Pages

13 September 2011

*Umur Persaraan dilanjut dari 58 kepada 60*

pagi tadi masa meeting bahagian secara pendek, ex-HR department staff di bhgn kami, En Razis ada maklumkan yang umur bersara bagi kakitangan awam akan dilanjutkan dari 58 thn kepada 60 thn..... so, adalah salah seorang staff bhgn aku yang akan bersara insyallah bulan november nanti terasa bahangnya..... sehingga ke saat ini dia masih manggaru2 kepala risau jika berita itu benar..... hehe..... so untuk tidak mengelirukan mana2 pihak, aku kongsi berita tersebut..... k

________________________________________________

PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata ini kerana JPA harus mengambil kira kesannya terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian.


"JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang daripada semasa ke semasa dan pada masa yang sama kita juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta," katanya kepada Bernama, di sini.


Abu Bakar diminta mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang antara lain berpandangan 'orang lama' boleh menyumbang kepada kecekapan sistem penyampaian bersandarkan pengalaman mereka.


Mengulas lanjut, Abu Bakar yang secara peribadinya bersetuju dengan cadangan itu, berkata di negara maju umur persaraan penjawat awam adalah antara 60 dan 65 tahun.


"Kita bersara pada umur 58 tahun adalah lebih kurang sama macam Bangladesh dan negara yang penjawat awamnya bersara pada umur 58 semakin kurang.


"Jika berdasarkan kepada standard dan tahap kesihatan kita, patut bersara pada umur 60 tahun. Ini yang dikatakan negara membangun dengan maju," katanya.


Beliau juga berpandangan cadangan tersebut wajar dipertimbang memandangkan Malaysia bakal menjadi negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi menerusi Wawasan 2020.


"Di negara maju umur bersara adalah 65," katanya.


Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu dilaksana penjawat awam akan diberi pilihan sama ada untuk bersara pada umur 58 atau 60 tahun.


"Sesiapa yang nak kerja sehingga umur 60 tahun, mereka boleh terima opsyen tersebut, dan kalau nak bersara pada umur 58 pun boleh, tidak ada paksaan," katanya.


-- BERNAMA

p/s: bokojo lah kito, sekuek nyo... berusoho lah kito sekuek nyo..... huhu

6 comments:

  1. adehhh...samopai 60 tahun plak...kut ye kalu umur masih dikandung hayat...sob sob...

    ReplyDelete
  2. oh. kalo da kaya, tayah tggu option2. skang jugak ku bagi notis. maleh nak kijer. Bahahah (T__T)

    ReplyDelete
  3. aku ttp ngan 56 aku tu....
    aku nk bela cuc dah time tu .. nk bg peluang kat org lain plak

    ReplyDelete
  4. baru 3 tahun keje..lame lagi rasanya nak mikir bab pencen..tu pun kalau umur panjang...

    ReplyDelete
  5. makin tipislah harapanku nk keje gomen... huwaaaaaaaaaa nk balas jasa JPA bg scholar masa study dlu pn ssh... sob3

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah