Pages

16 December 2011

*Norman terima anugerah MPA*

Penerbit filem, pencipta lagu dan juga Presiden Ekskutif KRU Studios, Norman Abdul Halim telah menerima anugerah MPA Asia Pacific Copyright Educator (A.C.E) atas usaha dan kerjasamanya dengan Persekutuan Menentang Jenayah Hak Cipta Malaysia (MFACT) bagi meningkatkan kesedaran untuk melindungi hak cipta filem-filem Malaysia.  



Norman telah menerima anugerah tersebut ketika Konvensyen CineAsia yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong dihadiri lebih daripada 350 orang daripada kalangan wakil-wakil komuniti filem di rantau Asia Pasifik. 

Sehingga kini, KRU Studios telah menerbitkan lebih daripada 15 buah filem termasuklah filem bertaraf antarabangsa iaitu "Vikingdom", yang dibintangi Dominic Purcell, Natassia Malthe dan Jon Foo dan filem "Rabbit" yang dibintangi Sean Austin, Tim Curry dan Russell Peters. KRU juga beroperasi di peringkat antarabangsa melalui anak-anak syarikat mereka di Amerika Syarikat.


p/s : tahniah buat beliau.....
beruntung sapa jadi isteri dia kan.....

4 comments:

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah