aktiviti shopping menyoping..... hehe, sebenarnya hubby ada kerja kat bengkel kereta untuk his 'orange', so aku ler yang kena jaga aisha n terpaksalah aisha ikut aku pi shopping merangkap kerja..... sehari suntuk kami dok shopping di Nilai 3, Negeri Sembilan nak mencari barang2 keperluan.....
'
so, x nak taip mukadimah panjang2..... biar gambar bercerita.....
'



aku, Aisha n Anom dok seat belakang n Aisha syiok jerk main sikat2 rambut aunty Anom..... aunty Anom pon layan jerk.. hehe

'
dalam perjalanan ke Rumpun Damai Nursery (RDN), Sungai Buloh, Selangor..... Sungai Buloh merupakan hub bagi pembekalan keperluan dan perkakasan nursery..... so boleh dapatkan pelbagai jenis pokok dan hiasan taman untuk pelbagai kegunaan..... boleh juga di sewa dengan kadar yang sangat2 berpatutan.....
'
'

Aisha n uncle Nizam sedang perhati kuda makan.....

'
setel tempah pokok hiasan untuk disewa, kami singgah sekejap di taman jagaan haiwan milik tuan punya RDN, Aisha sangat2 lah teruja tengok kuda2 kat dalam kandang tu, seb baik masa kami sampai tu waktu tengahari n time kuda tengah makan, kalu waktu petang, musti Aisha dah boleh naik kuda hari tu..... huhu
'
'

wah, aisha dah pandai posing..... sekarang ni pantang jerk aku kuarkan HP, musti dia dah stanby nak ambil gambar..... hehe best best.....
'
'

see, sekali lagi Aisha posing bila aku suruh bergambar..... masih lagi di taman jagaan haiwan milik RDN, Sungai Buluh.....

'
'
selain dari kuda n burung emu, kat situ ada ular, burung, itik n kambing..... lepas puas jamu mata tengok haiwan2 tu, selain menghirup bau2an yang ehem ehem..... kami teruskan perjalanan ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk cari tikar lampit Sarawak..... n alang2 dah ada kat sana, kami trus jerk beli barang2 keperluan lain kat kedai borong keperluan rumah..... 1 hari jugak la Aisha ikut kami shopping kat Nilai 3 tu..... sungguh puas hati walaupun penat.....
'
sampai opis dalam pukul 5 petang, hubby x setel lagi urusan kat kedai kereta, so aku tunggu je al hubby kat opis untuk pick up..... hah!! dah puas menunggu, hampir jam 10.00 malam baru hubby sampai..... huhu penatnya.....
'
dah lah penat berpanas kat nursery, then pi taman haiwan panas jugak, lepas tu shopping kat Nilai 3 pon berpanas lagi ler..... Aisha sempat juga la tidor 2 jam dok dalam kereta, seb baik ada aircond, lena tol Aisha tido lepas penat bershopping..... Alhamdulillah, my lil Aisha x meragam sikit pon, cuma kalu penat berjalan, dia akan minta dokong..... aku ler pulak yang penat..... huhu, but overall, that saturday is ok for our shopping time.....
'
k, sekian
'
'

21.2.11

Lucky Draw Souvenir Dari SABAH : TAMAT

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
assalamualaikum,
'
x boleh nak taip bebanyak..... banyak keroje menanti nak kena setelkan nie..... dari pagi x dok kat tempat, asik ler naik turun opis layan kontraktor, layan peserta demo, layan electrician, layan supliers..... huh penat.....
'
nak tengok peserta tambahan LD S.D.S x bole coz line tenet slow ler, x boleh nak buka comment box.....
so, online kejap jerk n update,
'
!!!TAMAT!!!
'
insyaallah akan aku gagahkan jugak cabut undi malam ni n umum keputusan esok..... tu pon kalu sempat mencelah sekejap dari buat kerja yerk.....
'
k, sekian
'
'

Lucky Draw Souvenir Dari SABAH

33 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
~sticky entry until 21 February 2011~
~new post scroll down~
'
'
'
'
assalamualaikum & salam 1 Malaysia
'
mood bercuti n aura sabah masih ada dalam diri ini, hoho
so maszmadi.blogspot.com bermurah hati nak berkongsi souvenir dari negeri di bawah bayu
'
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
secara rasminya Lucky Draw Souvenir Dari SABAH dilancarkan di blog ini
'
caranya mudah sesangat:-
'
firststly kene la follow blog ini yerk
'
pastu tinggalkan komen korang di post ini dengan menaip
"NAMA nak souvenir dari sabah juga, jemput melawat saya di URL ADDRESS"
'
NAMA perlu ditukar dengan nama anda dan URL ADDRESS perlu ditukar dengan url address blog anda.
e.g
"maszmadi nak souvenir dari sabah juga, jemput melawat saya di maszmadi.blogspot.com"
'
camane, senang x?
x perlu letak banner di blog memasing, x perlu buat n3 n x perlu tepek gambar bagai
'
LD ini akan bermula pada 7 Februari 2011 jam 11.30 tgh dan
akan berakhir pada 21 Februari 2011 jam 11.30 tgh jugak, k
pemilihan penerima souvenir akan dipilih melalui cabutan, dah kata lucky draw kan.. hehe
'
'
k, selamat meninggalkan komen
'
'

18.2.11

*Mini Promotion Hari Kraf Kebangsaan 2011*

0 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
muahaha,
'
tengahari suda..... baru nak buat 1 n3, x per la kan, bukan ramai pon nak tau isi kandungan blog aku nie..... huhu
'
hm..... ponek la koroje hari nie..... asik kol orang jerk dari pagi tadi, naik bingit telinga aku, kalu orang x kol aku, aku yang akan kol orang tu..... n selalu yang jadi mangsa aku untuk kol orang luar adalah Mai, coz dia la harapan aku nak kol outsider.. hehe bagus budak Mai ni, rajin jerk angkat phone walaupon rasanya dah lali dah telinga dia ngan bunyik ringging phone tu kan..... hidup Mai!.....
'
ini semua gara-gara

'

JEMPUT DATANG YERK KENGKAWAN

ada pembetulan sikit, tarikh promosi adalah pada 23 Februari - 7 Mac 2011, perasmian adalah pada 24 Februari 2011.

'

aku + nizam kat Bahagian Usahawan ni ditugaskan untuk arrange Demonstrasi Kuih Tradisional. Jadi kelam kabut sikit ler coz sebelun aku deal dengan usahawan kraf jerk, tetiba nak kena kenal ngan chef2 tradisional plak..... yang aku tau chef Dani Mirza dalam cerita Tiramisu TV3 tu jerk..... haha, melalut suda.....

'

ok lah, x per..... janji 1 hari dapat upload 1 n3 udah ler kan, wat lepas gian nak tekan2 keyboard nie..... hehe, nak kata blog addict x der la sangat, nak kata isi masa lapang lagi ler jauh arang dari sabut...... haha dah masuk cerita pasal masak kuih akok plak.....

'

so, nak BW jap, dah seminggu x jenjalan umah kengkawan, cakap jerk nak jenguk, tapi x sempat jerk memanjang.... sowie yerk..... bz yang sungguh2 nie.....

'

k, sekian

'
'

17.2.11

*TNB Rawang Ofline..... arghhhh! tension*

4 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
pergh!, tension gilerzzzzz kami semalam petang..... dah lah bukan senang2 jerk nak balik awal kan, pastu nak ke Rawang dari KL bukan dekat pon..... korang bayangkan kami gerak dari KL naik motor jerk, di waktu tengahari untuk sampai ke Rawang..... sanggup aku x lunch coz takut x sempat nak sampai n berurusan di situ... huhu menggigil2 kaki aku ikut getaran tayar motor bile jejak lantai TNB Rawang tu.....
'
dah sampai pejabat TNB Rawang tu, tengok kat kaunter..... apsal x der orang laks..... rupe2 nyer ada tertampal notis "Harap Maaf, Sistem Kami Ofline Dari Jam 12.00 tgh - 6.00 ptg"..... huwaaaaaa! x setel jugak la urusan kami nak buka akaun kat TNB.....
'
isk! geram sungguh la aku..... boleh x minah kaunter tu, "Maaflah cik, kena datang lain hari kerana sistem kami offline, kami tak boleh nak register permohonan encik, datang hari lain ya", "Nanti encik datang ke pejabat kami, kami akan check permohonan, lepas tu encik kena beli setem hasil", "Tapi encik tak boleh beli dulu sebab kami kena check dulu berapa banyak setem hasil yang encik nak kena beli, lepas tu baru encik beli untuk kami proses permohonan encik kat sini"..... haha, suke nyer aku n hubby dengar minah tu cakap cenggitu..... maknenyer kami kena balik awal @ datang lewat @ cuti trus 1 hari nak uruskan dengan TNB nie.....
'
hah!! keluar jerk dari opis TNB tu, hubby berdiri kat sebelah motor sambil mulut membebel coz rasa masa membazir setengah hari nak datang TNB nie..... tapi x dapat buat pape kat sana..... nyesal betul kuar opis tapi x setel jugak urusan kami.....
'
dah lah TNB bagi masa 3 hari jerk nak buka akaun, kalu x..... letrik kena potong..... huhu!!!!! tergendala lah kerja2 renovation rumah kami tu..... isk, geram x habis lagi ni..... dah 1 jam masuk waktu kerja..... sehingga waktu n3 ni publish..... aku nak buat kerja kat opis ni pon x der mood.....
'
TENSENNNNNNNN!!!
'
k, sekian
'
'

16.2.11

*LD S.D.S : Update senarai peserta sehingga 16 Februari*

1 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
salam,
'
hari ni baru sempat nak update peserta2 yang join LD S.D.S blog nie yang akan berakhir pada 21 hb nie..... cabutan seramai 3 orang yang bertuah akan di buat oleh my lil aisha pada 22hb n result akan di umumkan insyaallah pada 23hb sempena..... x der tarikh pape pon..... hehe
so ini senarai yang aku dah listedkan..... kalu ada yang tertinggal, tolong inform yerk.....
'
'
sekarang ni aku sedang berjalan2 jenguk2 rumah2 kengkawan yerk..... mana yang sempat lor..... hehe
'
k, sekian
'
'

*Taman Rawang Perdana : Day 1 renovation*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
alhamdulillah
'
semalam 15 Februari 2011 adalah cuti Maulidul Rasul n semalam juga bermulalah kerja2 renovation rumah kami di TRP..... see pic below.....
'
kalau sebelum ni, depan rumah dekat ngan gate tu ada pokok buah mata kucing besar punyor..... semalam pegi tengok dah clear dah pokok tu, pokok pelam kat belakang umah pon dah x der..... n nampak x tong bancuh simen tu..... ntah apa namanye kan, dah dok tertonggok depan umah..... semalam lepas pi tengok umah tu, kami pi singgah kedai mamak kat area rumah tu coz nak discuss further pasal reno. rumah tu ngan kontraktor..... discuss pasal brape banyak plug point nak guna, lampu, kipas punca air n so on n so on.....
'
balik jerk dari discuss, aku cadangkan pada hubby untuk survey lampu2 yang nak di pasang kat umah tu..... n hubby setuju..... habis sume kedai yang ada kat area Centrepoint Business Park kat Batu Caves kami terjah..... n kami puas hati dengan harga2 yang di tawarkan di situ..... cuma kena mix n match la, beli lampu outdoor kat kedai lain, lampu indoor kat kedai lain, kipas kat kedai lain..... but still dalam family design yang sama.....
'
hari ni aku minta kat bos nak balik awal..... alhamdulillah bos benarkan, coz nak uruskan buka akaun TNB, nanti karang kena potong lak karen..... camne kontraktor nak wat keje, karang x siap umah kami tu susah lak..... dah berkobar2 ni nak dok umah baru..... tapi barang kat umah sewa sekarang x kemas lagi..... huhu, sape nak tolong kemas nie..... aisha????? tolong kemas gak, tapi kemas kot lain ler..... hehe
'
k, sekian
'
'

14.2.11

*Ampun maaf di pinta*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
banyaknyer kerja.....
x sempat nak blogwalking!!
nak blogjumping pon x sempat!!
'
sori kengkawan.....
'

'

*Rumah Taman Rawang Perdana : Bajet yang telah dipersetujui*

6 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
Alhamdulillah, kami [aku n hubby] di khabarkan oleh kontraktor yang akan buat renovation rumah kami di TRP, Rawang yang dia akan mula kerja hari ini..... semalam kami dah pon bagi duit tanda, kira confirm kami akan guna khidmat dia sebagai kontraktor rumah kami..... n hari ini kami akan serahkan sebahagian baki untuk cukupkan 30% sebagai wang deposit untuk kerja2 reno rumah kami tu.....
'
bersyukur sesangat dapat deal dengan abg azhan..... hari sabtu discuss n ukur rumah, ahad dapat quotation n confirm, hari ni dah mula kerja..... harap2 siap hujung bulan ni seperti yang dijanjikan n boleh lah kami dok umah kami sendiri bulan depan..... insyaallah.....
'
k, nak cerita pasal quo. yang di beri n camaner kami boleh trus setuju dengan harga yang diberi..... x macam kontraktor sebelum ni, dah la harga melampau, cara deal pun x mesra alam, tau la dia dah femes dalam kerja2 renovate rumah nie..... tapi...... ok dah, x mor lari tajuk.....
'
sikit2 jer la kami kongsi berapa harga yang abg. azhan letak yerk, x per kan..... coz harga tu pon musti ada perubahan kan, dah kata pon quotation...... so, see below.....
'
1st, untuk kerja2 kat depan rumah iaitu buat bumbung slap, pecah n pasang tembok, tiang roman, pasang pagar wrought iron sliding, longkang, pasang grill sliding + pintu n cuci tiles garaj = sume RM32k ++
'
2nd, kerja2 buat tambahan dapur termasuk tambah bilik, tiles + skirting + rende [hm, ingat baju jerk ada rende, rumah pon ada, hehe] n tingkap = sume RM7k ++
'
3rd, kerja2 untuk bilik master iaitu tambahan saiz 10' x 10', pintu bilik n pintu balkoni + tingkap = sume RM7k++
'
last but not least adalah kerja2 wiring, plumbing n baiki bumbung + dinding = sume RM14k ++
'
so, total adalah dalam RM69k ++ n harga itu adalah dalam bajet kami + buat pelan rumah n submit kat majlis akan dia uruskan n tiada charge..... tu yang x pikir panjang, trus confirm n esok (hari ini) boleh mula kerja..... lepas ni kami kena berkira2 pulak nak sediakan keperluan hiasan dalaman i.e lampu, kipas, kaler cat, toilet equipment n water heater untuk dorang pasang sekali di akhir kerja2 reno.....
'
x sabar nak dok umah sendiri ni..... semangat membara, tiap2 hari tengok majalah berkaitan rumah walaupon majalah yang sama, haha.....
'
k, sekian
'
'

13.2.11

*Rumah Taman Rawang Perdana : Alhamdulillah, dah confirm kontraktor*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
Alhamdulillah, dah setel discuss ngan kontraktor pagi tadi pasal quo. yang dia bagi untuk reno umah kami kat TRP..... tangok harga yang di beri, trus kami setuju n mungkin ada sikit tambahan @ kurangan di akhir pembayaran setelah selesai sume kerja2 reno..... discuss cuma di tepi kreta di luar rumah kami di TRP tu coz ada kreta jiran sebelah park kat depan pagar, so kami x boleh mencelah nak masuk umah..... sesuka jerk park kreta dia kat depan umah orang kan..... tapi x per, lepas ni jangan harap aku nak bagi park kreta ko kat depan umah aku tu..... haha, niat dah jaat nie.....
'
balik pada cerita kontraktor, abang azhan memang sempoi la discuss ngan dia..... kenak dia pon dari mudah.my jerk, almaklumla, hubby memang pelanggan setia laman sesawang tu, sekarang ni nak shopping pon hanya di hujung jari jer kan..... ops, lari tajuk lagi.....
'
so, berapa yerk quo yang kami dapat untuk reno rumah kami tu, apsal trus konfirm jerk, x discuss lagi ker kalu2 ada perubahan..... hehe kami akan discuss dari masa ke semasa..... nak tau harga berapa, insyaallah, sok akan aku update yerk.....
'
kira kalu bagi orang2 yang nak kahwin kan..... proses merisik dah kami buat semalam, hari ni dah pon hantar tanda pada pihak yang nak di pinang..... sok kami akan pinang trus lah pihak tersebut..... then baru lah boleh pihak tersebut bersedia dengan kerja2 yang perlu sebelum ianya menjadi hak kami sepenuhnye..... insyaallah awal bulan depan dapatlah kami hak itu.....
'
weehuuuuu! x sabarnya nak dok umah sendiri.....
'
k, sekian

*Ally Iskandar + Nur Aishah Zainal Bertunang*

0 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
Ally Iskandar - Pengacara TV3
credit to RADIOKITA
'
'
Tahniah buat Ally Iskandar kerana telah selamat bertunang dengan Nur Aishah Zainal pada 11.02.2011. Setelah sekian lama tertanya2 n berkira2 plus lagi dengan gosip2 cinta Ally dengan artis2 Wanita di Malaysia ini, akhirnya Ally berjaya melenyapkan cerita2 tersebut dengan berita pertunangan beliau dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama yang pernah dikatakan murtad pada zaman sekolahnya...... Nak tengok pic tunang Ally..... see da pic.....

Nur Aishah Zainal - Naib Juara Gadis Melayu musim pertama
credit to mStar online
'
'
aku tumpang gembira untuk mereka berdua, moga kekal hingga ke jinjang pelamin.....
ameen

gambar pertunangan mereka
credit to beautifulnara
'
k, sekian
'
'

12.2.11

*Rumah Taman Rawang Perdana : Bajet Ubahsuai Rumah*

10 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

huhu, beberapa hari yang lepas aku baru jerk dapat quotation dari 1 company untuk renovate umah baru kami kat TRP tu kan..... nak tau brape quotation yang kami dapat??? hehe sila jamu mata dengan nombor2 kat bawah yerk.....

ha, sebelum tu, see pagar our house to be dulu yerk..... wat lepas windu nie..... hehe
'
- tebang pokok + bersih kawasan (depan n belakang) = RM2k
- ground beam untuk tiang + kerangka besi (depan n belakang) = RM20k
- slap baru untuk sambung pada umah lama (depan n belakang) = RM15k
- pasang batu bata + simen tingkat atas n bawah = RM14k
- pasang tingkap sliding 2 daun tingkat atas n bawah = RM4k
- ubah suai bilik air + kelengkapan + tile (2 unit) = RM16k
- plaster siling kat dapur baru + tambahan bilik MB = RM9k
- pasang tile kat dapur + ruang makan + bilik MB + bilik baru + garaj = RM20k
- cat dinding dalam + luar (termasuk siling atas n bawah) = RM7k
- ubah suai n pendawaian + testing (x termasuk lampu) = RM3k++
- pasang awning = RM8k
- pasang pintu + tombol + kerja mengecat = RM1k
- ubah suai pintu pagar n tembok = RM1k++
'
ku kira2 sume2 tu adalah RM120k ++, untuk rujukan ukuran tambahan umah adalah 20' x 10'..... weehuuuuu! lebih bajet maaaaah, aku bajet RM60k jerk..... tapi ada jugak la item2 yang x perlu di buat tapi di masukkan jugak dalam quotation tu..... hm, nampaknye nak kena adjust n discuss semula la dengan kontrator tu + cari juga company lain untuk renovate umah kami di TRP tu.....
'
insyaallah hari ni kami nak deal ngan 1 company kontraktor untuk dapatkan quo. reno. umah kami + lepas windu pada umah kami tu..... dah beli tapi x dok umah tu.. huhu sedey gak nie.....
'
bila la boleh kami dok umah tu yerk..... x sabar dah ni.....
'
k, sekian
'
'

11.2.11

*hajat nak BW peserta LD Souvenir Dari Sabah tak kesampaian*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
huh
'
ingat nak BW umah kengkawan yang join LD aku tu..... tapi x boleh terlaksana pulak..... nak bukak comment box pon x boleh ler..... so, apa yang aku buat pada waktu lunch yang panjang ni adalah BW kengkawan yang ada dalam bloglist..... tapi x boleh la sume kan, nak bukak satu2 page pon bende bulat2 (searching) tu muncul lama tau..... n nak tinggal komen pon x boleh buka comment box korang..... huhu kiciwa aku.....
'
tp x per, kat sini aku ada track kan umah kengkawan yang aku sempat jengah tengahari ni..... nak kuar jenjalan x der mood.....
'
'
hehe, ada yang cerita pasal ada karnival kat putrajaya - cam best jerk kan, cerita pakai baju time pregnant sekarang, cerita masakan - teringat masakan mak kat kampung la plak, cerita makan2 ngan kengkawan opis, cerita sambutan birthday seseorang - heppi bday, cerita makan sate - nyum2 sedapnya n ada jugak cerita manusia buat plastic surgery nak jadi anjing - nauzubillah.....
'
sorry yerk kengkawan aku x tinggal kan komen kat CB korang, bukan x sudi n bukan niat nak jadi silent reader, tapi line tenet yang very de slowww time lunch nie..... mungkin lain kali yerk.....
'
pada yang x der dalam senarai tu bukan aku x jengah umah korang, tapi jap2 lagik yerk..... jap lagi bos ada meeting kat atas, so aku try bukak yang lain2 tu yerk, mungkin time tu nanti dah boleh buka CB kat blog, baru la best nak lawat umah kengkawan kan..... hehe, tungguuuuu
'
k, sekian
'
'

*Mini I-City Jusco AU2, blogger bersiaran sebentar pagi ini*

1 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
haha, tajuk x boleh blah.....
'
aku ler tu, dapat on air sekejap jerk ni sementara bos ada meeting..... haha bahagian jap.....
'
just nak share yang malam tadi kami dinner di Jusco AU2, Setiawangsa..... tapi bukan nak share apa yang kami makan, kami makan kat Marrybrown jerk..... tapi aku nak share I-City versi Jusco.....
'
sungguh teruja aku tengok area laman kat Jusco AU2, Setiawangsa malam tadi, wajah telah bertukar menjadi mini I-City umpama I-City di Shah Alam, penuh dengan sclupture haiwan berlampu siap ada pancuran air yang kuar dari bawah n open for people..... mungkin orang lain dah tau sebelum ni tapi aku baru tau malam tadi coz dah sebulan x ke sana.....
'
tapi sayang, x bawak camera n no picture..... insyaallah lain kali akan aku abadikan gambar di situ..... so, sesapa nak rasa mini I-City + main air, jemput la ke Jucso AU2, Setiawangsa, KL yerk.....
'
nak BW bagi peserta LD souvenir dari Sabah jap mana yang sempat, pada yang belum join..... jemput yerk, ada lagi 1 minggu sebelum tarikh tutup.....
'
k, sekian
'
'

10.2.11

*Dah separuh perjalanan waktu lunch, makan kuih jerk nie*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
assalamualaikum,
'
dah separuh waktu lunch rupenye..... aku baru jerk abis diskas ngan TP pasal bajet2 tahun ni..... rasanya awal taun ritu dah ada buat perancangan dah..... tapi ni kena ubah suai pulak ngan aktiviti promosi..... hadoi pening kepalo mokcik.....
'
masuk hari ni dah 4 hari berturut2 aku ngadap bende nie..... asik ler ubah sane, ubah sini, jap nak format ni, jap nak format tu, karang tukar colum, karang tukar tajuk..... bende isi dalam sama jerk..... huhu
'
kiranya, kalu esok buat bende ni..... makanya seminggu direct aku ngadap bende nombor2 ni, duit juta2, tapi bukan duit aku pon..... n yang x bestnya, aku bukan di bawah unit operasi n kewangan, aku dok bawah unit pembangunan yang laksanakan aktiviti n projek teknikal..... tapi ntah camane aku terlibat lak dengan duit2 ni..... huish
'
buat jer la kan..... dah arahan, biar dapat gaji berkat..... bebel bebanyak pon keje tu kena buat gak, x kan nak melawan bos plak, nanti doa x berkat (hehe, baru jerk baca nota kat meja dak opis timah jap tadi).....
'


salah satu aktiviti kami di Pantai Tanjung Aru, Sabah

'

'
k, sekian
'
'

9.2.11

*Terjebak balik lewat lagi hari ini*

0 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
huhu ingatkan nak balik awal coz dah dua hari aku balik lewat sampai 7.30 malam baru leh ambik lil aisha.....
'
tapi hari ini sekali lagi kena balik lewat, bukan kerana kerja macam 2 hari sebelum nie..... tapi kerana hubby nak main badminton sebelum gelanggang ditutup untuk persiapan promosi HKK2011 di opis nie..... huhu
'
tapi xder la balik lewat sangat..... insyallah jam 6.30 petang nanti dah boleh ambik lil aisha dari umah 'umi' pengasuh..... weehuu!! harap x ujan...
'
'

*Hajat nak berblogwalking tak sesampaian, tenet slowwwww*

1 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
haha, dah abis waktu lunch dah..... tapi x sempat nak berBW..... bukan saje2 x nak jenjalan umah kengkawan, thanx pade kengkawan yang datang berkunjung umah hamba yang x seberapa nie..... tapi ni sume line tenet punya pasal..... huhu
'
maklumla time lunch, mungkin masa ni la orang2 nak bertenet jugak kan..... tapi sebelum ni ok jerk..... ari ni lain macam lak slowwwww nyer tur..... dari lepas buat n3 1st tadi sampai nak abis lunch dah..... 1 umah kengkawan pon aku x sempat nak berkunjung..... sume bulat bulat bulat jerk..... ha, maksudnye searching ler tu..... haha
'
so, dah abis waktu lunch, kena sambung keje balik, kena sambung diskas ngan asst. bos balik yang tergendala waktu lunch tadi.....
'
k, sekian
'
'

*Waktu lunch, satu entry*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
haihaihai,
'
masa lunch dah rupenyer yerk..... baru lah sempat buka internet nie la..... hadoi, ape la yang aku buat dari pagi tadi yerk..... ni sume angkara lanjutan kerja2 semalam n semalamnya..... huhu
'
dah la 2 hari berturut balik lewat..... hari ni sambung lagi kerja semalam yang dah setel sebenonyer tapi bos mintak fit-in kan dengan takwim aktiviti promosi la pulok..... ha, mencari n berkira2 kena tukar tarikh la pulak..... habis sume perancangan yang kami buat selama 2 hari..... huwa!!!!!
'
tapi x per, setakat ni aku masih boleh bersabar lagi..... 3 hari ngadap bende yang sama, asik ler main nombor, RM n tarikh 2 yang memeningkan kepala..... bayangkan 1 bulan nak kena buat 6 aktiviti lain2 di negeri lain2..... hah!! poneknyer mokcik..... mintak2 hari ni boleh la balik awal.....
'
tu baru perancangan, belum laksana lagi..... mau badan kena belah 6..... haha, seb baik la 1 group ada 5 orang..... so, kena pecah2 la kami ni nak berjalan outstation lagi lepas nie..... hehe, sekali lagi menjadi harapan aku supaya tidak di hantar negeri yang jauh2 cam last project..... ameen
'
nak BW jap mana yang sempat..... jangan lupa join LD aku kat SINI yerk
'
k, sekian
'
'

8.2.11

*Penatnya kerja hari nie..... lunch makan buah jerk*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
huhu,
'
penatnya hari nie..... dari pagi tadi asik diskas diskas diskas..... biasenya kalu kucing ada meeting, tikus boleh la berkeliaran dengan sewenang wenangnya kan..... tapi tidak bagi aku n kengkawan seopis pada hari ini.....
'
ni sume adalah lanjutan daripada meeting petang semalam yang abis jam 7.00 malam..... haha, meeting abis jam 7.00 malam tu..... sian kat aisha kena dok umah 'umi' pengasuh sampai memalan kan.....
'
ari ni sambung lagi meeting petang semalam yang tertangguh, tapi bos xder coz dia ada meeting lain ngan pihak pengurusan..... ingat bos meeting, boleh la aku berjimba2 kat bawah ni..... tapi x boleh jugak coz abis meeting, bos nak tengok hasil perbincangan kami nanti..... hah! sume orang kelam kabut ler siapkan perancangan baru untuk projek akan datang selama setahun..... huhu
'
alhamdulillah, group aku dah hampir siap, cuma kena perkemaskan lagi jerk perancangan kami tu..... lepas lunch ni bos nak tengok sekali ngan kos yang nak digunakan..... hurm, kalu tengok perancangan yang dibuat, macam akan ada lagi jerk kerja2 outstation nie..... huhu harap2 bukan aku la yang kena pi jejauh tu..... x mor dah la.....
'
lunch..... makan buah jerk, kuih beli pagi tadi pon x abis lagi dek penangan diskasen yang dibuat..... huhu, sambil makan buah nak BW umah kengkawan jap sebelum sambung keje semula.....
'
k, sekian

7.2.11

*Dah mula kerja semula dah*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
haha, dah tengahari baru nak buat 1 n3..... dari pagi tadi sampai trus jerk buka maklumat2 yang di bawa balik dari sabah, maklumat ape yerk, hehe rahsia kerajaan..... huhu rahsia la sangat.....
'
hm, lepas seminggu bercuti, bertunggang tunggek ngan lil aisha kat umah, rasa macam x cukup lagi jerk cuti..... tapi nak wat camne kan, x kan asik nak cuti jerk, kene la kerja, kalu x keje sape nak tolong bayarkan hutang PTPTN aku nie..... huhu insyaallah lagi 2 taun abis da utang tu......
'
hm, mood kerja masih di cari2 di sini...... kat bawah meja ker? kat tepi kerusi ker? kat dalam tray fail ker? kat belakang pc ker?..... huhu dah jumpa separuh, tapi lagi separuh tenga carik ni nak biar full tangki mood kerja..... biar rasa seronok jerk kerja nie kan, biar ikhlas..... haha ape aku merepek da.....
'
'
'
hah! see da pic, ini adalah salah satu pic yang diambil kat sabah last 2 week bersama klik yang bersama2 pi sana untuk kerja..... haha, kerja ke melaram?..... sambil menyelam minum air kata orang kan..... hehe, chuppp! letak 1 pic dulu erk..... nanti kita kongsi yang lain2 pulak...... saje wat panas enjin.. haha boleh gitu.....
'
x mor bebel bebanyak, coz nak sambung cari mood kerja nie.....
'
pssssst,
nak tau?? aku baru tau pagi tadi..... ingat x pasal n3 aku
pasal seorang
pegawai yang dinaikkan pangkat tapi tak tau buat kerja, sebenarnya pegawai tu tak pernah pon n tak tau buat kertas kerja @
nota makluman rupenyer, patut arr suoh orang lain buat..... cheh nama jerk
pegawai tapi x nak usaha buat sesuatu yang dia tak tau.....
'
k, sekian
'
'

6.2.11

*Akhirnya hajat bawa Aisha berbasikal di tasik tercapai, TAPI.....*

1 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
~entry panjang tanpa gambar, harap jangan bosan~
'
'
tu lah kan, dari sehari ke sehari aku bercadang n merancang nak bawa my lil aisha ke Taman Tasik Titiwangsa, KL untuk berbasikal walaupon dia x pandai mengayuh lagi, tapi aku rasa selamat sikit kalu bawa dia berjalan ngan basikal tu di taman coz dia x der la terkejar2 nak main kat playland yang tersedia kat setiap taman yang ada kan.....
'
macam2 halangan yang datang, ekceli bukan halangn sangat pon tapi, dengan jalan sesak la, dengan ujan turun la, dengan hubby keje x balik la, dengan x der parking la n memacam lagi la.....
'
n semalam, akhirnya hajat itu tercapai..... Alhamdulillah, lepas tengok Wonderpets, memang jadi kebiasaan aisha akan tidur, n hubby pon x pi keje kan..... so, sambil layan aisha tengok Wonderpets sambil la aku n hubby siap2 kan diri nak gerak pi Taman Tasik Titiwangsa..... apa yang kami siapkan...... siapkan diri kami jerk, pi mandi, solat, panas enjin kereta..... hehe
'
habis jerk Wonderpets kat tv, aku pon siap tukar baju aisha, time ni mata dia dah kuyu nak tido dah..... huhu, then bile kami siap tutup sume tingkap nak kuar aisha dah tido pon..... x kan la nak batalkan hajat kami nak pi Taman Tasik Titiwangsa kan, mane boleh..... x kira, aku angkut jugak aisha masuk dalam kereta, seb baik dia x terjaga..... nak jadi alasan biar aisha tido lama, hubby ambil kesempatan singgah opis jap tengok status khemah for Hari Kraf Kebangsaan yang jadi tanggungjawab dia..... so, lama jugak la aisha tido.....
'
sampai di Taman Tasik Titiwangsa, kami rasa seronok sangat..... cheh! cam x penah sampai jerk..... bukan ape, parking memang clear, x payah nak round 2 3 kali cari parking..... ye lah, baru jam 4 petang, time ni musti orang lain tengah siap2 but kami dah sampai..... hehe sampai, trus jerk kami pilih parking kat Restoran Nelayan, dekat sikit ngan playground, kut2 la aisha nak main kan..... n secara otomatik aisha bangun, macam terbau2 jerk Taman Tasik Titiwangsa kat idung dia..... trus segar bugar n stanby nak turun kereta.....
'
ok, hajat kami tercapai sudah, Alhamdulillah, sampai jugak kami kat Taman Tasik Titiwangsa ni nak bawa aisha main basikal walaupon dengan bantuan kami baru basikal tu bergerak..... haha, so kami pon mulakan aktiviti berjalan di sekeliling tasik,
TAPI.....
'
sesampai di seberang sana, awan2 mendung mula menjengah, kami jalan lagi, doa moga2 hujan x turun..... dah memang suratan Ilahi yang hujan akan turun petang tu, renyai2..... kami jalan lagi..... tetiba..... air yang memula renyai tadi menjadi semakin banyak n kami jalan cepat2 coz dah nampak tempat persingahan yang strategik di depan itu..... Mamam D'Cafe Titiwangsa, sesampainya kami di cafe, hujan pon turun dengan lebatnya..... so, x dapat la kami teruskan perjalanan..... huhu
'
lebih kurang 1 jam jugak kami tunggu sambil minum2 n makan kat cafe tu..... nak tunggu ujan berenti..... ramai jugak orang yang tumpang berteduh di situ n bertambah la rezeki tuan punya cafe tu coz orang menambah2 order sambil tunggu ujan berenti.....
'
bila ujan berenti jerk, kami pon menggerakkan diri kami nak balik umah..... takut2 ujan kembali turun..... perjalan balik, kami lalu kat playground..... bagi peluang aisha nak main2 kat situ..... TAPI..... sume mainan basah..... so, x bolehla biarkan aisha main sewenang2nya kan.....
'
sekejap jerk biar aisha lepas kat playground tu, n kami ambil keputusan balik umah coz mendung macam nak menjengah lagi..... but aku puas ati coz dapt jugak akhirnya bawa aisha main kat Taman Tasik Titiwangsa ni yang dah seminggu tertangguh..... walaupon ujan.....
'
k, sekian
'
'

4.2.11

*Malam Tahun Baharu Cina 2011*

6 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
ekceli ni cerita malam semalam..... kan 1st malam bagi sambutan tahun baharu cina n bagi kaum cina yang menyambutnye ofkos la dorang gumbira berjimba2 dari saat makan besar hingga la ke tengah malam pasang mercun dam dam dum kan.....
'
tapi tidak bagi aku..... huhu
'
aku yang duduk dekat dengan perkampungan staingarn kaum cina ituew teramat la letih pada malam besar dorang tu..... bukan apa, my lil aisha yang tengah nyenyak tidur di sebelah aku tetiba terjaga dek bunyi mercun yang tersangat la kuat..... terus je la dia menangis coz terlampau la terkejutnye dia..... memang x mor lepas dari pelukan aku sambil teresak2..... cian my lil aisha x dapat tidur..... baru jerk dia nak lelap semula, terjaga lagi coz bunyi mercun yang x putus2 n bersahut sahutan antara rumah2 di kawasan ituew..... situasi itu berlanjuta hampir 1 jam lebey.....

pic credit to google
'
bende ni pon jadi juga taun lepas, pada malam yang sama, masa tu umur aisha 1 tahun..... x tau la CNY taun depan plak camne, tapi time tu kompen kami dah dok umah baru kami di TRP, Rawang kan..... harap2 tiada la masyarakat cina atau melayu atau india atau apa sekali pon yang main mercun tengah2 malam buta time orang sedang beradu..... ameen
'
nak tau, time aku tengah update n3 ni pon, tokong cina yang jaraknya x sampai 100 meter tengah syiok bergendang gendung main tarian singa yang dikatakan boleh memberi kebaikkan kepada mereka..... moga2 lah kan.....
'
but my lil aisha sedang tidur lepas tengok Wonderpets tadi, moga tidur dengan nyenyak yer.....
'
tengah tunggu papa balik keje, kata nak bawak aisha pi tasik, tapi x sampai2 umah pon lagi..... nak ujan dah nie..... jadi ker?..... huhu

'
k, sekian
'
'


*Tahun Baharu Cina @ Wangsa Walk Mall*

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
salam n morning,
'
hari ni adalah hari kedua cuti bagi orang yang bekerja but bagi aku, hari ni adalah hari yang ke-7 cuti dari sabtu lepas..... haha, lama tul aku cuti kan, nak wat camner..... rezeki cuti aku awal2 taun nie..... lepas ni x tau la boleh cuti lelama ntah x..... ni pon sebab KL dapat cuti umum sempena Hari Wilayah last tuesday, so sambung je la sampai ke raya cina kan..... hehe jangan jeles yerk.....
'
k, nak cerita aktiviti kami semalam sempena cuti raya cina..... aku ingatkan bila cuti, sume orang KL balik kampung, tapi jangkaan aku meleset ler..... cadang petang semalam nak bawak aisha jenjalan kat Taman Tasik Titiwangsa, tapi pusing dua kali cari parking x jumpa..... huhu, sian aisha, dia cam kecewa jerk coz dia dah semangat tengok tasik n orang lain jenjalan tapi dia x turun dari kereta pon.....
'
then, untuk x mengecewakan aisha n hati sendiri, aku cadang pada hubby pi Taman Tasik Dato' Keramat..... uih, ramai jugak orang..... aisha dah stanby pakai sandle nak turun dari kereta, but kereta x berenti..... parking ponuh la sayang..... lagi seklai aisha tunjuk muka kecewa..... aku sekali la tu..... huwaaaa x dapat bawak aisha main beskal kat taman.....
'
pusing punya pusing, tengok jam dah hampir dekat pukul 7, so aku cadangkan pi je la Wangsa Walk Mall, rasanya dalam tu ada playground..... 1st time ni nak pi walaupon hampir tiap2 bulan kami pi Carrefour Wansa Maju tapi x penah pon terlintas nak pi tempat tu..... huhu
'
so, pendek cerita..... susah jugak la nak cari parking, coz agak penuh jugak, seb baik dah nak ke hujung sikit nuun ada parking kosong..... Alhamdulillah, tu pon kena jalan jauh la coz kami parking kat ColdStorage n tempat playground ada kat hujung wing belah sana..... x per, janji hajt nak bawa aisha main2 tercapai.....
'
n akhirnya kami sampai pon kat tempat permainan kanak2 n aku tengok aisha seronok jerk main kat situ..... ekceli bukan main apa pon, cuma playground yang ada banyak bola tu yang sekali n3 kena bayar RM3..... x pe la, janji aisha boleh main n sempat jugak aku snap video aisha main tp x boleh nak upload la coz tranfer wire tinggal kat opis..... huhu, isnyaallah next week kalu aku ingat, aku upload.....
'
puas dah aisha main petang tu..... aku pon puas gak tengok aisha main..... n lepas maghrib..... kami pi ler makan kat BBQChicken dalam WWM jugak..... makan 3 orang termasuk aisha kami kena bayar RM50.++..... huhu, mahal jugak la bagi kami yang x bajet harga nya sampai begitu sekali..... tokpjut mokcik dengar harga nye..... hm, ingatkan dalam RM30.++ jerk, sekali..... nah, ambik ko..... lepas makan ni, kena cucuk duit le nampaknye..... huhu
'
then lepas makan kami singgah ColdStorage jap beli barang pape yang patut n sebelum pintu keluar, ada kedai buku..... harus la kami singgah, hubby tengok buku camera, aku tengok buku house deco n aisha tengok buku UpinIpin..... lepas binang2, n dengan baki duit yang ada, kami decide beli buku InDesign adik beradik Renovation Mag untuk rumah kami..... hehe kami boleh baca same2 buku tu termasuk aisha sekali.....
'
~gambar berkaitan akan di kongsi bila keadaan mengizinkan~
'

pssst,
basikal aisha still dalam kereta coz hubby cakap hari ni nak bawak aisha pi tasik sekali lagi, tapi kena gerak awal supaya dapat parking..... hehe ok

'
k, sekian
'
'


2.2.11

*Cuti-cuti Malaysia, di rumah saja*

4 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
wah!! lama nye rasa aku x bersiaran nie..... huhu, bukan ape..... last week aku ke sabah atas urusan kerja then minggu ni aku bercuti bukan nak sambut tahun baru cina, tapi aku bercuti atas sebab 'umi' aisha bercuti balik ke kampung..... so, aku lah yang jaga aisha minggu ni, bersekali nak uruskan pertukaran nama rumah yang kami baru beli di Taman Rawang Perdana, Rawang.....
'
Alhamdulillah,
semalam kami dah selesaikan urusan pertukaran nama rumah di Majlis Perbandaran Selayang, tapi proses ambil masa 5 hari untuk tukar nama...... x per la, janji kami dah submit borang n selebihnya biarlah MPS yang uruskan.....
'
then, semalam jugak kami pi Syabas di Kuala Kubu Bharu untuk proses tukar nama bil air..... perjalanan dari KL hampir 1 jam, dan Alhamdulillah selesai juga x sampai 5 minit proses..... bagus betul layanan pekerja2 kat Syabas Kuala Kubu Bharu, congrat to them all..... sebelum tu kami pi TNB Rawang plak nak tukar nama bil elektrik, tapi x boleh lagi coz tuan umah lama x tutup akaun dorang lagik.....
'
so, kami kena tunggu dorang tukar nama n baru lah kami boleh mohon untuk tukar nama atas bil tu..... nampaknya minggu depan la baru boleh nak buat coz tuan umah lama sedang bercuti di kampung n next week baru boleh berurusan..... x per la, kami sabar menanti..... hehe
'
hari nie..... erm, x der kemana2 kut, dok umah jerk, hubby baru jerk kuar pi opis lawyer untuk terima cek tuntutan lebihan wang proses n trus ke opis katanya..... maklum la, HKK dah semakin hampir n hubby di bawah JK khemah perlu mengawasi kontraktor yang pasang khemah ikut spek yang ditetapkan.....
'
aisha, sedang beradu di sebelah ku ini..... so sweet.....
'
p/s : insyaallah ada souvenir dari sabah yang nak aku kongsi dengan kengkawan..... tunggu minggu depan yerk.....
'
sebelum tu, kepada mereka yang menyambutnya, aku nak wish
'
'

pic credit to shykin.blogspot.com


'
k, sekian
'
'