Pages

15 July 2011

*SAMM Mendesak SPRM siasat cincin rosmah RM73 juta*

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga USD24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Harga barangan itu diletakkan pada USD24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:


Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot : KLIA






Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.  

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.  Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

______________________________
kata aku : adakah berita ini benar atau ianya hanya untuk memburuk2kan seseorang? ada yang bagi komen 
MUNASABAH KE NAK NAK BAWAK CINCIN PAKAI AGEN PENGHANTARAN....??? ORANG BAWAK DAN PAKAI KEMAS 2-3 KILO DAN BERIBU KARAT INTAN BERLIAN, PAKAI DI BADAN AJA........

LOGIK KE, CINCIN SEBENTUK DI IMPORT DAN DIEKSPORT GUNA AGENT PENGHANTARAN DAN GUNAKAN KASTAM............????

BANYAK WEB DI JABATAN KERAJAAN DI GODAM OLIH PENGANAS2 BARU2 INI, TIDAK TERKECUALI JABATAN KASTAM.......... MUDAH AJA NAK MASUKKAN MAKLUMAT TIPU, BOHONG, FITNAH DAN TIDAK SAHIH TU.........

DI HARAP BUKALAH MINDA DAN GUNAKANLAH AKAL YANG DIBERIKAN OLIH ALLAH SUBHANAWATAALA TU......

JGN MUDAH TERPEDAYA DAN DIPERDAYAKAN........... MUDAH DI PERGUNAKAN DAN MUDAH DI PERBODOH2KAN....... AKAI ADA, GUNA.....
so, kita tunggu hasil siasatan dari pihak SPRM yerk.....
k, sekian


********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

4 comments:

  1. aduh,dashat..cincin 73juta..?wah,wah..dari mana duit dtg tu..

    ReplyDelete
  2. masz nti update laporan tue erk..nk thlah..mmg kena sumpah jelah si rosmah tue kalau betul..tp ade jgak baca psl hbag dia...ngan gelang dia dr luar negara yg mencecah jutaan ringgit...

    ReplyDelete
  3. @ mommyYen : hehe, tu baru cincin kan lum yang lain2 lagi mcm yang zura ckap kat atas tu..

    ReplyDelete
  4. @ Zura : insyaallah, cube kita korek2 sume aksesori dia, mesti sume dari obesi kan..... huhu no komen

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah