Salam Isnin,
Tak nak bebel panjang, cuma nak kongsi yang hari ini adalah hari terakhir my lil Aisha akan duduk di rumah pengasuh yang dipanggil 'Umi' oleh anakku. Hampir 3 tahun Aisha di asuh oleh 'Umi', aku rasa sangat2 selesa n tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dilakukan oleh beliau ke atas anakku termasuk lah anak2 lain yang dijaga oleh beliau seramai 4 orang. Kecuali ada juga lah luka2 kecil, itu pon dibuat oleh anak2 lain yang dijaga sekali oleh beliau, Daniel, Syifa n Khasif. Beliau akan pulang ke kampungnya di Langkawi untuk memulakan perniagaan kedai makanan yang memang menjadi kepakaran dan permulaan hidupnya di Kuala Lumpur ini.
So, esok my lil Aisha akan ku hantar ke tempat baharu di Taska & Tadika Temanku, Bangunan PJD, Titiwangsa. Last week masa pergi buat lawatan ke taska tu, Aisha aku tengok ok jer, n macam x sabar2 nak join kawan2 di situ, dah memang my lil Aisha mudah untuk berkawan. Moga dia akan selesa n bersedia untuk belajar di tempat baharu itu. Aku juga mengharapkan agar di situ, my lil Aisha akan mendapatkan perkhidmatan terbaik selaras dengan harga yang aku bayar setiap bulan nanti.
To 'Umi' pengasuh, aku harap beliau dapat memulakan kehidupan baharu seperti yang diidamkan. Kak Imah, aku hargai jasa mu selama 3 tahun menjaga Aisha. Insyaallah, mana tahu suatu hari nanti kami bercuti ke Langkawi, boleh lah kita berjumpa di sana kan.....
p/s: mood tak nak sedey2 ok.....
# #
jangan sedih2
ReplyDeletecheer up =)
linda dulu pernah gak anak tukar pengasuh, linda yg menangis lebih, anak relax jek..hehehe
ReplyDeletetentu rassa berat hati kn?
ReplyDeleteKhaiRin :
ReplyDeleteberat hati jugak coz dari kecik dia jaga Aisha, tetiba nak stop plak.. sedey huhu
owhh ye ke... xpe2 mgkn pasni aisha bleh cakap banyak2 lps bergaul dgn cikgu2 n kwn2 skolah die
ReplyDeletesyg jgk nk pisahkan sbb dh lama sgt kan dgn ummi tu..
ReplyDelete