Di sini aku nak berkongsi tips yang mungkin berguna kepada kengkawan yang menghadapi masalah harian di rumah.. Apa yang dikongsi hanya tips dan tidak menjamin ianya berkesan 100% atau mungkin ader yang kengkawan dah tau sebelum ni.. k
Masalah Semut:-
Letakkan kulit timun berhampiran dengan lubang semut.
Dapatkan Air Batu / Ais Yang Bersih:-
Gunakan air yang telah direbus / masak sebelum membuat air batu / ais.
Menjadikan Cermin Bersinar:-
Bersihkan cermin menggunakan thinner.
Menghilangkan Chewing Gum Dari Pakaian:-
Simpan pakaian yang terkena chewing gum di dalam peti ais selama sejam, kemudian baru keluarkan dan cuci seperti biasa.
Memutihkan pakaian putih:-
Rendam pakaian putih di dalam air panas yang diisi dengan sehelai hirisan lemon selama 10 minit.
Memberi Sinar Pada Rambut:-
Sapukan satu sudu teh cuka kepada rambut, kemudian cuci rambut dengan air biasa.
Dapatkan Jus Yang Banyak Dari Lemon:-
Rendam lemon di dalam air panas selama satu (1) jam, kemudian perah jus lemon seperti biasa.
Elakkan Bau Kobis Semasa Memasak:-
Letakkan sepotong roti bersama kobis semasa proses memasak.
Hilangkan Bau Ikan Dari Tangan:-
Cuci tangan dengan mencampukan sedikit cuka epal dengan sabun.
Memasak Kentang Dengan Cepat:-
Kupas kulit kentang sebelah bahagian sahaja dan rebus.
Melihat Kesegaran Ikan:-
Masukkan ikan ke dalam semangkuk air sejuk, jika ikan terapung ini bermakna ikan itu segar.
Melihat Kesegaran Telur:-
Masukkan telur ke dalam air.
Jika telur tenggelam dalam keadaan melintang, ia segar.
Jika telur tenggelam dalam keadaan mengiring, ia telah 3-4 hari.
Jika telur tenggelam dalam keadaan mmenegak, ia telah 10 hari.
Jika telur terapung, ia telah busuk.
Menghilangkan Dakwat Dari Baju:-
Letak dan sapukan ubat gigi di tempat yang terkena dakwat dengan rata dan biarkan kering, kemudian cuci seperti biasa.
Mengupas Kulit Kentang Dengan Mudah:-
Rebus kentang dan masukkan ke dalam air sejuk serta merta selepas merebus. Kupas se[erti biasa.
Menghilangkan tikus:-
Taburkan lada hitam di tempat-tempat di mana ada tikus. Ia akan lari.
Selamat mencuba. Semoga Berjaya
k, sekian
thanks for sharing..byk info berguna
ReplyDeleteinfo yang berguna untuk suri rumah
ReplyDeletenieda: k
ReplyDeletezaidah: k, slamat mencuba
ReplyDeletewahh petua best ni...
ReplyDelete