Pages

23 April 2011

*Majlis Pertunangan Ashraf Muslim Dan Nur Dayana*

~n3 tertunda dan tanpa gambar~

'

'

Alhamdulillah, pagi tadi 23 April 2011, Sabtu, tepat jam 9.30 pagi, pelakon yang juga dikenali sebagai ustaz, Ashraf Muslim telah selamat bertunang dengan wanita pilihan hati iaitu Nur Dayana. Tunang kepada Ashraf Muslim adalah merupakan pelajar yang akan bergelar doktor setelah tamat belajar nanti.....

'

Hantaran 5 dulang dari pihak lelaki di balas dengan 7 dulang oleh pihak perempuan yang manis mengenakan persalinan serba putih dengan hiasan lace ungu..... sungguh cantik gubahanhantaran kedua2 pihak dengan tema warna putih sebelah Ashraf dan unggu sebelah Nur Dayana..... Pelamin pertunangan juga di hias indah dengan bunga-bungaan segar di tambah dengan titian di hadapan pelamin sebagai laluan untuk Mak Uda (kakak kepada arwah ibu Ashraf) ke pelamin seterusnya menyarungkan cincin tanda sah Nur Dayana menjadi tunangan kepada Ashraf.....

'

Mereka merancang untuk melangsungan pernikahan pada tahun ini juga dan berkemungkinan besar akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah.....

'

Selepas tamat majlis, Ashraf dan bakal bapa mertuanya meneruskan acara dengan majlis perasmian Pusat Perubatan Al-Hidayah yang dikongsi oleh mereka.....

'

'

Majlis pertunangan tersebut telah diacarakan oleh pengacara TV yang popular iaitu Ahmad Fedtri Yahya dan mendapat liputan secara langsung di Nasi Lemak Kopi O, TV9 pagi tadi.....

'

semoga pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin..... ameen

nak tengok gambar mereka, boleh jenguk kat SINI yerk

'

k, sekian






1 comment:

  1. saya suker betul ngan ustaz Amirul neh...soft jerk orangnyer kann...bertuah nur dayana tuhh dapat si asraff muslim neh..mudahan berkekalan.

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah