Pages

23 November 2011

*PIRING ASTRO TIDAK MENGHADAP QIBLAT @ KAABAH(pembetulan) *

salam,
aku pernah keluarkan artikel *betulkah piring astro menghadap kaabah*  sebelum ni yang di copy paste dari satu blog lain..... dan di bawah ni ada lagi satu artikel yang menyangkal dakwaan tersebut, jom baca

 
Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......


kat umah aku xder piring ASTRO, so aku x boleh nak sah kan betul atau tidak, tapi blogger lya dah sahkan dalam komen box aku dalam n3 lepas n kawan opis aku pon mengiyakan yang piring Astro kat umah dia memang ngadap Kiblat..... so, sesiapa yang ada kemudahan atau sumber sahih berita tersebut silalah bkongsi2 yerk.....

p/s : aku kat umah guna kompas jerk masa mula2 nak tentukan arah Kiblat dulu,
kalu pi memana pon aku bawak kompas untuk tujuan yang sama.


6 comments:

  1. tmpt mengaji sy tu pon ckp mcm ni jg. sbb org yg pasang astro tu ckp kt dia, piring tu perlu mengadap ke barat so secara otomatik menghala ke kaabah. tp kita jgn la terlalu taksub dgn hal begini. yg penting niat kita. nk sembah allah. kaabah tu simbol shj. kn Allah tu ada di mana2?

    ReplyDelete
  2. emm..ntahh umah sy pon xdak astro..tp mb boleh disangkal jugak..sbb dh nama satelit,kalo menghala ke arah lain pon dpt jgak siaran,mgkin jelas n x jela..hoho

    ReplyDelete
  3. mmg x lah... dulu mase g gelang patah n x tau arah kiblat kak long penah ckp yg tgok kuali astro je sbb ngadap kaabah. tp usu x tau la ngadap dr segi ape? either die pnye piring or batang die ke ape ke... tp mase tu kak ayu ade bwk kompas so xpelah... sng hati

    usu try tgok kat umah n kaji...xde pn ngadap kiblat kuali astro kat kg tu? tp usu diamkn je la sbb x tau dr sudut mane yg dikatakn menghadap kaabah kat kuali astro tu...

    so belilh kompas kiblat... murah n ringan je kalo nk travel pn... lgpn skang smart phone banyak da ade kompas kiblat =)

    ReplyDelete
  4. kt umah eina baru perasan, piring astro tak arah kiblat pun..mmg tersepong ke arah sebaliknya..

    ReplyDelete
  5. umah dni tade astro. hehe penah dengar juga pasal ni

    ReplyDelete
  6. piring astro mengadap satelit measat yg berada diatas semenanjung malaysia atau laut cina selatan... .. sebab tu arah piring tu berlainan mengikut tempat... pakai satelit lain, arah lain pulak.. inilah akibat bila satelit dish kena ban di malaysia....

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah