Iklim panas lembab seringkali menjadikan tubuh kita berpeluh, berlengas dan tidak selesa. Ke mana lagi jika bukan kamar mandi lah tempat untuk menyegarkan tubuh dan memanjakan diri, merehatkan minda dan bersantai dengan aman.
Bayangkan bersantai di kamar mandi yang berbau harum sambil menikmati keindahan warna dinding dan jubin lantai, serta deruan air paip yang menyegarkan. Terutama, kamar mandi yang dilengkapi jakuzi atau tab mandi. Namun, bukan semua orang memiliki kamar mandi terbaik.
Tips di bawah pasti dapat membantu untuk menjadikan kamar mandi anda tempat yang melegakan:
Bayangkan bersantai di kamar mandi yang berbau harum sambil menikmati keindahan warna dinding dan jubin lantai, serta deruan air paip yang menyegarkan. Terutama, kamar mandi yang dilengkapi jakuzi atau tab mandi. Namun, bukan semua orang memiliki kamar mandi terbaik.
Tips di bawah pasti dapat membantu untuk menjadikan kamar mandi anda tempat yang melegakan:
- Pencahayaan harus cukup kerana kamar mandi yang terang akan menjadikan diri kita lebih selesa. Terpulang pada kemampuan masing-masing untuk menggunakan lampu yang bagaimana. Ada juga orang gemar menggunakan lampu terang-benderang kerana semasa berendam, beliau membaca buku kegemarannya.
- Jika kamar mandi sangat sempit, lekatkan cermin berukuran besar di salah sebuah dinding. Ini menghasilkan ilusi yang terbukti dapat menjadikan ruang sempit terasa lebih luas dan melegakan.
- Sesuaikan perabot atau peralatan dalam kamar mandi dengan keperluan. Tidak perlu menempatkan tab mandi jika kita sememangnya jarang berendam, lebih-lebih lagi bagi ruang yang terbatas.
- Selalu membersihkan kamar mandi, cermin, perabot-perabot di dalamnya agar tidak comot dek percikan sabun, detergen, syampu atau bahan lain. Kesan-kesan comot misalnya cermin menjadi kelabu atau jubin dinding kelihatan berdaki akan menyebabkan kita hilang selera untuk memanjakan diri. Ditambah jika kamar mandi berbau busuk.
- Segarkan kamar mandi dengan bau-bauan dan harum-haruman yang digemari. Jika kita menggemari bau lavender atau camomil, gunakan lah untuk mengharumkan kamar mandi. Kamar mandi harus wangi sepertimana kita memerlukan keselesaan di kamar tidur.
- Jika kita tidak mampu menghias kamar mandi dengan jubin dari lantai hingga dinding, kita boleh memilih cat yang sesuai dengan pencahayaan lampu. Walau bagaimanapun, penggunaan cat yang kalis air amat digalakkan walaupun harganya agak mahal.
Ini disebabkan cat mudah terkupas apabila terkena air atau wap di dalam kamar mandi, akhirnya rosak dan mencacatkan dinding.
Inginkan kamar mandi yang jauh lebih menarik?
Siapan dalaman asas seperti cat, jubin dan cermin bukan asing lagi bagi kita semua. Selain siapan yang asas, kita boleh menggunakan bahan lain untuk menghias kamar mandi sepertimana berikut:
1.Penggunaan border kertas dinding
Jika dinding kamar mandi tidak dilitupi oleh seramik keseluruhannya, kita gunakan border yang corak atau warnanya sesuai dengan jubin seramik dinding.
Kita boleh menampal border mengelilingi siling kamar mandi misalnya kerana kesan airy akan terhasil apabila memasuki kamar mandi dan melihat ke sekelilingnya.
2. Gaya tampalan jubin seramik
Jika hendak menampal keseluruhan dinding dengan jubin seramik, seeloknya ada gaya penampalan yang kreatif seperti menggunakan lis. Lis adalah jubin berasingan warna atau corak yang boleh ditampal sama ada di tengah, di tepi, ditampal sebagai border dan sebagainya.
Jika tidak menggunakan lis, memadai ditampal dengan stiker yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware, harganya lebih rendah dan lebih banyak corak boleh dipilih, malah lebih mudah ditanggalkan dan diganti baharu.
3. Hiasan keranjang
Perhiasan seperti keranjang kayu, buluh atau rotan juga sesuai diletakkan di dalam kamar mandi. Ia boleh digunakan untuk menyimpan atau menyusun kelengkapan mandian, sekiranya kita tidak memiliki kabinet.
4. Hiasan bunga hidup atau pokok hiasan
Bagi penggemar bunga hidup, gunakanlah hiasan ini sebaik-baiknya. Hiasan bunga hidup turut memberikan aura kepada kamar mandi selain haruman aromaterapi atau lilin aromatik yang boleh dibeli di pasar raya.
Kita juga boleh meletakkan pasu-pasu berisi pohon hiasan yang kurang memerlukan cahaya matahari dan mudah dijaga seperti Madagascar Dragon Tree or Red Edged Dracaena, yang sesuai dalam suhu kamar mandi kerana ia tidak dapat hidup dalam cuaca panas terik.
Selain itu, pokok ini diiktiraf oleh NASA Clean Air Study dan didapati antara tanaman yang boleh membuang toksin di udara iaitu formaldehid. Ianya merupakan tanaman pembersih udara yang efektif dan antara tanaman terbaik membuang toksin jenis xylene dan trichloroethylene.
Atau, taburkan sahaja kelopak bunga ke dalam tab mandi anda. Keindahan kamar mandi bukan hanya di spa-spa atau pusat kesihatan. Taburlah kelopak bunga kegemaran seperti kelopak mawar ke dalam tab mandi kita agar serinya menyelubungi sebaik sahaja kita melangkah masuk untuk memanjakan diri.
get idea for my next house - bathroom
nk letak pokok dlm bilik air. senang nk jirus
ReplyDeletesy mandi telaga je kak heheheh
ReplyDelete