Pages

19 July 2011

*Nama Baby Boy atau Baby Girl untuk bakal ibu/mama/munny/umi dysd*

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.


Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”


Cikgu Ajoi :@$%&#^%



********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

15 comments:

  1. hahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. HA HA HA HA HA ... GELAK BESAR AKU.. ;P

    ReplyDelete
  3. kalaulah ad dlm dunia nyata.... hahaha mcm2 hal...

    opss dh ad bunga2 ke dlm perut hehe

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahaha sabo jela....

    ReplyDelete
  5. akak alynn dah berjaya!!
    widget follower alynn dah appear!! sonok sgt kak...

    ReplyDelete
  6. ceh!!! mcm tipu jer.... dulu mase jadi cikgu budak darjah 1 nih... name 3 patah perkataan pun x hengat.....

    ReplyDelete
  7. ahahaahhaah...lawak la...

    yg nama taufik tu kt kampung sy ada sorg pakcik nama warahmatullah...da jadi tokey kilang kicap dh pn...hehe

    ReplyDelete
  8. ahahahaha ok gak tu kan nama panjang kan main..kang leh buh nama anak shortform..pantun2 melayu asli ke ape kan..mudah2an jadi juara pantun kat skolah uhuk!

    ReplyDelete
  9. hahaha.. hilang stress lepas baca lawak nie...

    ReplyDelete
  10. @ Siti Norhafizah : hoho, lum ader lagi la.....

    ReplyDelete
  11. @ aLyNnZ : alhamdulillah, yea!! yea!!

    ReplyDelete
  12. @ rose --{@ ibuRafiq @}-- :

    hah, idea yang bagus tu rose.. hehe

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah